Khamis, 7 April 2011

Pakatan Rakyat Yakin Buat Kejutan


KUCHING 7 APRIL: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke 10 pada 16 April nanti akan menyaksikan pertandingan dua penjuru di 27 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.
Dua puluh tiga kerusi akan membabitkan pertandingan tiga penjuru, manakala 21 kerusi akan menyaksikan antara empat hingga enam calon bertanding di setiap kerusi.
Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di kesemua 71 kawasan. Pakatan Rakyat bertanding di 69 kerusi dengan Parti Keadilan Rakyat bertanding di 15 kawasan, DAP 15 kawasan dan Pas lima. Turut bertanding 41 calon Bebas.

Pakatan Rakyat meletakkan harapan tinggi untuk membuat kejutan di Beting Maro, Saribas, Sadong Jaya, Balai Ringin, Engkelili, Batang Ai, Ba'kelalan, Repok, Pelawan, Bawang Assan, Dudong dan Ngemah.
Antara kerusi lain yang menjadi tumpuan termasuk Balingian di mana Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempertahankan kerusinya menentang Suriati Abdullah dari PKR dan sepupu Ketua Menteri Datuk Salleh Jafaruddin yang bertanding sebagai calon Bebas.
Manakala Ketua PKR Sarawak Baru Bian, menjadi sandaran Pakatan dalam ertandingan satu lawan satu menentang  Willie Liau dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDPP) di kerusi Ba'kelalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan