Khamis, 7 April 2011

Jurang kualiti hidup rakyat di sempadan Sarawak- Brunei ketara

LAWAS: Jurang kualiti dan taraf hidup rakyat di antara Pekan Lawas, Sarawak dengan masyarakat di Brunei, jelas ketara meskipun kedua-dua kawasan ini hanya bersebelahan antara satu sama lain, kata calon KEADILAN N71 Bukit Sari, Japar Suyut.
“Kedua-dua kawasan ini didiami oleh keturunan yang sama iaitu orang Lunbawang, Kedayan, Melanau dan Melayu. Tetapi mengapa kedudukan sosio-ekonomi masyarakat di kedua kawasan ini sangat berbeza?
“Ini membuktikan bahawa penentuan nasib di kedua-dua buah tempat tersebut berdasarkan kepada polisi, dasar dan sikap pemerintahnya,” kata Japar dalam ceramah kelompok pertamanya di Kampung Langsat, dekan pekan Lawas, semalam.
Japar berkata, berbanding Brunei, Sarawak sebagai sebuah negeri yang lebih besar dan kaya dengan hasil bumi seharusnya dapat menyediakan kemudahan, infrastruktur dan pekerjaan yang lebih baik kepada rakyatnya.
Namun, akibat sikap tamak haloba dan kerakusan pemimpin yang tidak mengendahkan amanah yang diberikan, maka hasil masyhul bumi Sarawak dijarah tanpa memikirkan nasib rakyat yang hidup dalam kemelaratan.
Beliau tidak menolak kegagalan kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam di negeri ini berpunca akibat salah laku, penyelewengan dan rasuah.
“Pernah suatu ketika Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam satu programnya di Brunei tidak berapa lama dahulu mengakui sekiranya kita memandu kereta di jalan raya di Brunei, kita dapat rasakan perbezaan kualiti berbanding keadaan jalan raya yang teruk di bahagian Malaysia.
“Pembangunan hanya janji dan omong kosong yang hanya tiba ke kampung-kampung apabila tiba waktu pilihanrraya. Pembangunan hanya dijadikan umpan, sedangkan, belum tentu ia dilaksanakan,” tegas Japar.
Dari segi pendidikan pula katanya, rata-rata anak muda di pekan Lawas hanya mempunyai asas pendidikan di peringkat tingkatan tiga dan lima. Jarang sekali untuk mendengar anak-anak dari kawasan ini yang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
“Keluarga di sini kebanyakannya pendapatan rendah dan tidak mampu untuk menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej atau Universiti. Jadi mereka hanya duduk di kampung ini dan menjadi buruh. Ramai juga yang tidak mempunyai pekerjaan,” ujarnya.
Justeru, Japar menyeru kepada seluruh pengundi di jawasan N71 Bukit Sari untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.
“Bayangkan di sebuah pekan seperti Lawas yang terpinggir ini, sampaikan untuk menghantar orang yang sakit atau para isteri yang hendak bersalin pun, para suami terpaksa pergi ke Kota Kinabalu sejauh 3 jam perjalanan untuk mendapatkan rawatan.
“Orang di Bukit Sari secara khusus dan Sarawak secara amnya wajib berubah. Sekaranglah masanya,” kata Japar.

Jentera PR Mesti "Takluk" Seluruh Sarawak Jika Mahu Menang, Tegas Anwar


LIMBANG 7 APRIL : Jentera Pakatan Rakyat perlu turun ke seluruh pelusuk negeri Sarawak sepanjang kempen pilihanraya negeri jika mahu kemenangan direalisasikan, kata Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Setiap calon-calon Pakatan itu adalah calon kita. Kita perlu bekerjasama sebagai satu pasukan.

"Ini merupakan semangat muafakat dan strategi kempen yang  perlu diatur supaya tiada mana-mana kawasan pun yang tertinggal untuk mendapat maklumat.

"Saya yakin Pakatan Rakyat akan memberi kejutan yg hebat pada pilihan raya sarawak kali ini. Sehingga kini, di kebanyakan tempat, calon kita tidak hilang atau dibeli dan Barisan Nasional tidak menang percuma," katanya semasa melawat bilik gerakan Keadilan dan DAP di pekan Limbang, hari ini.

Pakatan Rakyat Yakin Buat Kejutan


KUCHING 7 APRIL: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke 10 pada 16 April nanti akan menyaksikan pertandingan dua penjuru di 27 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.
Dua puluh tiga kerusi akan membabitkan pertandingan tiga penjuru, manakala 21 kerusi akan menyaksikan antara empat hingga enam calon bertanding di setiap kerusi.
Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di kesemua 71 kawasan. Pakatan Rakyat bertanding di 69 kerusi dengan Parti Keadilan Rakyat bertanding di 15 kawasan, DAP 15 kawasan dan Pas lima. Turut bertanding 41 calon Bebas.

Kempen Bertemu Pengundi Bersama Ds Dr Wan Azizah Di Satok







Lensa Penamaan Calon Seluruh Sarawak



PRN Sarawak 2011: Antara kerusi yang menjadi tumpuan...

Kesemua 71 kerusi DUN di Sarawak menyaksikan perebutan antara Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) mahupun calon bebas, bermula hari ini sehinggalah hari pengundiannya pada 16 April 2011.
BN bertanding di kesemua 71 kerusi, iaitu PBB-35, SUPP-19, PRS-9 dan SPDP-8, sementara PR bertanding untuk 69 kerusi (PKR-49, DAP-15, PAS-5).  SNAP membariskan 26 orang calon, sementara PCM bertanding untuk 6 kerusi, dan terdapat seramai 41 orang calon bebas dalam PRN Sarawak 2011.  27 DUN menyaksikan pertembungan "satu lawan satu"; 23 kawasan menyaksikan pertandingan tiga penjuru, dan 17 kawasan menyaksikan perang empat segi.  Terdapat satu kawasan DUN yang menyaksikan pertandingan 5 calon, dan satu lagi 6 calon.
Kerajaan BN Sarawak menerima tamparannya pada tahun 2006, apabila pembangkang berjaya merampas sembilan kerusi dari tangannya.  Bagaimanapun, pembangkang akhirnya hanya tinggal 7 kerusi, setelah dua ADUN yang terpilih menyertai BN.  PKR menang kerusi Padungan menerusi Dominique Ng, sementara DAP merangkul enam kerusi, termasuklah Kidurong, Bt Assek, Meradong, Pending, Kota Sentosa dan Batu Lintang.

Tertekan : Jabu Tengking Wartawan



BETONG 6 APRIL : Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu menengking wartawan yang mempersoalkan masalah pemberian dividen dan penata kewangan yang tidak diberikan kepada peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Felcra).
Beliau yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N31 Layar buat penggal ke 8 berturut- turut tidak memperdulikan tuduhan bahawa pengurusan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) di bawah pimpinannya tidak telus.
"Kami bertanggungjawab kepada kerajaan. Kami tak bertanggungjawab kepada mereka yang menjerit di jalanan," kata Alfred selepas memfaikan borang pencalonan beliau di Pejabat Daerah Betong pagi ini, lapor Malaysiakini.
Dalam keadaan emosi itu Alfred mungkin lupa bahawa pemimpin sebenarnya bertanggungjawab kepada rakyat.
Alfred dilihat tertekan dengan laungan "Reformasi" oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat semasa proses penamaan calon.
Apabila terus ditekan untuk memberi komen tentang rungutan pemilik- pemilik tentang mereka tidak pernah diberi penyata dan bantuan kewangan, ahli politik veteran ini bertambah marah.
"Itu apa yang kamu mendakwa, Itu apa yang kamu cakap!," beliau menengking wartawan yang bertanya soalan itu.
Laman Sarawak Report sebelum ini mendedahkan prestasi Salcra di bawah kepimpinan Alfred sebagai gagal.
Menurut laporan itu, janji Alfred bahawa pembayaran rekod sebanyak RM74 juta dalam keuntungan kepada pemilik tanah hanyalah gimik pilihan raya bertujuan menyembunyikan kegagalan Salcra.
Menurut Sarawak Report lagi, untung RM 74 juta bagi 48 ribu hektar tanah kelapa sawit - bersamaan RM 1, 541 sehektar terlalu kecil jika dibandingkan dengan syarikat lain seperti IOI yang mendapat keuntungan sebanyak RM 13, 347 sehektar pada tahun yang sama.
Penyertaan Salcra kebanyakannya melibatkan rakyat pedalaman keturunan Iban yang menyerahkan tanah adat mereka kepada Salcra untuk dibangunkan.

Senarai Calon PKR - PRN Ke 10 Dun Sarawak

 Berikut senarai calon Keadilan dan lawan yang bertanding di 48 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak

N01: OPAR: SARAWAK: 8,099

1. Boniface Willy ak Tumek (KEADILAN)
2. Stephen ak Sagir (SNAP)
3. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas)
4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)


N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100

1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
3. John Tenewi Nuek (KEADILAN)


N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (KEADILAN)


N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437

1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB)
2. Ali Hossen bin Abang (KEADILAN)


N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796

1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (KEADILAN)


N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942

1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (KEADILAN)


N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (KEADILAN)
3. Soo Lina (Bebas)


N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (KEADILAN)

N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799


1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (KEADILAN)