Pergerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM) mengambil keputusan memutuskan perhubungannya dengan Parti Nasional Sarawak (Snap) dengan mendakwa mereka “curiga” berhubung akriviti terbaru parti yang dihidupkan semula itu.
Objektif utama kerjasama dengan Snap, kata presiden MCLM, Haris Ibrahim adalah bagi menangani masalah masyarakat terpinggir di Sarawak dengan usaha menamatkan pemerintahan 30 tahun Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.
"Tujuan kami adalah bagi menubuhkan sebuah kerajaan pro-rakyat,” kata Haris sambil menambah MCLM sejak beberapa hari kebelakangan ini mendapat maklumat bahawa calon Snap dan beberapa pemimpinnya secara tiba-tiba mendapat dana yang besar.
"Kami dimaklumkan bahawa dana itu diperolehi dari Kuala Lumpur atas arahan daripadan BN,” kata Haris pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
"Tiada bukti konklusif tetapi dalam situasi seperti ini, anda jarang mendapat bukti hitam putih,” katanya.
Jika maklumat itu benar, menurut Haris, ia satu pengkhianatan paling teruk kepada rakyat yang telah ditekan selama 30 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan