Rabu, 30 Mac 2011

Foto : Kenyataan Media Baru Bian (MPN) dan Ahmad Nazib (Ketua Amk Sarawak)




SPR jamin tiada pengundi hantu di S'wak

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan pemeriksaan dan pengesahan dengan teliti untuk memastikan daftar pemilih negeri Sarawak adalah yang terkini, selain bertujuan memastikan tiada pengundi hantu dalam pilihan raya negeri ke-10.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR telah melaksanakan dengan teliti proses pemeriksaan dan pengesahan Daftar Pemilih sehingga 21 Mac apabila Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

"Kami semak sebaik mungkin, (nama) mereka yang telah disahkan meninggal dunia oleh JPN (Jabatan Pendafaran Negara) sehingga 21 Mac ini sudah dikeluarkan," katanya kepada pemberita pada taklimat pilihan raya negeri Sarawak di Miri hari ini.

Wan Ahmad berkata sejak Daftar Pemilih baru dikeluarkan, tiada sebarang aduan daripada parti politik di sini berhubung pengundi hantu.

Foto : Lawatan Anwar Bertemu Rakyat Kg Bako, Dun Demak Laut - 30-3-2011










 


Santa Pilihanraya : RM73.68j naik taraf, baik pulih 3 jenis sekolah di S'wak

Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan RM73.68 juta untuk kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih tiga jenis sekolah di seluruh negeri Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peruntukan sebanyak RM25.68 juta adalah untuk 130 sekolah Mubaligh, RM20 juta untuk 197 sekolah jenis kebangsaan Cina manakala RM28 juta untuk 1,266 sekolah kebangsaan.

Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, berkata sebagai permulaan RM50,000 akan diberikan kepada setiap sekolah mubaligh itu dalam tempoh terdekat melalui wakil-wakil Barisan Nasional di kawasan-kawasan berkenaan.

"Jumlah peruntukan pembayaran awal ini ialah RM6.5 juta dan bakinya akan dibayar dalam pusingan kedua selepas ini,” katanya kepada wartawan di Kuching.

Terdapat 197 sekolah SJKC di Sarawak di mana 187 buah adalah sekolah rendah sementara 10 lagi sekolah menengah.

Rakyat Sarawak tidak akan gadai masa depan

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Pemuda PAS yakin rakyat Sarawak pasti tidak akan menggadaikan masa depan buat sekian kalinya di tangan BN.
Justeru, Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat (JPP DPPP), Mohd Firdaus Jaafar berkata, ebarang usaha menyekat perubahan rakyat Sarawak akan memendekkan lagi jangka hayat kerajaan BN.
Katanya, perubahan adalah suatu kemestian bagi membina suatu lanskap baru Sarawak.
“Biarkan rakyat Sarawak berubah dalam Pilihanraya Dun Sarawak kali ini, demi masa depan mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau yang juga ahli parlimen Jerai turut membidas kenyataan pemimpin Umno yang meminta pengundi Sarawak agar tidak menggadaikan masa depan mereka dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya itu.
Bagi JPP DPPP, Umno sebenarnya keliru siapakah yang menggadai masa depan negara.
Adakah Pakatan Rakyat yang mengajak rakyat melakukan perubahan dianggap memperjudikan masa depan mereka atau membiarkan masa depan rakyat terus dipertaruhkan di bawah BN yang jelas gagal membawa perubahan bermakna etelah sekian lama memerintah,” soalnya.

Anwar kg bako8

Anwar kg bako7

Anwar kg bako6

Anwar kg bako5

Anwart kg bako4

Anwar kg bako3

Anwar - kg bako2

Anwar - kg bako1

KENYATAAN MEDIA

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
PILIHAN RAYA UMUM KE-10 DEWAN UNDANGAN NEGERI
SARAWAK
1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman
rasmi daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak
pada 21 Mac 2011 berhubung dengan pembubaran Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
2. Menurut Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak,
SPR perlu mengadakan pilihan raya di dalam tempoh enam puluh
(60) hari daripada tarikh pembubaran DUN Sarawak.
3. Bagi tujuan menjalankan pilihan raya umum ke-10 DUN
Sarawak ini, SPR berdasarkan kepada mesyuarat yang diadakan
pada hari ini telah memutuskan untuk melantik 71 Pegawai
Pengurus Pilihan Raya dan 165 Penolong Pegawai Pengurus
bagi membantu SPR menjalankan pilihan raya itu. Bagi tujuan
memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh
rasmi berkempen, SPR telah memutuskan untuk menubuhkan 80
Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) dan
diketuai oleh seorang pegawai penguat kuasa bagi setiap pasukan.
2

N58 Jepak: Lima borang calon sudah dibeli

BINTULU – Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi N58 Jepak Ismawi Salleh mengesahkan lima set borang penamaan sudah dijual kepada pihak yang ingin mengadu nasib untuk bertanding di kawasan DUN Jepak pada pilihan raya negeri Ke-sepuluh 16 April ini sehingga jam 3 petang tadi.
Beliau, bagaimanapun, memberitahu tidak mengetahui samada pembeli tersebut mewakili parti pembangkang maupun bebas memandangkan pihak terlibat enggan mendedahkan siapa sebenarnya mereka(pembeli).
“Tunggu sehingga hari penamaan pada 6 April kelak, barulah kita tahu pihak mana yang akan menentang calon BN pada pilihan raya negeri kali ini, katanya semasa ditemui di pejabatnya petang tadi.
Beliau yang juga timbalan Residen(Sosial) Bintulu turut memaklumkan bahawa proses hari penamaan calon dan penjumlahan undi untuk kawasan N58 Jepak akan diadakan di Dewan Suarah Bintulu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismawi turut memberitahu sejumlah 30 pasukan akan ditempatkan di kesemua pusat pembuangan undi bagi memantau serta memastikan proses pembuangan undi pada 16 April ini berjalan lancar.