KUCHING: KEADILAN membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membenarkan lanjutan tempoh pengundian bagi anggota polis sehingga esok.
Akibat bantahan itu, belaku sedikit kekecohan di Bangunan Kelab Polis IPK di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak yang turut menempatkan bilik mengundi bagi empat kawasan DUN, iaitu Demak Laut, Tupong, Semariang dan Satok.
Wakil calon, Azmizam Zaman Huri ketika menghubungi KeadilanDaily memaklumkan, pengurus pilihan raya bagi Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak DSP Wilfred Chin memberitahunya yang dia telah mendapat kebenaran dari Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah untuk melanjutkan tempoh pengundian.
PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak.
Sekiranya menang di DUN Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau dalam pilihanraya kali ini, PAS akan memastikan kawasan ini dibela dengan menjadikan DUN ini sebagai kawasan contoh di Malaysia, di mana seluruh petugas PAS akan menyumbang tenaga secara langsung di sini nanti. Di sinilah nanti PAS akan menunjukkan contoh Keadilan Islam Untuk Semua Golongan di negeri Sarawak tanpa mengira anutan agama dan keturunan. Itulah sebenarnya wajah Islam yang ingin kami bawa.
Presiden PAS













tekan dengan kehadiran luar biasa rakyat Sarawak ke ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Sarawak, BN menukar strategi dengan mengadakan konsert artis untuk menarik orang ramai terutamanya golongan muda.