“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.
“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.
Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.
“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,” dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.
“Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya,” katanya.

Berbanding dengan manifesto BN yang diumumkan semalam yang didakwa hambar dan tidak mempunyai perincian masa depan, Pakatan berjanji untuk terus mengutamakan rakyat.
KOTA SAMARAHAN, 8 April: Mohamad Sabu berkata, kesungguhan PAS menyertai pilihan raya Sarawak adalah kerana mahu membela hak rakyat negeri ini yang lebih 20 tahun ditindas BN.
KUALA LUMPUR, 8 April: Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) menyeru seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan total dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini demi masa depan generasi akan datang.
BATANG LUPAR, 8 April: Penduduk Kampung Hulu Sebuyau bagai putus harapan setelah dua tahun menantikan masjid baru menggantikan masjid lama di Pekan Sebuyau yang telah runtuh bulan Ramadhan 2009 lalu.
Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang 'Ketuanan Rakyat'.











MIRI, 7 April: Ribuan penduduk di beberapa kampung di sini mendesak pihak Kerajaan Negeri Sarawak menunaikan janji menyegerakan memberikan geran sah kepada mereka setelah lebih 20 tahun mengusahakan tanah berkenaan.
Dengan dikawal rapi tidak kurang lima pengawal peribadi, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan pekedai di sekitar pasar di Padungan yang sebelum ini dimenangi oleh PKR
KUALA LUMPUR, 7 April: DAP melihat usaha Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim untuk memulihkan badan itu dilihat kurang berjaya kerana kegagalan badan itu mengambil tindakan terhadap pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Saya agak terkejut dan berasa hairan dengan jumlah calon yang besar kali ini," kata Taib ketika ditemui pemberita selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Rh. Jelani ak Daud, rumah panjang 66 pintu Nanga Lesih dekat Kanowit.

Beliau juga merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Serdang, Timbalan Pengerusi Lajnah Politik & Organisasi Dewan Pemuda PAS Serdang dan Ketua Pemuda PAS Cawangan Seksyen 1/3, Serdang.









