Ahad, 3 April 2011

Kehadiran Presiden Pas Ke Sarawak Menyuntik Semangat Petugas Pas

Kuching 2 Apr : Kunjungan Presiden Pas Tuan Guru Dato' Hj Abdul Hadi Awang beberapa hari ke Sarawak bermula malam 1 April yang lalu telah menyuntik semangat petugas-petugas Pas yang telah mula berkempen setelah DUN Sarawak dibubarkan. Ketibaan Tuan Guru Presiden di sambut meriah  oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pas tempatan.
Presiden Pas dijadual akan menunjau persiapan jentera pilihanraya parti Pas di kawasan-kawasan di mana Pas akan bertanding. Pada sebelah pagi 2 April, Tuan Guru telah menyampaikan amanat(gambar) bagi petugas-petugas Pas di Kuching bagi memotivasikan lagi para petugas yang sedang memperkemaskan jentera pilihanraya parti untuk memenangkan calon-calon Pas yang akan bertanding pada 16 April nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan