Selasa, 29 Mac 2011

Foto : Dun Tupong - Siri Lawatan Anwar 29-3-2011









Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah


Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

NONE"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.

Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Mohamed Nazri berkata sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu.
RM11j kos 16 p'raya kecil

Foto : Dun Pandungan - Siri Lawatan Anwar 29-3-2011





Rundingan PKR-SNAP di ambang kegagalan?

Rundingan untuk mewujudkan pakatan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak tampaknya kini di ambang kegagalan dengan Parti Nasional Sarawak (SNAP) menyuarakan kekecewaannya terhadap tawaran empat kerusi yang dibuat oleh PKR.

SNAP sebaliknya, mahu diperuntukkan paling kurang 27 kerusi.

azlanParti itu memang menyokong penubuhan pakatan pembangkang
menjelang pilihan raya negeri Sarawak, kata pengarah operasi SNAP, Paul Kadang.

Bagaimanapun, tambahnya, kemungkinan mewujudkan pakatan tersebut nampaknya semakin merosot.

Dalam satu kenyataannya, Kadang menyalah PKR atas kegagalan mencapai persetujuan berhubung peruntukan kerusi, termasuk membabitkan tuntutan kerusi bertindih.

"SNAP enggan dipinggirkan dan bagi mempertegaskan keseriusan dan kemampuannya, ia telah mengisytiharkan secara terbuka 16 calonnya di 16 kawasan," katanya.

PKR juga perlukan kerusi majoriti Cina'

Walaupun PKR, DAP dan PAS telah dimuktamadkan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri Sawarak, namun PKR masih berharap dapat bertukar kerusi pada saat akhir dengan DAP.

PKR mahu bertanding satu kerusi di tiga bandar terbesar di Sarawak - Kuching, Sibu dan Miri.

Masyarakat Cina merupakan pengundi majoriti di kerusi dalam kawasan bandar, dan kerana itu, DAP mahu bertanding di sebahagian kerusi terbabit.

DAP hanya bersetuju PKR bertanding kerusi Senadin di Miri and Padungan di Kuching. PKR mahukan kerusi Dudong di Sibu, tetapi DAP enggan memberi laluan.

Hanya parti bertanding boleh pasang poster

Hanya calon parti yang bertanding pada pilihan raya Sarawak 16 April ini sahaja yang dibenarkan memasang logo, bendera serta sepanduk di kawasan yang ditandingi mereka, demikian ditegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata parti yang tidak bertanding tidak boleh mengambil kesempatan memasang logo dan bendera parti mereka bersama-sama parti bertanding.

"Hanya calon parti yang bertanding membayar deposit bagi pemasangan poster, banner (sepanduk) dan bendera. Oleh itu, parti lain tidak boleh sewenang wenangnya tumpang pasang bahan kempen," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya Zon Sibu di Sibu.

Sarawak election campaign: Here's how it should be done


Look, no splashing of money during election campaigns.
Now, why can’t the Malaysian Election Commission ensure the Sarawak campaign will be like this?
This is from the Times of India:
Chief Electoral Officer bans fund allocation from MLAs, MPs
PTI, Mar 5, 2011, 08.38pm IST
THIRUVANANTHAPURAM: With the code of conduct coming into force in Kerala following announcement of the assembly polls on April 13, the Chief Electoral Officer has banned allocation of funds for developmental work from MPs and MLAs.
Work on projects for which funds had been already sanctioned but are yet to begin should not be started, an official release by the Chief Electoral Officer said.
However, it said work on projects that have already started could continue.
The parties in power, both in state and Centre, should take care that there should not be any complaint about them misusing their official positions, the release said.
The Chief Electoral Officer also issued guidelines to be followed by the political parties while engaging in the election campaign.

Mafrel : Jangan Halalkan "Rasuah" Pada Pilihanraya

SHAH ALAM 29 MAC : Pemberian projek yang lazimnya disebut mi segera semasa pilihanraya kecil menyalahi undang-undang dan tidak boleh dihalalkan atas alasan membela rakyat, kata Presiden Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh.
Beliau berkata pemberian projek, majlis makanan dan lain-lain semata-mata waktu kempen pilihan raya yang bertujuan mendapatkan undi rakyat harus ditolak sebagai rasuah.
"Di mana dan apakah bantuan itu diberi dalam tempoh kempen?  Dalam keadaan kapasiti apa, bentuk bantuan yang bagaimana dan apakah ucapan dan kenyataan-kenyataan dibuat ketika (imbuhan) diberi harus diambilkira." kata beliau.   
"Kalau semuanya menunjukkan bahawa adanya unsur kempen dan menggunakan kapasiti pegawai kerajaan dan menteri,  maka ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan mengikut akta kesalahan pilihanraya."

BM bibles: Christian group demands apology



The warning to the government is clear: If our demands are ignored, it could have serious repercussion in the next general election.
The Coalition of Malaysian Christians (COMC) today urged the government to apologise to the Christians in the country over the recent episode of impounding and stamping of 35,100 Bahasa Malaysia bibles.
The coalition said the government’s action was a gross travesty of religious freedom as enshrined in the federal constitution.
Apart from the apology, COMC urged the government to return the Malays bibles known as Alkitab to the publisher and replace them with new Alkitab.
The coalition also wanted assurances that:
  • no Malay bibles are destroyed or further defaced;
  • the government bears all costs and gives written assurance that such desecration will never happen again;
  • the home ministry will not act on its own without due consultation with the relevant Christian representative organizations;
  • due respect is given to the Alkitab by consulting the relevant Christian representative organizations before any external text is inserted in the bible; and
  • 30,000 Malay bibles worth RM78,000 imported by the Sarawak branch of global Christian group, The Gideons, be unconditionally released from Kuching port.
COMC spokesman Ronnie Klassen outlined these demands after lodging a police report against the government at the Petaling Jaya Section 8 police station today.

A united Sarawak Pakatan still possible

Joseph Tawie
Despite an angry rebuke from DAP yesterday following a failed negotiation with deputy PKR president Azmin Ali, lawyer Baru Bian is confident that all will be well.
Sarawak PKR chief Baru Bian has denied that negotiations over overlapping seats with DAP had collapsed.
Voicing his “one hundred percent confidence”, he said negotiation between PKR and DAP would be resolved amicably.
“It will be resolved in two or three days. In fact, PKR de facto leader Anwar Ibrahim will arrive on March 29 to announce our list of candidates,” Bian told reporters here.
Bian was clarifying reports that negotiation between PKR and DAP had broken down.
“I am very optimistic that it will be resolved in a few days’ time. That was the assurance given to me by PKR deputy president Azmin Ali.
“Azmin informed me that negotiations are still on-going.

Rakyat hidup lebih selesa tanpa BN

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Para pengundi Sarawak perlu bangkit menyanggah pemikiran lapuk dengan suatu persepsi baru bahawa tanpa BN rakyat akan hidup lebih selesa.
Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, keadilan dan kesejahteraan tidak mampu lagi ditegakkan di bawah rejim BN.
“Jangan ada peluang buat BN memerintah buat sekian kalinya, kerana puluhan tahun mereka hidup mendera rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menyeru supaya menjadikan tsunami politik tahun 2008 di Semenanjung sebagai inspirasi untuk berubah di Sarawak, kerana perubahan itulah yang akan mengubah nasib rakyat.
Katanya, rakyat di kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menikmatinya, kini tiba pula giliran pengundi di Sarawak.
Beliau juga memberitahu, pihaknya akan turun berkempen sempena pilihan raya negeri yang berlangsung pada 16 April ini dengan misi agar pengundi Sarawak memahami dengan lebih jelas penipuan dan penyelewangan yang dilakukan oleh Umno BN terhadap rakyat khususnya di negeri itu.