4.10 petang -Di Saribas, keputusan tak rasmi didakwa PKR kalah di semua pusat pembuangan undi yang dikira setakat ini. Manakala 10 lagi pusat undi masih belum dikira.
Dikatakan majoriti BN meningkat meningkat berbanding 2006.
BN sebelum ini mengekalkan kerusi itu dengan 94 undi ketana menurunkan calon kurang popular.
3.58 petang - DAP berkata mereka hampir pasti mengekalkan kerusi Meradong, yang dimenangi oleh penyandangnya, Ting Tze Fui empat tahun lalu. Beliau kini mendahului dengan 459 undi.
Sebelum ini, dengan angkatan kempen BN, DAP bimbang, wanita berusia 27 tahun itu akan dikalahkan. DAP - 1,072, Supp - 613
3.53 petang - Sumber memberitahu BN mendahului undi di Layar. Kawasan majoriti pengundi Iban di pinggir bandar ini adalah kubu kuat timbalan ketua menteri, Tan Sri Alfred Jabu, yang bertanding bagi kali kelapan.
3.53 petang - Sumber memberitahu BN mendahului undi di Layar. Kawasan majoriti pengundi Iban di pinggir bandar ini adalah kubu kuat timbalan ketua menteri, Tan Sri Alfred Jabu, yang bertanding bagi kali kelapan.
Beliau dicabar oleh calon PKR Stanny Embat.
3.50 petang - Menurut MP Serdang Teo Nie Ching, terdapat perubahaan sikap di kalangan pengundi yang kini cenderung menyokong DAP di Repok.
Di satu saluran, pengiraan awal mendapati DAP menang 165 undi berbanding 135 yang diperolehi 135.
“Ketika 2006 (pilihan raya negeri), kita kalah hanya dengan 23 undi,” katanya.
3.48 petang : Keputusan tidak rasmi bagi pengiraan awal di Tebedu:PKR -162, BN - 76,Snap -32, Bebas - 1,Rosak - 1
3.45 petang - Di Engkilili, menurut sumber PKR BN mendahului 400 undi. Kerusi majoriti pengundi Iban ini dikatakan satu ketika adalah kerusi ‘kelabu’ BN. Dalam pilihan raya ini, kerusi ini ditandingi oleh BN-Supp, PKR, Snap dan calon Bebas.
3.38 petang - Keputusan tidak rasmi - Saribas : BN- 1638, PKR - 601, Majoriti - 1037
3.45 petang - Di Engkilili, menurut sumber PKR BN mendahului 400 undi. Kerusi majoriti pengundi Iban ini dikatakan satu ketika adalah kerusi ‘kelabu’ BN. Dalam pilihan raya ini, kerusi ini ditandingi oleh BN-Supp, PKR, Snap dan calon Bebas.
3.38 petang - Keputusan tidak rasmi - Saribas : BN- 1638, PKR - 601, Majoriti - 1037
2.20 petang - Menurut Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, PKR memenangi kerusi N34 Krian dengan majoriti kira-kira 3,000 undi.
PKR memenangi 45 daripada 49 peti undi di Dun Krian. Calon PKR di Dun Krian adalah Ali anak Biju.
2.10 petang – N31 Layar- Keputusan tidak rasmi di saluran SK Batu Genting: PKR 74, BN 48, SNAP 6 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
1.40 tengah hari – N70 Ba’kelalan- Keputusan tak rasmi: PKR 596, BN 525 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
1.35 tengah hari – N53 Kakus- Keputusan tidak rasmi saluran: SK Barau, PKR 122, BN 57, Rosak 3 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
1.15 tengah hari – N31 Layar- Keputusan tidak rasmi sehingga kini: PKR 55 , BN 16 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
1.10 tengah hari - N53 Kakus – Keputusan tidak rasmi: Saluran di SK Kuala Penyarai- PKR 122, BN 70, PCM 1, bebas 5, rosak 1. (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
1.10 tengah hari - N52 Tamin – Keputusan tidak rasmi: Saluran di Rumah Tujoh Bejait Ulu Oya : PKR – 113 , BN – 38 , undi rosak – 5. (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
12.55 tengah hari – Keputusan tidak rasmi di N53 Dun Kakus – Saluran di Sekolah Kebangsaan Kuala Penyarai- PKR 122, BN 70, PCM 1, bebas 5, rosak 1. ( sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
12.50 tengah hari – N31 DUN Layar, Daerah mengundi Bungkang : PKR 28 BN 8. Daerah mengundi Pelepok : PKR 27 BN 8 (sumber: Twitter Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali).
12.45 tengahari – Pengiraan peti undi di saluran yang sudah ditutup bermula jam 12 tengahari tadi.
Di N70 Dun Ba’kelalan, secara tidak rasminya calon PKR, Baru Bian mendahului dengan 245 undi dan BN 223 undi . Undi rosak adalah sebanyak tiga undi.
12.40 tengahari – Sebanyak 800 pusat mengundi sudah ditutup daripada 1,749 pusat mengundi, seperti dilapor Malaysiakini.
12.35 tengah hari - Peratusan keluar mengundi di N11 Dun Batu Lintang masih rendah, dilaporkan hanya 23 peratus yang keluar membuang undi sehingga jam 12 tengah hari.
Calon PKR, See Chee How membuang undi tepat jam 8 pagi di DUN Sentosa.
12.30 tengah hari – Terdapat petugas SPR di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram, N65 Senadin memberikan risalah BN kepada pengundi selepas menyemak daftar pengundi. Ia dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melalui laman Twitter-nya.
12.15 tengah hari – Ketua Pemuda PBB, Datuk Fidillah Yusof mengasari petugas wanita PKR dengan menarik keluar agen mengundi KEADILAN dari pusat mengundi.
12.10 tengah hari – Peratusan keseluruhan yang keluar mengundi setakat ini adalah 30 peratus.
11.55 pagi – Tiga pusat membuang undi di dalam N51 DUN Balingian ditutup jam 11.30 pagi tadi. Antaranya Kenyana, Suyong dan Liok, manakala peratusan keluar mengundi di daerah Tutus dalam DUN Balingian sebanyak 60.77 peratus.
11.50 pagi – Peratusan keluar mengundi di N35 Dun Belawai sudah mencecah 41 peratus.
11.35 pagi – Di N07 Semariang, BN membina pondok panas di luar pagar pusat mengundi sedangkan peraturan pilihan raya sekarang tidak membenarkan pondok panas dibina. PKR membuat bantahan kepada SPR namun mereka tidak mengendahkan laporan itu.
Perkara yang sama juga dilapor berlaku di N33 Dun Kalaka. Pondok panas BN berada dalam zon bebas 100 meter dari pusat pengundian di Kampung Kabong, Sekolah Kebangsaan Chung Hwa, Sekolah Abg Leman, Sekolah Kebangsaan Kupang.
11.30 pagi – Di N27 Dun Simanggang, DAP membuat laporan kepada polis dan SPR kerana BN dikatakan mempunyai pondok panas dalam kawasan pusat mengundi SK Sri Aman Kampung Muhibbah, dan juga kewujudan kain rentang BN dalam jarak kurang 50 meter dari pusat mengundi, seperti dilapor Malaysiakini.
Calon DAP, Leon Donald menentang calon SUPP Francis Harden di Simanggang.
11.10 pagi – Calon PKR N28 Engkelili, Marudi anak Mawong dilapor dihalang masuk ke pusat pengundian ketika melakukan lawatan.
11.05 pagi – Terdapat dua Dun yang peratusan keluar mengundinya dilapor masih rendah. Dun tersebut adalah N30 Saribas – 30 peratus dan N28 Engkelili – 30 peratus. Calon PKR bagi N30 Saribas adalah Abg Zulkifli Abg Engkeh.
10.59 pagi - Peratusan tidak rasmi yang keluar mengundi di N70 Ba’ Kelalan dilaporkan sebanyak 70 peratus. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak, Baru Bian merupakan calom PKR di N70 Ba’ Kelalan.
10.59 pagi – Berikut adalah peratusan tidak rasmi yang keluar mengundi di tiga Dun berikut: N35 Belwai – 53 peratus , N11 Batu Lintang – 11 peratus.
10.50 pagi – Laporan tidak rasmi menyebut terdapat tiga pusat mengundi yang dilapor telah ditutup dan peratusan pengundi yang keluar di pusat berkenaan adalah seperti berikut: N18 Tebedu – 60 peratus , N21 Simunjan – 60 peratus(peratusan tidak rasmi).
Calon PKR di N18 adalah Dr Christopher anak Kiyui, dan di N21 calonnya adalah Mashor bin Hossen.
10.10 pagi - N44: Petugas KEADILAN tangkap kes undian 2 kali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Machan. Bantahan dibuat tapi pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan tandatangan borang banatahan.
Petugas PKR sedang berunding dengan pegawai SPR di SK Ulu Ranan yg tidak mahu terima bantahan.
9.05 pagi - Proses mengundi bermula jam 8 pagi tadi.
Keputusan tidak rasmi pilihan raya umum negeri Sarawak 2011 (dikemas kini sehingga jam 9 pagi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan