Ahad, 17 April 2011

BN pertahan majoriti 2/3 tanpa sokongan Cina dan bandar


Parti Bil. DUN dimenangi DUN
PBB (35)  35 N32 Bukit Saban, N56 Baleh, N51 Balingian, N24 Beting Maro, N37 Daro, N55 Katibas, N44 Machan, N21 Simunjan, N38 Jemoreng, N6 Tupong, N15 Muara Tuang, N18 Tebedu, N31 Layar, N20 Sadong Jaya, N35 Belawai, N71 Bukit Sari, N49 Nangka, N36 Semop, N33 Kalaka, N22 Sebuyau, N17 Tarat, N03 Tanjong Datu, N05 Demak Laut, N50 Dalat, N67 Telang Usan, N07 Samariang, N14 Asajaya, N19 Kedup, N08 Satok, N62 Lambir, N04 Pantai Damai, N30 Saribas, N23 Lingga, N68 Bukit Kota, N58 Jepak
SUPP (19)  6 N47 Bawang Assan, N27 Simanggang, N28 Engkilili, N1 Opar, N65 Senadin, N16 Bengoh
SPDP (8)  6 N69 Batu Danau, N42 Meluan, N41 Pakan, N66 Marudi, N02 Tasik Biru, N61 Bekenu
PRS (9)  8 N57 Belaga, N56 Baleh, N43 Ngemah, N25 Balai Ringin, N29 Batang Ai, N52 Tamin, N26 Bukit Begunan, N53 Kakus
     
PKR (49) 3 N34 Krian, N70 Ba'Kelalan, N11 Batu Lintang
DAP (15) 12 N63 Piasau, N40 Meradong, N45 Bkt Assek, N9 Padungan, N10 Pending, N12 Kota Sentosa, N13 Batu Kawah, N39 Repok, N46 Dudong, N48 Pelawan, N59 Kidurong, N63 Piasau, N64 Pujut
PAS (5)  0  -
     
SNAP (26)  0  -
PCM (6)  0  -
Individu (41)  1  N54 Pelagus

Dalam pertarungan yang paling sengit dalam sejarah, Barisan Nasional akhirnya berjaya mempertahankan majoriti 2/3 dalam DUN Sarawak, namun kehilangan sokongan pengundi Cina dan penduduk bandar.  BN hilang kelima-lima kerusi di bawah kawasan parlimen ibu negerinya, Kuching.  Pada masa yang sama, calon keturunan Cina SUPP hampir terkubur kesemuanya di tangan DAP, apabila hanya Wong Soon Koh (Bawang Assan) dan Lee Kim Shin (Senadin) bertahan pada tempatnya.

Seperti di Semenanjung, BN kecundang di kawasan bandar, terutamanya di Kuching.  Lima kawasan DUN di bawahnya, Batu Lintang (majoriti 8,381 undi), Batu Kawah (majoriti 543 undi), Kota Sentosa (majoriti 4,824), Pending (7595) dan Padungan (7,880) membawa kepada jumlah majoriti Pakatan Rakyat dengan kira-kira 30,000 undi.
Pakatan Rakyat, bagaimanapun hanya memperolehi 15 kerusi.  DAP yang bertanding di kawasan majoriti Cina meraih kemenangan di 12 kawasan, daripada 15 yang dipertandingkan.  PAS gagal membuat kejutan apabila tewas di kesemua 5 kawasan yang dipertandingkan, termasuk Beting Maro.  PKR hanya menang 3 kerusi, daripada 49 yang ditandinginya.  Bagaimanapun, SNAP menerima tamparan sengit kerana dijangka kalah di kesemua 26 kerusi yang dipertandingkan.
PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang dipertandingkan, mungkin alasan yang kukuh untuk Taib Mahmud kekal pada jawatan Ketua Menteri.  Seperti MCA dan Gerakan di Semenanjung, SUPP mengalami kekalahan yang teruk dengan kehilangan 13 kerusi daripada 19 yang dipertandingkan.  Pada tahun 2006, SUPP sudah menerima tamparannya apabila tewas di 8 kawasan daripada 19 kawasan yang dipertandingkan.
Walaupun "tsunami politik" tidak berlaku sebagaimana yang dijangkakan, namun Pakatan Rakyat memperolehi 8 kerusi tambahan, berbanding PRN Sarawak 2006.  Pola pengundian PRN Sarawak kali ini juga membayangkan hasrat kebanyakan pengundi yang mahu melihat "sistem dua parti", melihat kepada nasib yang menimpa parti seperti SNAP dan calon bebas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan