Rabu, 30 Mac 2011

N58 Jepak: Lima borang calon sudah dibeli

BINTULU – Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi N58 Jepak Ismawi Salleh mengesahkan lima set borang penamaan sudah dijual kepada pihak yang ingin mengadu nasib untuk bertanding di kawasan DUN Jepak pada pilihan raya negeri Ke-sepuluh 16 April ini sehingga jam 3 petang tadi.
Beliau, bagaimanapun, memberitahu tidak mengetahui samada pembeli tersebut mewakili parti pembangkang maupun bebas memandangkan pihak terlibat enggan mendedahkan siapa sebenarnya mereka(pembeli).
“Tunggu sehingga hari penamaan pada 6 April kelak, barulah kita tahu pihak mana yang akan menentang calon BN pada pilihan raya negeri kali ini, katanya semasa ditemui di pejabatnya petang tadi.
Beliau yang juga timbalan Residen(Sosial) Bintulu turut memaklumkan bahawa proses hari penamaan calon dan penjumlahan undi untuk kawasan N58 Jepak akan diadakan di Dewan Suarah Bintulu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismawi turut memberitahu sejumlah 30 pasukan akan ditempatkan di kesemua pusat pembuangan undi bagi memantau serta memastikan proses pembuangan undi pada 16 April ini berjalan lancar.

Dalam pada itu, kawasan N58 Jepak berkemungkinan menyaksikan pertarungan lima penjuru di antara calon BN, parti pembangkang dan bebas berdasarkan jumlah borang penamaan yang telah dibeli sehingga kini.
Pada pilihan raya negeri kali ini, Pakatan Rakyat berkemungkinan mengetengahkan Naib Ketua III PKR Bintulu iaitu Abdul Jalil Bujang sebagai bakal calon mereka untuk menentang calon BN.
Kerusi DUN N58 Jepak disandang oleh Menteri Muda Pelancongan Datuk Haji Talib Zulpilip yang memenangi majoriti 3,179 undi pada pilihan raya DUN ke-sembilan yang lalu setelah berjaya memperolehi undi sebanyak 4,997 manakala calon DAP- Wan Saimi Wan Dahlan sekadar memperolehi undi sebanyak 1,818.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan