Saya pernah mengajukan soalan ini kepada kawan ketika saya melawat Kuching pada tahun lalu, "Mungkinkah wujudnya HINDRAF versi Dayak?"
Apa pentingnya kebangkitan pengundi India? Ia bukan sahaja memainkan peranan penentu di sesetengah "kawasan bahaya" BN, bahkan menukar "kawasan selamat BN" kepada "kawasan bahaya BN". Malah, pengundi India dianggap sebagai gedung undi BN selama ini, memenangkan MIC setiap kali dalam beberapa PRU - kemarahan mereka menggegarkan komuniti lain, dan mencungkil renungan.
Impak yang paling besar HINDRAF terhadap UMNO adalah, teori "ancaman kaum lain" telah hilang mujarabnya. Bukan seperti golongan Cina yang berkemampuan untuk mengimbangi kuasa Melayu, orang India adalah minoriti dari politik, sosial dan ekonomi. Maka, UMNO gagal mewajarkan ugutannya untuk "mengamok". Orang India antara yang berada di lapisan paling bawah di Semenanjung Malaysia, ramai yang hidup dalam keadaan terdesak.
Bukan Dayak, tapi Kristian
Lanskap Sarawak terbahagi antara bumiputera bukan muslim (kebanyakannya Dayak), bumiputera Muslim (kebanyakannya Melanau/Melayu), dan Cina. Cina yang tinggal di bandar kebanyakannya telah mendampingi pembangkang. Namun demikian, meskipun populasi mereka adalah 30%, namun hanya menjadi majoriti di 20% kawasan pengundian. Maka, biarpun SUPP ditewaskan sehabis-habisnya, BN masih mampu mempertahankan majoriti dua pertiga-nya.
Pencabulan tanah adat berlaku di komuniti semua kaum, tanpa mengira agamanya. Bagaimanapun, Dayak mempunyai mangsa yang paling ramai. Saya sangat berminat untuk mengetahui, adakah mereka akan mencontohi HINDRAF untuk berdemonstrasi di jalan raya? Pada hakikatnya, ramai pelopor gerakan mempertahankan tanah adat adalah peguam, kerana perjuangan akhirnya perlu mengharungi saluran undang-undang. Ia agak sama seperti perjuangan yang dipimpin HINDRAF yang mengendali isu keganasan polis, agama dan sebagainya.
Lebih awal sebelum ini - ketika pertikaian penggunaan kalimah Allah - saya pernah bertanya kepada kawan kristian saya, mungkinkah kristian di Malaysia Timur melahirkan seorang tokoh seperti Martin Luther King? Beliau menyebut satu nama, namun dia bukan berasal dari Sarawak.
Tiga minggu sebelum ini, kira-kira dua hingga tiga ribu penganut kristian berkumpul untuk bersembahyang, mendoakan kebebasan agama - sebagai reaksi langsung terhadap isu penahanan al-kitab injil bahasa Malaysia.
Jikalau ia berjaya diadakan, kalaupun hanya 10 ribu orang hadir, maka impaknya tidak akan kurang daripada perhimpunan 30 ribu orang anjuran HINDRAF, kerana pantang rakyat jelata untuk berbincang politik telah dihancurkan.
Saya mendapati diri saya tersalah tanya soalan itu. Dayak Rights Action Force (DRAF) tidak wujud di Sarawak, tetapi sudah terbentuk Christian Rights Action Force "CHRISTRAF" secara kecil-kecilan, walaupun mereka tidak bergelar sedemikian, malah tidak mempunyai pemimpin seperti P.Uthayakumar. Namun sudah pasti asas mobilisasi mereka akan lebih bercorak "Martin Luther King", jika dibandingkan dengan HINDRAF.
Ribut kencang?
Kebangkitan penganut kristian semestinya bukan satu-satunya musuh kepada regim Taib Mahmud. Kemarahan yang tercetus lantaran daripada pencabulan tanah semestinya lebih ketara berbanding isu al-Kitab Injil bahasa Malaysia. Namun, isu al-kitab telah meleraikan kewajaran golongan kristian untuk mempertahankan regim Taib Mahmud.
Sehingga setahun sebelum ini, kristian Sarawak masih berdiam diri, apabila persatuan kristian di Sabah tampil bersuara ketika kontroversi penggunaan kalimah Allah. Semakin ramai yang mendapati bahawa mereka tidak semestinya terselamat jikalau mengasingkan diri daripada pergolakan ini - setelah berlakunya kes penahanan al-Kitab Injil bahasa Malaysia. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa bahang isu ini tidak akan menular ke luar bandar, dan kawasan bandar telah wujud "angin perubahan", sebermulanya.
Saya yakin, kuncinya - sama ada pemimpin persatuan Kristian sanggup tampil ke depan untuk menuntut pilihan raya yang bersih. Seandainya kristian mengumumkan secara terbuka pendiriannya untuk menolak penyogokan dan penyelewengan - senario semestinya berubah jikalau mesej ini sampai ke kawasan pedalaman.
Jikalau pegawai pihak berkuasa tempatan Shah Alam tidak memusnahkan sebuah kuil Hindu di Klang, menjelang Deepavali tahun 2007 - mungkin, orang India tidak turun ke jalan raya, yang akhirnya mencetus ledakan kuasa HINDRAF.
*Wong Chin Huat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan