Lim Kit Siang (gambar kiri) disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!"
Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. Lim Kit Siang memetik Sarawak Report bahawa Taib Mahmud dan kerabatnya telah menelan tanah yang luasnya kira-kira 20 kali ganda keluasan Singapura, dan Taib dicabar agar memuntahkan separuh daripadanya, untuk membuktikan keikhlasannya terhadap rakyat.
Beliau berkata, tsunami politik pada 8 Mac 2008 bermula dari "angin kencang" di PRN Sarawak 2006; seandainya rakyat Sarawak berjaya mencetuskan tsunami kali kedua, maka PRU yang akan datang bakal menyaksikan bagaimana Najib menyandang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen, dan Ketua Pembangkang Parlimen sekarang, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
*Chen Shaua Fui
Tiada ulasan:
Catat Ulasan