Isnin, 4 April 2011

Alahai calon-calon BN Sarawak

Oleh Roslan SMS
BN sudah mengisytiharkan sebahagian besar barisan calonnya untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10 yang penamaan calonnya pada hari Rabu ini. Walaupun berita media arus perdana cuba menonjolkan kehadiran 20 muka dan tenaga baru dalam masing-masing parti komponan BN ironisnya yang ketara keempat-empat parti utama dalam BN Sarawak mengekalkan pemimpin tertinggi masing-masing yang usianya sudah agak lanjut.


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengekalkan Presidennya Taib Mahmud 74 tahun di DUN Balingian. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meletakkan Presidennya Dr George Tan, 74 tahun di DUN Piasau. Manakala Parti Rakyat Sarawak (PRS) meletakkan Presidennya Dr James Masing, 62 tahun di Baleh dan parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) William Mawan, 62 di Julau.

Video : P'raya Sarawak Terdesak Raih Undi, BN Pertaruh 20 'Muka Baru'

Idris: I am not BN’s man for Ba’Kelalan

BN yesterday announced its list of 70 candidates for the polls but left a poser over the Ba'kelalan candidate, prompting many to speculate it could be Idris.
KUCHING: Idris Jala today personally put an end to speculation that he is the “mystery candidate” for the Ba’Kelalan constituency whose name the Barisan Nasional (BN) has yet to announce for the April 16 Sarawak state election.
“I won’t be involved in the election. I know the speculation in the press that I could be the “mystery” candidate.
“I can confirm categorically I’m definitely not standing for election,” the Minister in the Prime Minister’s Department told Bernama via SMS here today.
BN yesterday announced its list of 70 candidates for the polls but left a poser over the Ba’Kelalan candidate.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Information chief Adenan Satem who announced the list said the Ba’Kelalan candidate would only be revealed just before nomination day on Wednesday.
Adenan told the media that the candidate would remain a “mystery” for now and refused to say if Idris was the “mystery man”.

Suriati : PKR tak gentar lawan Taib di Balingian

SIBU, 4 April – Pemilik kedai runcit Suriati Abdullah, 50, yang kecil molek mungkin bukan seorang yang dikenali ramai tetapi mempunyai misi dan cita-cita besar.
Sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, beliau tidak gentar menghadapi nama gah dunia politik Sarawak.
“Saya akan akan menumbangkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional negeri.
“Saya mempunyai isu-isu besar (yang mahu diketengahkan) dan orang ramai menyokong saya,” dakwanya ketika ditemui pemberita selepas menerima surat perakuan sebagai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 daripada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Dipetik Bernama Online, Suriati berkata, keluarganya membantah pencalonannya sebagai calon tetapi suaminya menyokong keputusannya untuk bertanding pilihan raya.
Beliau mendakwa sokongan kepada PKR di peringkat akar umbi terutamanya di kalangan masyarakat Melanau, Cina dan Iban sangat memberangsangkan.
Suriati, yang merupakan lepasan sekolah menengah, berkata beliau akan menjadikan isu-isu mengenai tanah, geran hak milik tanah dan ketiadaan infrastruktur serta kemudahan awam yang baik dalam kempennya.

P'raya Sarawak : Terdesak Raih Undi, BN Pertaruh 20 'Muka Baru'



Tindakan UMNO BN Sarawak mengemukakan sekurang- kurangnya 20 orang calon 'muka baru' pada pilihan raya negeri itu dilihat sekadar mahu meraih undi rakyat negeri itu yang semakin jelas menolak corak pemerintahan parti perkauman itu.
Pemilihan calon 'muka baru' itu juga diberi perhatian serius UMNO BN berikutan tekanan hebat daripada anak- anak muda negeri itu yang semakin berani menentang kepemimpinan korup parti itu.
Itu pandangan dan pendapat Penganalisis Politik, Profesor Dr Hasan Hasbullah mengenai tindakan UMNO BN mempertaruhkan lebih 25 peratus 'muka baru' bagi menggalas cabaran berdepan dengan calon Pakatan Rakyat, 16 April ini.
"Kita percaya kalau melihat andaian-andaian yang dilaporkan dalam media hari ini, khususnya dari fikiran anak-anak muda yang menggunakan media baru, maka mereka sudah menentang ahli-ahli politik yang sedia ada. Sudah pasti BN sedikit gentar dengan tekanan ini."

PKR umum tanding 47 kerusi

SIBU, 4 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan akan bertanding di 47 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke 10, 16 April ini.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak, Baru Bian pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah bagi zon Sarawak Tengah dan utara yang diadakan di sebuah hotel di sini sebentar tadi.
Menurut KeadilanDaily sebanyak 4 kerusi lagi di Kuching masih diperingkat rundingan yang ditugaskan kepada Timbalan Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali.

Foto : Majlis Penyampain Watikah Calon Pkr Sarawak








Senarai calon KEADILAN bagi pilihan raya negeri Sarawak

SARAWAK: KEADILAN mengumumkan senarai calon parti bagi pilihan raya negeri Sarawak di Sibu dan Kuching di sini, hari ini, dalam usaha melawan regim kerajaan Barisan Nasional (BN) di  Sarawak.
DUN Opar                    (N 01) – Boniface Willy Anak Tumek
DUN Tasik Biru          (N 02) – John Tenewi Nuek @ John Tenewi
DUN Pantai Damai   (N 03) – Wan Zainal Abidin Wan Senusi
DUN Demak Laut      (N 04) – Ali Hossen Abang
DUN Tupong               (N 05) – Baharuddin @ Din Shah Mokhsen
DUN Samariang         (N 06) – Zulrusdi Mohamad Hol
DUN Satok                   (N 07) – Ahmad Nazib Johari
DUN Batu Lintang     (N 11) – See Chee How
DUN Asajaya              (N 14) -  Arip Ameran
DUN Bengoh               (N 16) – Willie Anak Mongin

.Azmin : Dominique Untuk Kerusi Parlimen


KUCHING 4 APRIL : Dominique Ng, satu-satunya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menang pada pilihan raya negeri 2006, digugurkan daripada senarai calon parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak Ke-10. 
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keputusan itu dibuat kerana PKR bercadang untuk meletakkan Ng sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Azmin berkata demikian pada sidang akhbar bagi mengumumkan senarai calon PKR pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10, turut berharap Ng, selaku penyandang kerusi DUN Padungan, dapat berkompromi dalam perkara itu berikutan tindakan PKR bertukar kerusi dengan DAP pada pilihan raya negeri kali ini.
Menurut Azmin, DAP diberi kerusi Padungan yang dimenangi Ng dengan mengalahkan penyandang kerusi itu daripada Barisan Nasional (BN), Lily Yong Lee Lee dengan majoriti 1,417 undi pada pilihan raya negeri 2006 manakala DAP pula menyerahkan kerusi Batu Lintang yang dimenangi calonnya Voon Lee Shan kepada PKR.

Video : Kenyataan Media Watikah2

Video : Kenyataan Media Majlis Watikah1

Video : Majlis Ikrar Calon PKR Sarawak

Video :Majlis Penyerahan Watikah Calon PKR Sarawak

Ganggu ceramah, polis hina Perlembagaan Persekutuan – Suaram

Polis jelas telah menghina Perlembagaan Negara apabila berterusan mengganggu dan menghentikan ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat (PR), kata Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Yap Heng Lung.
Menurut beliau, tindakan polis menghentikan ucapan para pimpinan PR terutamanya Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kempen pilihan raya jelas melanggari hak asasi manusia.
“Suaram mengkritik polis kerana mencabuli hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam Artikel 10 yang berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan,” kata kenyataan media tersebut.
Semalam, polis mengganggu ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang itu di Betong  dengan  bertindak menghentikan ucapan beliau .

Video : Hasil Mahsul Sarawak Melebihi Selangor, Rakyatnya Tetap Miskin

Polis ganggu ceramah Anwar di Sarawak kali ketiga berturut-turut

SARAWAK: Polis terus menjadi alat dan perkakas Barisan Nasional apabila bertindak menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Betong, Sarawak, menjelang pilihan raya negeri itu 16 April ini.
Ini adalah kali ketiga polis mengganggu ceramah Ketua Umum KEADILAN itu selepas melakukan perkara yang sama pada dua program yang dihadiri Anwar di DUN Semariang dan Satok minggu lalu.
Betong merupakan kubu Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.
Ceramah itu yang diadakan di medan selera terbuka di situ, bermula dengan lancar apabila pemimpin KEADILAN, termasuk empat calon memberikan ucapan kira-kira lebih sejam.

Angin perubahaan beralih ke Sarawak

Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

NONEIni kerana kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, kehadiran Datuk Seri Najib Razak seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang denganbas.

“Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang perdana menteri?

“Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa... bukan orang yang duduk di situ. Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN,” kata Mansor.

Sabtu lalu, Najib dipetik Bernama sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.

Angin perubahan beralih ke Sarawak

KEADILAN umum bertanding 47 kerusi di Sarawak

SIBU: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan bertanding di 47 buah kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ke 10, 16 April ini.
Perkara itu diumumkan pada majlis pengumuman calon dan penyerahan watikah bagi zon Sarawak Tengah dan utara yang diadakan di sebuah hotel di sini sebentar tadi.
Keadilandaily difahamkan sebanyak 4 kerusi lagi masih diperingkat rundingan oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali di Kuching.
Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KEADILAN bersama rakan Pakatan Rakyat dari Pas dan Dap akan memberikan saingan sengit kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut.
“Kita akan bersungguh-sungguh berkempen dan memberikan penerangan kepada penduduk Sarawak untuk memberikan dokongan kepada Pakatan Rakyat.

Anwar Optimis BN Bakal Tumbang Pada Pilihan Raya 16 April


SIBU 4 APRIL : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat negeri Sarawak samaasa Melayu, Cina, Iban, Kadazan, Orang Ulu, Dayak dan sebagainya bersatu hati menentang pemerintahan korup UMNO BN dinegeri itu.
Anwar menegaskan perubahan tidak akan berlaku jika hanya didominasi oleh satu bangsa atau suku kaum sahaja.
"Kita tidak boleh berjaya jika satu kaum sahaja berkuasa. Orang Melayu, Melanau, Cina, Iban, Kedayan, Orang Ulu semuanya mesti berkerjasama sebagai satu keluarga besar yang berkasih sayang dan saling hormat mengharmoti. Baru apa yang kita citakan akan berjaya," tambah beliau.
Anwar menzahirkan keyakinannya bahawa Pakatan Rakyat mampu menawan Sarawak berikutan rakyat negeri itu sudah muak diperkotakkatikkan kerajaan UMNO BN selama lebih 50 tahun.

Hasil Mahsul Sarawak Melebihi Selangor, Rakyatnya Tetap Miskin


KUCHING  4 APRIL : Rakyat negeri Sarawak berhak untuk diberikan bekalan air percuma 20 meter padu, seperti mana yang dinikmati rakyat negeri Selangor.
Ini berikutan Sarawak mempunyai hasil mahsul bumi yang berlipat ganda daripada apa yang dimiliki Selangor.
Bahkan Selangor hampir tidak mempunyai khazanah kayu balak sepertimana Sarawak, yang sepatutnya dijadikan pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan pesat negeri itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sarawak mampu berdiri gah seiring dengan Selangor jika harta kekayaan negeri itu ditadbir urus oleh kerajaan negeri yang telus dan memihak kepada rakyat.