Ahad, 17 April 2011

Undi pengundi muda kepada KEADILAN meningkat mendadak

KUCHING: Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zaman Huri berkata, secara keseluruhan, undi daripada pengundi muda yang memilih calon KEADILAN meningkat secara mendadak.
Katanya, analisa awal yang dijalankan mendapati sokongan pengundi muda terhadap parti itu meningkat di beberapa kawasan khususnya yang ditandingi calon muda KEADILAN.
“Sebagai contoh di kawasan yang kami selia, iaitu di DUN Satok, undi kepada Ketua Angkatan Muda KEADILAN Sarawak, Ahmad Nazib Johari meningkat sebanyak 518
undi berbanding pada tahun 2006,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan di kebanyakan tempat, pengundi muda yang terdiri daripada mahasiswa tidak dapat pulang untuk mengundi berikutan tarikh peperiksaan di Universiti  tempatan di semenanjung.
“Begitu juga dengan tempoh kempen selama 10 hari yang sebenarnya cukup singkat. Ia memberi kelebihan kepada Barisan Nasional,” kata Azmizam kepada
Keadilandaily.
Enam orang calon dari Angkatan Muda KEADILAN Sarawak bertanding dalam pilihan raya negeri kali ini iaitu, Ahmad Nazib Johari di (N7 Satok), Arip Ameran di
N14 Asajaya, Norisham Mohd Ali (N 49 Nangka), Zolhaidah Suboh (N 62 Lambir), Ishak Mahwi (N61 Bejenu) dan Ong Chung Siew, (N 36 Semop)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan