Selasa, 12 April 2011

From Sibu with love

From Sibu with love
MalaysiaKini -  Sarawak :Thanks to a good friend, I was invited to join him on his trip to his wife's aunt home in Sibu. He is keen political observer, so am I.

Before my trip there, I was told that it was or still is the wealthiest town in Sarawak. It was partially true. There were many big bungalows. The presence of a number of big companies was quite evident e.g. Rimbunan Hijau, CMS, KTS, CCK etc.

However, apart from the privately built huge bungalows, infrastructure in the town of Sibu is agonizing and poor. Locals there told us that we should not be surprised seeing many Toyota Hilux and the likes on the streets.

Local kancils, myvis and protons would not survive the potholes and poor road condition in the city. The main road taking us to the airport was not even lighted up at night. 

Bridget Welsh:Musim bunga di Sarawak?


Semasa angin perubahan menggoncang Timur Tengah daripada Tunisia ke Yemen, ramai yang berpendapat bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku di Malaysia. Kerajaan BN yang mempunyai rekod pentadbiran yang baik, dengan semua ketidakseimbangan dalam lapangan pertarungan, telah mengadakan satu pilihanraya yang kompetitif.

Namun, dengan berlangsungnya kempen di Sarawak, ia semakin jelas bahawa perubahan sedang berlaku. Pentadbiran 30 tahun Abdul Taib Mahmud yang sama panjang dengan kekuasaan regim Hosni Mubarak sudah memberi inspirasi yang tidak pernah dilihat di bumi kenyalang.

Taib Harus Undur, Sistem Pemerintahan Mesti Ditukar


KUCHING 12 APRIL : Pembaharuan  politik yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat adalah untuk menerapkan sistem pemerintahan yang beramanah dan berwibawa di Sarawak , bukan  semata-mata untuk menuntut pengunduran Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertukaran pucuk pimpinan harus seiring dengan perubahan dalam  sistem pemerintahan yang mencorak dasar sesebuah negara atau negeri.

"Politik ini bukan soal peralihan kuasa. Perdana Menteri dan Ketua Menteri silih berganti tapi yang kita mahu ubah ialah sistem,” kata Anwar dalam ceramahnya di Satok.

“Yang kita suruh berhenti bukan  Taib seorang, tapi seluruh kekuatan Barisan Nasional Sarawak,"  tegas Anwar,  disahut tepukan gemuruh hadirin yang rata-rata masyarakat kaum Melayu.

Anwar yang berada di Sarawak sejak minggu lalu  kini giat menjelajah ke seluruh pelusok Sarawak untuk membantu calon-calon Pakatan Rakyat melakukan kejutan pada pilihanraya negeri Sabtu ini.

KEADILAN mahu Najib, Taib Mahmud jawab lima soalan

SATOK: KEADILAN membangkitkan lima persoalan dan menuntut jawapan segera dari pimpinan Barisan Nasional, sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau pun penyandang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Pengarah Strategi dan Politik KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, soalan tersebut berkisar mengenai gerak kerja dan kempen Barisan Nasional pada hari kelima selepas penamaan calon.
Pertama, katanya, Barisan Nasional perlu menjelaskan sama ada mereka bertanggungjawab terhadap serangan ke atas laman web Sarawak Report sehinggakan pengendalinya terpaksa mengalihkan laman tersebut setiap minggu.
“Ini kerana kebelakangan ini wujud kecenderungan sesetengah pihak untuk mensabotaj laman tersebut. Mengapa mereka takut sedangkan Barisan Nasional mempunyai jentera media yang lebih besar?
Menurut Rafizi, dua minggu lalu pula, BN Sarawak membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap Radio Free Sarawak, yang banyak membongkarkan salahlaku dan penyelewengan Taib Mahmud di negeri itu.

PAS bimbang hasil kekayaan tidak dinikmati rakyat

Apa yang dibimbangi oleh PAS itu kini sudah menjadi kenyataan. Rakyat Sabah dan Sarawak miskin walaupun kedua-dua negeri itu kaya dengan hasil bumi.
PAS menolak dakwaan Perdana Menteri Najib Tun Razak bahawa parti itu menentang kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia tetapi sebenarnya bimbang hasil kekayaan kedua-dua negeri itu tidak dinikmati oleh rakyatnya.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, “apa yang dibimbangi oleh PAS itu kini sudah menjadi kenyataan sekarang. Rakyat Sabah dan Sarawak miskin walaupun kaya dengan hasil bumi.
“Pakatan Rakyat menjanjikan royalti minyak 20 peratus kepada kedua-dua negeri, sedangkan Barisan Nasional (BN) hanya memberikan lima peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib bahawa PAS menentang kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia pada suatu ketika dahulu.
“Antara isu yang dibawa PAS dahulu, sewaktu kita nak tubuh Malaysia ialah mereka menentangnya, jangan kita lupa dari segi sejarahnya dan hari ini rakyat Sarawak semakin makmur kerana telah merdeka dalam Malaysia.

Defending Sarawak: Gaddafi style

Defending Sarawak: Gaddafi styleThe recent rallies of Pakatan Rakyat in major cities of Sarawak had certainly caught Najib and the Barisan Nasional coalition off guard. Never in the history of Sarawak had we seen such phenomenal crowds in an opposition rally.
Led by charismatic leader Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat had made massive inroads in trying to convince the Sarawakians to overturn a regime which had lasted for decades.
Prime Minister Najib's intervention was inevitable. His decision to call off a Cabinet meeting and make an immediate visit to the land of Borneo was seen as a last ditch effort to save Barisan Nasional from an embarrassing defeat in Sarawak.
Acknowledging the sentiments of most Sarawakians,who dislike their chief minister Taib Mahmud, Najib kick-started his campaign by proclaiming that a leadership transition is imminent. But many would still recall that pledges made years ago by Taib Mahmud and George Chan to step down were conveniently swept aside.

Tanah Adat, Taib Mahmud dan BN jangan bohongi rakyat sarawak!

Isu tanah adat (NCR) di Sarawak sangat mencengkam setiap mata hati rakyat, dari bandar hingga ke pedalaman dari darat ke pesisir laut dan sungai.
Sarawak sebuah negeri yang sebenarnya kaya dengan sumber alamnya, dari gas dan petroleum hingga  kepada balak dan paling mudah dilihat ialah tanah yang luas yang semuanya pada bila-bila masa boleh dirampas oleh rejim Tan Sri Abdul Taib Mahmud.


Kanun Tanah Sarawak meskipun digubal kononnya dalam semangat untuk memberikan hak kepada rakyat Sarawak, namun aplikasinya mudah dimanipulasi terutama dalam pemerintahan Taib Mahmud.
Kedudukan kekayaan Taib Mahmud tidak terbanding dengan semua hasil di Bumi Sarawak ini di bawah perkiraanya untuk dari masa ke semasa diagihkan kepada kaum kerabat serta kroninya.

Bn buat konsert,bila ceramah tak dapat sambutan


Gerun dan tertekan dengan kehadiran luar biasa rakyat Sarawak ke ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Sarawak, BN menukar strategi dengan mengadakan konsert artis untuk menarik orang ramai terutamanya golongan muda.


Walau bagaimanapun Konsert+Ceramah (KOMA) yang berlindung di balik NGO 1Malaysia yang di adakan malam tadi di Padang Merdeka Kuching masih gagal menandingi sambutan orang terhadap ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Saya mencadangkan BN menjemput pelawak dan pelakon terkenal untuk menarik orang ramai. Mendahului senarai ialah Umi Hafilda, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin.
Mungkin untuk memastikan lebih ramai audien boleh menjemput produser filem lucah terkenal, Rahim Tamby Chik yang akan menggunakan sound effect dan visual khas hitam putih terkini untuk membuat persembahan yang lebih menarik.

Sarawak Report forced to go on the run after cyber attack

Far from being cowed, the website reveals further misdoings of Taib Mahmud.
KUCHING: It is not safe in cyberspace. For the last three days, anti-Taib website Sarawak Report had been attacked so relentlessly that it has been forced to keep changing addresses.
Sarawak Report founder Clare Rewcastle Brown  said: “We have sustained three days of unremitting cyber-attacks and we are  accepting that Sarawak Report will have to go on the run for the next few days until the election.
“Our web experts say it is a Distributed Denial of Service Attack (DDOS), the same form of attack that brought down WikiLeaks. They use robots to shoot bits of software to flood the server,” Brown said in an e-mail to FMT today.

DAP: Najib-Taib menampar muka satu sama lain?

Pengumuman Perdana Menteri Najib Razak bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak dilihat bercanggah dengan kenyataan Taib Mahmud sendiri yang mendakwa "akan berundur beberapa tahun lagi", semalam.  Jelas, kedua-dua mereka menyanggah kenyataan antara satu sama lain, demikianlah yang disifatkan Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.
"'Beberapa tahun' yang dimaksudkan (Taib Mahmud) mungkin 9 tahun, kenyataan Najib '(berundur) selepas pilihan raya' pula memberi persepsi 'tidak lama selepas pilihan raya," kata Chong Chieng Jen yang juga calon DUN Kota Sentosa, sambil menyifatkan bahawa kelihatan tamparan Najib pada Taib lebih menyengitkan.
"Selepas Najib berkata demikian, Taib Mahmud pula berkata, akan berundur selepas beberapa tahun, dan bukannya selepas pilihan raya negeri.  Mesejnya jelas, Taib mahu kekal.  Pendirian Najib sama ada mahu Taib berundur masih kabur, tapi Najib mahu menang dalam pilihan raya.  Namun, Taib mahu kekal, tidak mempedulikan apa keputusan pilihan raya."

Siasat Radio Free Sarawak, BN tertekan pertahan kuasa

Tindakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat  Juruhebah Radio Free Sarawak (RFS) membuktikan Barisan Nasional kian terdesak mempertahan kuasa di negeri itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari mempersoalkan tindakan tersebut, sedangkan RFS hanya mendedahkan fakta berkaitan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“RFS dedahkan kezaliman Pemimpin rasuah dan rampas harta rakyat disiasat bersungguh-sungguh, tetapi blogger BN bersama Tv3, Utusan dan sewaktu dengannya  menyiarkan video berunsur lucah boleh pula,” ujar beliau merujuk keengganan pihak berkuasa menahan dalang di sebalik rakaman lucah palsu, yang dimuatnaik ke internet baru-baru ini.
Semalam, Rais dilapor mengarahkan SKMM menyiasat Juruhebah RFS dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Siasatan itu susulan laporan polis yang  dibuat Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kononnya pendedahan RFS itu menyentuh aspek keselamatan di Sarawak.
Stesen radio yang beroperasi secara rahsia itu dikatakan bersiaran di London, dan banyaka memainkan peranan membongkar penyelewengan dan salahguna kuasa yang  dilakukan Taib Mahmud- membolot harta kekayaan Sarawak untuk diagihkan kepada dirinya dan kroni.

BN terdesak burukkan imej Selangor di Sarawak..

Tindakan itu tiada asas memandangkan lebih 3,000 rakyat Sarawak khususnya yang menetap di Selangor bijak menilai pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) sebagai terdesak apabila bertindak memburuk-burukkan imej kerajaan Negeri sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri di Sarawak dewasa ini.
Menurut Khalid, tindakan itu tiada asas memandangkan lebih 3,000 rakyat Sarawak khususnya yang menetap di Selangor bijak menilai pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri tersebut.
Sepatutnya kata Khalid, semua pihak tanpa mengira parti politik perlu berganding bahu bagi melakukan pembangunan terbaik bagi rakyat di mana-mana negeri.
Beliau mengakui sepanjang berkempen di Sarawak rakyat di Bumi Kenyalang tertarik dengan konsep ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’.
“Kita sudah bukti dan berusaha sepanjang memerintah Selangor. Rakyat khususnya di Sarawak boleh melihat hasil di Selangor berbanding usaha kerajaan negeri Sarawak sepanjang memerintah lebih 40 tahun,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini petang tadi.

The horror if BN loses in Sarawak

The horror if BN loses in SarawakA-LOOK-AHEAD As the sun sets over the horizon and the dust begins to settle, the results of the Sarawak Election begins to trickle in. And much to the horror of BN, hitting with the impact of a bombshell, the realisation that the people of Sarawak have finally rejected the once-mighty BN.
No, there is no doubt about it. Recount as much as you like but the Pakatan Rakyat coalition has managed to secure a sensational win in Sarawak. Against all odds, the people of Sarawak have spoken. Change is unavoidable. Another Tsunami has landed.
And as the drama unfolds, frantic activity begins to take place in Kuching in the still warm night, while other parts of Sarawak are drenching in rain showers washing away the sins of past regimes. As the result begin to sink in, visibly shocked Sarawakians takes to the streets, with shouts of joy and laughter. Knowing that it is all over, there will be dancing in the streets, as people start to celebrate the end of draconian rule. Finally, Sarawakians have beaten the odds and a new era is dawning upon them.

Najib has no choice but to take ‘charge’ in Sarawak

The prime minister's decision to take up temporary residence in Sarawak is an unprecedented move by any prime minister for a state election.

The cynics are at it again following Prime Minister Najib Tun Razak’s decision to park himself from Sunday in Sarawak for six days. De facto PKR chief Anwar Ibrahim, for one, even thinks that Najib’s presence might indicate an imminent implosion of sorts within the ruling state Barisan Nasional (BN).
Anwar appears to be in seventh heaven over Najib’s presence but the recalcitrant leader may yet have cause for regrets. It has been tough going for PKR in the 24 seats where it’s taking on both the BN and the Sarawak National Party (SNAP) which is banking on sentiments.
Voters are likely to choose between BN and SNAP, ignoring the Peninsular Malaysia-based PKR. The ultra-conservative longhouse Ibans in particular, it’s said, would never vote for an outside party.
The BN, meanwhile, has been too busy to gloat over PKR’s obvious difficulties on the ground in Iban country.

Rakyat DUN Muara Tuang, Kota Samarahan desak kerajaan BN bina jambatan di Tanjung Bundong

Kota Samarahan, 12 April : Penduduk Kampung Tanjung Bundong, Kampung Muara Tuang, Asajaya, Sadong Jaya dan Sebuyau, Kota Samarahan, Sarawak mendesak agar kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan pusat membina sebuah jambatan yang merentangi Sungai Sabang yang hanya seluas 243 Meter di antara Tanjung Bundong, Muara Tuang dengan Asajaya.Video Aduan Rakyat

DAP akan menyerah memorandum kepada Perdana Menteri supaya Limbang Hospital dinaiktarafkan

Calon DAP Leong Kwang Yew berkata, DAP akan menyerah memorandum kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Najib semasa beliau melawat ke Limbang pada 14 April 2011.
DAP ingin menyampaikan mesej rakyat Limbang kepada Perdana Menteri supaya beliau mengambil langkah untuk mengatasi masalah Limbang Hospital yang tiada doktor pakar dan perlu dilengkapi dengan kemudahan lagi.
Pemimpin Parlimen DAP Lim Kit Siang juga melawat ke Limbang Hospital semasa beliau berada di Limbang pada 10 April 2011.

Najib to meet Sarawak church in bid to allay fears


Najib has taken over the reins of Barisan Nasional’s campaign in Sarawak.

KUCHING, April 12 — Datuk Seri Najib Razak is scheduled to meet Sarawak church leaders here tomorrow in what is believed to be the prime minister’s attempt to pacify the Christian community ahead of polling day this Saturday.Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud confirmed this with reporters this afternoon after he sat with representatives of the Association of Churches Sarawak (ACS) to discuss the ongoing Alkitab row.
“The PM will meet with them tomorrow so you can ask him your questions,” said the pint-sized leader when approached after the meeting held at Pullman Hotel here.

Blogger: Taib owns 357,980ha of land

A Kelantan-based blog makes a startling disclosure that Sarawak chief minister owns nearly 3.5% of the total land in the state.

A pro-Pakatan Rakyat blogger has accused Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud and his family of owning 357,980 hectares of land in Sarawak or nearly 3.5% of the total land in the state.
Kelantan-based blog named Perisik Rakyat (People’s Spy) in his latest posting alleged that Taib, in his 30-year rule of the state, had amassed the landbank in the state which has over 12.4 million hectares of land.
The blog, which does not reveal the name of the blogger, claimed that Abu Bekir Taib, one of Taib’s sons, was the biggest “landlord” in state with ownership of 142,550ha in almost every part of the huge state which is as big as Peninsular Malaysia.
The blog claimed that Abu Bekir owned 70,000ha in Sri Aman, 4,400ha in Lawas, 20,000ha in Limbang, 500ha in Miri, 5,000ha in Sungai Teru and Batang Baram, 26,100ha in Sungai Karap, 4,000ha in Tinjar, 4,500ha in Sungai Tutoh, 4,000ha in Mukah and 9,000ha in Sungai Machan Tengah.

For Sarawak Christians, it is time to wake up

For Sarawak Christians, it is time to wake upWith odds stacked high against them, Barisan Nasional had decided to go all in by calling a historical bluff. This bluff is non other than their reassurance to East Malaysian Christians that the Malay bible issue had been resolved. Prime Minister Najib Razak said that the controversy over the bibles is no longer an issue as a 10 point proposal had been tabled by the Minister in the PM’s Department, Idris Jala.
What Najib Razak had failed in his capacity as Prime Minister, is to understand the difference between a proposal and a binding regulation or law. A proposal remains a proposal, and is subject to further and future amendments by UMNO. With the unveiling of the proposal being said to be well-timed right before the Sarawak state elections, many believe that UMNO will act according to their wimps and fancies, and conveniently sweep the issue under the carpet after the elections.

Akhbar Cina kaburkan istilah yang memalit Taib

Apakah "korup" dan "Pek Moh" (makna: uban, gelaran untuk Taib Mahmud) sudah menjadi perkataan yang tidak senonoh, sehingga perlu dikaburkan dalam akhbar bahasa Cina?  Salah satu akhbar bahasa Cina terbesar di Sarawak, United Daily News, dalam liputannya terhadap poster pilihan raya, mengaburkan semua istilah "Pek Moh" dan perkataan yang membawa makna "korup" - sebagaimana yang terkandung dalam poster pembangkang.  Jelas, ini perbuatan untuk menapis istilah yang memalit Taib Mahmud, Ketua Menteri yang sudah 30 tahun memegang tampuk kuasa.
United Daily News memperuntukkan dua muka surat berwarna pada 11 April untuk melaporkan poster dan kain rentang parti politik yang bertanding, dengan tajuk "sindiran tersurat dalam komik", dan "ejekan tersirat dalam kain rentang".  Namun, 4 daripada 11 gambar yang disiarkan "dikaburkan" sebahagiannya - tiga daripadanya adalah kain rentang DAP; dan satu lagi dipercayai dari SUPP.

BN Didakwa Guna Provokasi Agama Di Sarawak

KUCHING 12 APRIL : Barisan Nasional dikatakan mula membakar sentimen perkauman dan keagamaan  rakyat Sarawak dalam cubaan terdesak mencari sokongan dengan kempen pilihanraya negeri yang cuma tinggal empat hari lagi.
Kain rentang tertera  "Kalau undi PKR bermakna undi negara Islam" dan "Mengundi PKR adalah mewujudkan negara Kristian" dilaporkan kelihatan di beberapa tempat di sekitar Sarawak untuk menghakis sokongan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menggesa BN untuk menghentikan kempen provokasi sedemikian kerana ia adalah “taktik murahan yang membahayakan rakyat Sarawak sendiri.”
"Jika BN ikhlas tidak mahu rakyat tunduk kepada sebarang provokasi,  maka BN sendiri harus berhenti menggunakan agama dan kaum untuk menakut-nakutkan mereka,’ tegas beliau.
Rafizi berkata PKR akan terus berkempen seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan.
Pada masa sama,  ceramah penerangan juga terus memberi fokus  kepada kepincangan Sarawak akibat 30 tahun pemerintahan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.

DUN Sarawak: Elak sentuh isu agama, kata Jamil Khir

KUCHING, 12 April – Parti-parti pembangkang tidak harus menyentuh isu agama dalam kempen pilihan raya mereka di Sarawak yang dibimbangi boleh menggugat sensitiviti masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Kita tahu negeri ini mempunyai budaya tersendiri, penuh ketenteraman, kesopanan dan penduduknya saling menghormati satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.
“Nilai aset yang paling penting ini jika tidak dijaga akan menyebabkan kita tidak mampu memacu negeri ini,” kata beliau di Telaga Air dekat sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, Jamil Khir berkata semua rakyat perlu sama-sama menjaga negara ini yang penuh dengan kebudayaan, bangsa dan agama yang berbeza.
“Kerajaan mendukung semangat perpaduan ini yang membolehkan kita mengorak jauh ke hadapan dalam pembentukan pembangunan, memberi keselesaan kepada pendidikan anak bangsa kita tanpa mengira agama,” katanya.
Jamil Khir berkata jika ada bibit ketidakpuasan dalam kalangan masyarakat dan keyakinan agama yang disalah tafsir, ia boleh menyebabkan perpecahan penduduk di negeri ini.
“Jangan nanti, oleh kerana ingin meraih kepentingan politik, masyarakat diadu-dombakan,” katanya.

Bawa Ummi, Ezam berkempen seperti bawa ‘sampah’ ke Sarawak-

 Tindakan Barisan Nasional membawa Ummi Hafilda Ali dan Ezam Mohd Nor berkempen ke Sarawak disifatkan sekadar membawa ‘sampah’ yang akan mengotorkan lagi suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.
Demikian kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail, mengulas kehadiran dua ‘boneka’ tersebut bagi membantu jentera BN di Sarawak, menjelang hari pengundian 16 April ini.
“Umno terpaksa upah ‘sampah’ Ezam dan Ummi yang akan membawa cerita lucah dan kotor untuk serang ketua pembangkang. Mereka (Umno) sepatutnya sedar rakyat  Sarawak ingin mendengar hujahan berdasarkan fakta.
“Saya berharap mereka berdua berhenti jadi alat dan boneka kepada Umno kerana ceramah dan cerita mereka tidak releven,” kata Siti Aishah ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Mesej Khalid Kepada BN : Berpolitiklah Dengan Cara Lebih Matang

SHAH ALAM 12 APRIL : Populariti negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan Rakyat dicemburui Barisan Nasional lalu menjadikan ia sasaran kritikan demi menonjolkan kegagalan pentadbiran di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalib Ibrahim.

Itu taktik terbaru yang digunakan Barisan Nasional dalam siri kempen mereka di Sarawak apabila Pakatan Rakyat menjadikan Selangor sebagai negeri  contoh kejayaan mereka membangunkan Selangor di bawah konsep 'Merakyatkan Ekonomi Selangor'. 

Khalid yang ditemui Tv Selangor hari ini melahirkan kekecewaannya dengan taktik Barisan Nasional itu yang sanggup menyebarkan fitnah dalam memastikan kelangsungan politik mereka.

"Itu adalah satu tindakan terdesak dengan memburuk-burukkan tanpa asas dan fakta yang benar, jadi di Selangor kita lebih matang dengan perkara tersebut, jadi apa yang berlaku ini kita harus mengambil pengajaran dan menjadikan ia sebagai contoh yang tidak harus digunapakai di Selangor dan Malaysia,"katanya.

Rumah calon KEADILAN dibaling botol arak waktu maghrib

Rumah calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Ahmad Nazib Johari dibaling botol arak pada waktu maghrib Ahad lalu dan hampir-hampir memecahkan tingkap rumahnya.
Nazib ketika dihubungi Keadilandaily.com mengesahkan kejadian itu dan menyifatkan ia sebagai tindakan terdesak BN dalam usaha mengekalkan kerusi DUN Satok.
“Kejadian berlaku pada Maghrib, Ahad lalu apabila seorang individu menunggang motorsikal membaling sebuah botol arak dan hampir-hampir memecahkan tingkap rumah saya.
“Sepatutnya pada waktu maghrib kita menunaikan solat dan bukannya membaling botol arak,” katanya kesal.
Menurut Nazib, kejadian itu menunjukkan bukti bahawa BN sanggup buat apa sahaja untuk menang dalam pilihan raya berkenaan walaupun ia bercanggah dengan Islam.

BN dijangka tabur jutaan ringgit menjelang 4 hari terakhir kempen

SATOK: KEADILAN menjangka Barisan Nasional akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada 4 hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya itu, 16 April ini.
“Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia diluar kawalan kami. Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada diantara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri.

Video : Anwar di Muara Tuang

Video : Anwar berceramah di Satok

PRN Sarawak - Anwar di Satok



Sayang Sarawak: Kewajaran untuk berubah?

Apakah benar "angin perubahan" yang dikatakan sedang bertiup di Bumi Kenyalang ini bakal menyaksikan satu perubahan mentaliti rakyat Sarawak?  Setidak-tidaknya mampu menafikan majoriti 2/3 BN yang telah menguasai negeri itu sejak sekian lamanya.  Lantas, PRN Sarawak ini dilihat bakal mengundang pelbagai spekulasi dan ada pendapat bahawa PRN kali ini merupakan PRN paling sukar dan paling mencabar buat BN.  Dari satu sudut yang lain, Pakatan Rakyat pula dilihat begitu ghairah untuk mengambil alih pentadbiran di Sarawak walaupun sejak awal-awal lagi berlaku perebutan kerusi kurang sihat di antara PKR dan SNAP.
Merujuk kepada siapa yang akan kalah dan menang dalam PRN Sarawak pada kali ini, kita boleh mengandaikannya kepada empat kemungkinan utama.  Pertama, BN berjaya mempertahankan majoriti dengan selesa.  Kedua, BN hilang majoriti 2/3 tetapi masih membentuk kerajaan.  Ketiganya, Pakatan Rakyat berjaya merampas Sarawak dari BN dan keempat, wujudnya kerajaan campuran di Sarawak.  Daripada empat kemungkinan yang dikemukakan di sini, salah satu di antaranya adalah pasti.

Najib and Taib are closely intertwined

Najib and Taib are closely intertwinedThere is nothing difficult to analyse about Sarawak. If Sarawak’s Chief Minister Taib Mahmud falls, Prime minister Najib Abdul Razak knows that the domino effect will mean that BN in semenanjung has no chance.
If the Sarawakians are prepared to opt for change, then the peninsular Malaysians will take their cue from them. GE-13 is around the corner and Najib cannot take any chances.
Najib knows that his only task at this moment in time, is to make sure Taib and BN stay on, in control of Sarawak.
The current positions of power, jobs, reputations, livelihoods (most of which were not legitimately acquired), wealth (most of which were illegally obtained) that are held by BN politicians and the cronies who benefitted from their largesse, will be lost, if the Opposition get control.
In order to justify the ageing Taib’s desire to seek re-election, Prime minister Najib Abdul Razak’s latest argument, is that a leader’s age should not be an issue. He pointed out several ageing opposition leaders - Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hadi and Anwar Ibrahim.

Kejayaan Pakatan bukti lebih layak tadbir Sarawak

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, kejayaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang ditadbirnya menunjukkan gabungan parti itu lebih layak mentadbir Sarawak, berbanding Barisan Nasional.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sewaktu berkempen di Kuching semalam, yang mendakwa kononnya kerajaan Pakatan rakyat tidak menunaikan janji di negeri yang dikuasainya.
Zuraida menegaskan, Najib layak digelar ‘maha penipu rakyat’ kerana umum mengetahui negeri Pakatan, terutama Selangor dan Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan dan pendapatan tertinggi di Malaysia.
“Contohnya, Selangor sendiri mencatatkan pendapatan lebih 30 peratus buat ekonomi keseluruhan negara. Malah, Ketua Audit Negara memuji tadbir urus dan tata kelola negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
“Rakyat Sarawak harus sedar wang yang digunakan BN untuk menabur segala janji adalah wang rakyat sebenarnya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Zuraida menjelaskan, tindakan sewenangnya kerajaan BN menggunakan wang rakyat demi kepentingan peribadi dan kempen politik parti menunjukkan pimpinan BN termasuk Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah pemimpin yang sangat tidak amanah dan bertanggungjawab.

Angin Perubahan Politik Sarawak Lebih Hebat Dari Tsunami 2008




KUCHING 12 April : Angin perubahan yang bertiup kencang di Sarawak dilihat lebih hebat daripada apa yang berlaku ketika tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008.
Malah menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, perubahan landskap politik yang bakal berlaku di Bumi Kenyalang itu adalah 1,000 kali ganda daripada apa yang berlaku semasa PRU12.

"Saya lihat keadaan yang amat menakjubkan di Sarawak. Pendidikan politik kepada rakyat Sarawak yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat benar-benar telah membawa hasil yang di luar jangkaan kita.

"Sama ada perubahan ini akan membawa kepada undi Pakatan Rakyat adalah soalan kedua tetapi apa yang lebih penting kesedaran politik rakyat Sarawak berada pada tahap yang tinggi," kata beliau ketika di temui TV Selangor.

Peralihan kuasa: Saya tak akan masuk perangkap Pakatan, kata Taib


Taib Mahmud
KUCHING, 12 April — Dalam kenyataan kedua tidak sampai 24 jam mengenai isu peralihan kuasa, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau sama sekali tidak akan “terperangkap” dengan desakan agar mengumumkan tarikh mahu melepaskan jawatannya itu.
Pembangkang menggesa Taib, Pengerusi BN Sarawak, mengumumkan tarikh mahu berhenti daripada menjadi Ketua Menteri sebelum hari pengundian Sabtu ini bagi membuktikan beliau benar-benar ikhlas dengan janjinya.
“Pembangkang tahu bawa ia (desakan) tidak boleh memerangkap saya,” kata Ketua Menteri Sarawak paling lama ini, yang memutuskan untuk mengetuai BN Sarawak menghadapi pilihan raya negeri kali ke-10.
“Kita tidak sebegitu jahil untuk mengumumkan (pelan) peralihan dan kemudian menetapkan tarikh (melepaskan jawatan),” kata beliau kepada pemberita di Pullman Hotel di sini pagi ini.

Ajar pemimpin angkuh dengan bahasa undi

KUALA LUMPUR, 12 April: Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat sehingga pemimoiBN tidak boleh tidur lena.

“Insya Allah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh  pada 16 April 2011, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Contohnya, kata beliau pemimpin Umno yang kalah kepada Pakatan Rakyat baru mereka sedar untuk turun melihat kesempitan rakyat sedangkan sewaktu ada kuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.
Justeru, ujarnya tdak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak, BN mendapat tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April 2011 hingga kini.
Menurutnya, menjadi kelaziman pada hari penamaan calon BN akan memperolehi menang tanpa bertanding, tetapi pilihan raya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.
“Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai  janji untuk pengundi di Sarawak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kempen fasa kedua dijangka lebih agresif

KUCHING, 12 April: Tanggal 11 April tepat lima hari kempen bagi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak tamat bagi fasa pertama, dan 12 April menjadi tarikh seterusnya masuk ke fasa kedua.

Kesemua parti yang bertanding masih belum giat dalam berkempen termasuk perang poster yang juga kurang kelihatan.
Tinjauan di beberapa buah kawasan Dun di Parlimen Kuching, Santubong, Batang Sadong, Batang Lupar dan Samarahan kebanyakannya masih belum rancak perang posternya.
PAS sendiri baru memulakan perang posternya pada 9 April, dengan petugas baru sahaja memulakan kerja-kerja menampal poster, banner dan propaganda.
Cuma di Sebuyau sahaja, PAS yang menampilkan Pesuruhjaya Sarawak, Adam Ahid telah memulakan lebih awal lagi kerja-kerja menaikkan bendera dan poster.

‘Rakyat fearful of instruments of repression’

Sarawakians must put their greatest weapon, which is their individual votes, to good use.

Chief Minister Taib Mahmud has a huge war chest with billions of ringgit and along with this he has the threat of coercive tactics.
The rakyat are fearful of the instruments of repression.
The presence of army personnel or police near and around long houses are sufficient to induce pliant behavior.
But let the people of Sarawak be reminded – you have the greatest weapon of all – YOUR VOTE.
You also have the law on your side.
Sarawakians must celebrate the victory of the 640 villagers from Kuala Nyalau and Ulu Nyalau who were awarded RM66.75 million by the Bintulu High Court recently.
The laws can’t be twisted forever by the powerful oligarchy – for that is what the Sarawak government has become.

Even soft-toy mascot Ubah is not spared as BN tries to 'finish off' Pakatan

Even soft-toy mascot Ubah is not spared as BN tries to 'finish off' PakatanThe battle for Sarawak, now at the halfway mark, has become very intense. 

DAP's soft-toy mascot, Ubah the Hornbill has taken a life of its own. Ubah has attracted a lot of support from almost everyone in Sarawak, so much so that BN campaigners have labelled it a 'samseng' or 'rowdy gangster'.

Malaysia Chronicle contacted PAS assemblyman, Khalil Idham Lim, who has been campaigning in all three PKR, PAS and DAP areas in the past couple of weeks for the latest situation on the ground.
"BN is now attacking Ubah the mascot because it seems to have garnered popular support, even among the kids, and many people have come to view the mascot as a harbinger or a symbol of change," Khalil told Malaysia Chronicle.

Video : Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Video : Ubah v.s.Taib ( ver. Iban )

Video : DAP Candidates for Kuching Region

Video : Sedutan Ceramah DAP

Permainan BN : Bimbang Baru Bian sebar Kristian jika jadi KM S’wak?

Penulis blog pro-BN takut Sarawak dikristiankan sepertimana ketika Sabah dibawah Pairin Kitingan.

PETALING JAYA: Rata-rata penulis blog pro-Barisan Nasional (BN) menzahirkan rasa bimbang mereka bahawa proses pengkristianan akan berlaku di Sarawak sekiranya Baru Bian dilantik sebagai Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya negeri (PRN) 16 April ini.
Ketua PKR Sarawak tersebut mempertaruhkan masa depan politiknya dengan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Ba’ Kelalan menentang anak saudaranya Willie Liau daripada SPDP-BN.
Di dalam kempen pilihan raya Sarawak yang sedang berlangsung ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 8 April lalu, telah mengumumkan bahawa Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak sekiranya BN berjaya ditumbangkan.
Penulis blog Cucu Tok Wan (theflyingkick.blogspot.com) dalam artikelnya bertajuk Confirm!!! Baru Bian Ketua Menteri Sarawak mendakwa bahawa parti DAP yang turut mengetengahkan calon dalam PRN menyokong Baru Bian kerana DAP parti pendakwah Kristian dari Semenanjung Malaysia.

Lensa : Sidang Media DAP




Kenyataan Media Mustafa Ali

Lensa : Sidang Media Anwar 10-4-2011




Video : Anwar Ibrahim's pc 10-4-2011

Lensa : Ceramah PR Di Batu Kawa




Video : Lim Guan Eng Di Batu Kawa

Video : Tok Guru Nik Aziz di Batu Kawa

Pc Saifuddin Nasution 11-4-2011

Video : Anwar pc 11-4-2011b

Video : Anwar pc 11-4-2011a

48 tahun memerintah, BN masih gagal sedia kemudahan asas

TEBUAN: Selepas 48 tahun mentadbir, kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal menyediakan prasarana dan infrastruktur yang sempurna di Sarawak, menyebabkan penduduk di Kampung Sorak Melayu dalam DUN Tebedu,  hidup dalam risiko dan bahaya.
Mereka terpaksa merentasi jambatan gantung sepanjang kira-kira 50 meter untuk ke pekan Serian yang terletak kira-kira lima kilometer dari kampung tersebut.
Bahkan, setiap hari anak-anak di kampung tersebut berhadapan dengan risiko jatuh ke dalam sungai kerana keadaan jambatan gantung yang uzur dan usianya yang sudah menjangkau 20 tahun.
“Kalau saya jadi orang kampung ini, satu undi pun saya tak beri kepada Barisan Nasional.
“Anak-anak muda kampung ini kena sedar. Selagi mana kita tak lawan, selagi itulah mereka memperkecilkan kita,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada lawatannya ke kampung tersebut, petang tadi.

Sarawak must come first, not Taib or Najib

Sarawak must come first, not Taib or NajibThe anti-BN feeling and the desire to kick Taib out of office is very high. However, Pakatan cannot keep up with the dirty tactics employed by BN to influence people. The opposition does not have enough money or manpower to keep BN in check.
Therefore, if the people of Sarawak are genuinely sincere about change, if they are serious about reform and have no other desire apart from putting Sarawak back on its own feet, then they have only one chance to do that – on 16th April.
Taib has singlehandedly reduced Sarawak to a pitiful state. He has raped the country and he will continue to rape it for as long as the Sarawakians allow it to happen.
Clare Rewcastle Brown and her website Sarawak Report as well as Peter John Jaban, who has had to fight for Sarawak from foreign shores via Radio Free Sarawak, can only do so much. They have unearthed and unmasked Taib’s evil deeds. Taib is corrupt to the core. He treats Sarawak as his personal golden goose. Few other Sarawakians benefit.

Rakyat Sarawak Sambut Baik Rekod Pemerintahan PR


MIRI 11 APRIL: Masuk hari ke enam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak memperlihatkan penerimaan rakyat terhadap pendekatan dasar Pakatan Rakyat yang berjaya diadaptasi di empat buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Justeru komitmen luar biasa yang ditunjukkan masyarakat di Bumi Kenyalang itu sepanjang kempen bermula Sabtu lalu menambah keyakinan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui usaha menawan negeri itu pada pilihan raya 16 April nanti.

Pakatan leaders call on Christians in Sarawak to reject 'lying' BN

Pakatan leaders call on Christians in Sarawak to reject 'lying' BNPakatan Rakyat leaders called on Christians in Sarawak to reject the BN government after the Christian Federation of Malaysia confirmed that the Malay-language Bible row has not been resolved and also indicated there had been pressure to settle the issue ahead of the Sarawak elections balloting day on April 16.
“All three – the Prime Minister, Deputy Prime Minister and the Chief Minister – have been caught out in a lie to Christians in Sarawak and throughout Malaysia," Sarawak PKR chief Baru Bian told Malaysia Chronicle.
"All three said the issue had been resolved. They even tried to claim credit so that the community would forgive them. But it is not really forgiveness that they seek, they just want our votes. Why should we give it to them? Do they deserve it?” 
Earlier on Monday, DPM Muhyiddin Yassin had accused the opposition of trying to stir anger and hatred for the BN by harping on the issue, insisting it had already been resolved “in the BN spirit”.

Ugut calon PAS jijik, memalukan

KUALA LUMPUR, 11 April: PAS menyifatkan tindakan pihak polis dalam percubaan membeli dan mengugut calonnya bagi pertandingan di Dun Tanjung Batu, Sarawak, sebagai suatu tindakan yang amat memalukan dan menjijikkan.

Tindakan tersebut bukan sekadar turut menjejaskan imej pihak polis, tetapi turut menyebabkan masyarakat kehilangan kepercayaan kepada pihak polis sebagai pihak yang mengawal keselamatan negara.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa sehubungan itu mendesak pihak polis mengambil tindakan segera terhdap pegawainya yang terlibat dalam kejadian itu.
Menurut beliau, tindakan segera terhadap pegawai polis yang terlibat itu amat perlu dilakukan oleh pihak polis memandangkan laporan polis mengenainya telah pun dibuat oleh pihak yang terbabit.
Katanya, tetapi beliau sangsi sama ada tindakan itu akan dilakukan oleh pihak polis, walaupun laporan polis telah dibuat, memandangkan yang terlibat itu adalah pihak polis sendiri.
"Jadi, ini tentunya suatu tindakan yang amat malang, amat memalukan dan amat menjijikkan, perlu dihentikan segera serta ditentang habis-habisan oleh setiap pihak," tegasnya ketika dihubungi, hari ini.

Taib undur: Sandiwara Najib kaburi mata rakyat

KUALA LUMPUR, 11 April: Kenyataan Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletak jawatan selepas Pilihan raya Negeri Sarawak  mencerminkan satu sandiwara untuk mengaburi mata rakyat.

AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa berkata, jika beliau benar-benar serius dalam perkara itu, Perdana Menteri harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Taib untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri.
Taib Mahmud telahpun mengeluarkan kenyataan untuk berundur daripada jawatan Ketua Menteri sewaktu pilihan raya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya.
“Sekarang, janji tersebut di ulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku,” ujarnya dalam satu kenyataan.