Pengalaman penulis sejak menjadi wartawan pada 1980an, yang melawat Sarawak dari semasa ke semasa memaparkan pembangunan pesat yang dijalankan di negeri ini amat menakjubkan.
Malah ada tempat tertentu lebih maju ke hadapan berbanding di negeri-negeri lain di Semenanjung terutama daripada kemudahan infrastruktur termasuk jalan raya.
Perjalanan penulis dari Kuching ke Lundu semalam, menyaksikan bagaimana jalan raya yang baik dan teratur menghubungi kedua-dua tempat itu yang memudahkan orang ramai berulang-alik.
Pekan satelit
Selain itu, kerajaan negeri juga telah membina kawasan baru yang menyediakan pelbagai kemudahan di samping pekan-pekan satelit yang membangun begitu pesat. Tidak hairanlah ini akan menggalakkan rakyat negeri itu terus tinggal di tempat mereka kerana penyediaan kemudahan berkenaan.

Pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri pimpinan Taib sudah tentu menggembirakan rakyat negeri itu. Yang penting, mereka akan membalas budi jasa yang diberikan oleh pejuang bangsa ini dengan terus memberi mandat kepada parti pimpinannya.
Isu bahawa beliau sudah begitu lama memerintah sentiasa didodoikan oleh pembangkang semata-mata untuk menidakkan jasa beliau yang berjaya menyatupadukan rakyat di negeri itu.
Pengalaman Taib sebagai pemimpin di peringkat Persekutuan sudah tentu memberi rahmat kepada beliau untuk memimpin negeri itu ke tahap yang amat membanggakan ketika ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan