Sabtu, 16 April 2011

Terkini : YB Baru PKR





Pakatan mula kerja akhir PRN dengan ceria

KUCHING, 16 April: Pakatan Rakyat memulakan kerja akhir pilihan raya negeri (PRN) Sarawak hari ini dengan sasaran untuk menafikan dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Dun Sarawak.

Semua calon-calonnya bergerak ke tempat mengundi masing-masing dengan penuh ceria ekoran laporan awal Pakatan mempunyai harapan besar mencapai sasaran itu.

Ketika ada anggaran kerajaan BN akan jatuh dalam PRN ini, pemimpin Pakatan merendahkan sedikit anggaran mereka kepada menafikan kuasa dua pertiga BN.

"Saya meletakkan sasaran menafikan dua pertiga itu sebagai boleh diterima tetapi tidak menolak untuk menjatuhkan kerajaan BN," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Beliau tidak menolak ramalan yang dibuat oleh Zentrum Future Studies yang meletakkan Pakatan akan mendapat sehingga 49 peratus sokongan berbanding dengan BN hanya 27 peratus, Snap 20 peratus dan Bebas empat peratus tetapi ramalan itu bagi beliau terlalu tinggi.
(Gambar: Pola pengundian berdasarkan anggaran akhir yang dibuat oleh Zentrum dalam SARAWAK ELECTION (SELECT 2011) - Prediction and Tomorrow?)

Laporan Langsung PRN Sarawak Ke 10

4.10 petang -Di Saribas, keputusan tak rasmi didakwa PKR kalah di semua pusat pembuangan undi yang dikira setakat ini. Manakala 10 lagi pusat undi masih belum dikira.
Dikatakan majoriti BN meningkat meningkat berbanding 2006.
BN sebelum ini mengekalkan kerusi itu dengan 94 undi ketana menurunkan calon kurang popular.
3.58 petang - DAP berkata mereka hampir pasti mengekalkan kerusi Meradong, yang dimenangi oleh penyandangnya, Ting Tze Fui empat tahun lalu. Beliau kini mendahului dengan 459 undi.
Sebelum ini, dengan angkatan kempen BN, DAP bimbang, wanita berusia 27 tahun itu akan dikalahkan. DAP - 1,072, Supp - 613

3.53 petang - Sumber memberitahu BN mendahului undi di Layar. Kawasan majoriti pengundi Iban di pinggir bandar ini adalah kubu kuat timbalan ketua menteri, Tan Sri Alfred Jabu, yang bertanding bagi kali kelapan.

Keputusan Tak Rasmi: Petanda Positif Buat Pakatan Rakyat

KUCHING 16 APRIL : Pakatan Rakyat dilihat berpeluang besar untuk menguasai lebih banyak kerusi ekoran keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan tiga parti komponen itu mendahului di beberapa pusat mengundi.
Pakatan Rakyat yang optimis apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata jumlah keluar mengundi setakat ini “lebih tinggi daripada biasa”, dipercayai mereka mampu untuk menggantikan kerajaan negeri sedia ada.
Bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri 1 Sarawak Tan Sri George Chan Hong Nam berkata jumlah keluar mengundi yang mengejutkan itu akan mengekalkan penguasaan kerajaan BN.
Beliau menjelaskan jumlah pengundi yang keluar awal perkara biasa dan kebanyakannya adalah penyokong BN.
“Lebih dari 30 peratus sudah keluar mengundi. Ada kawasan yang agak sukar kerana ia kebanyakan pengundi Cina. Tapi peratus mengundi sekarang bagus.

LENSA : CALON PKR N08 SATOK MENGUNDI DI DEWAN MERPATI JEPANG

CALON PKR MENGUNDI DI DEWAN MERPATI JEPANG JAM 9.21 PAGI