Rabu, 30 Mac 2011

KENYATAAN MEDIA

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA
PILIHAN RAYA UMUM KE-10 DEWAN UNDANGAN NEGERI
SARAWAK
1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima pemakluman
rasmi daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak
pada 21 Mac 2011 berhubung dengan pembubaran Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
2. Menurut Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak,
SPR perlu mengadakan pilihan raya di dalam tempoh enam puluh
(60) hari daripada tarikh pembubaran DUN Sarawak.
3. Bagi tujuan menjalankan pilihan raya umum ke-10 DUN
Sarawak ini, SPR berdasarkan kepada mesyuarat yang diadakan
pada hari ini telah memutuskan untuk melantik 71 Pegawai
Pengurus Pilihan Raya dan 165 Penolong Pegawai Pengurus
bagi membantu SPR menjalankan pilihan raya itu. Bagi tujuan
memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh
rasmi berkempen, SPR telah memutuskan untuk menubuhkan 80
Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) dan
diketuai oleh seorang pegawai penguat kuasa bagi setiap pasukan.
2

4. Bagi menjalankan pilihan raya umum ke-10 DUN Sarawak ini,
SPR akan menggunakan 1,749 Pusat Mengundi yang mengandungi
kesemuanya 2,606 Tempat Mengundi (Saluran). Seramai 24,379
orang pegawai dan petugas pilihan raya akan dilantik untuk
membantu SPR mengendalikan pilihan raya ini. Dianggarkan
belanjawan sebanyak RM50 juta akan digunakan untuk
menjalankan pilihan raya ini.
5. Daftar Pemilih yang akan digunakan bagi pilihan raya ini ialah
Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009, Daftar Pemilih Tambahan Suku
Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010, Suku Tahun
Ketiga 2010 dan Suku Tahun Keempat 2010 yang diwartakan
pada 25 Mac 2011. Daftar Pemilih itu mengandungi 979,796 pemilih
berdaftar yang terdiri daripada 961,433 pemilih biasa dan 18,363
pemilih pos.
6. Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi pilihan raya itu akan mula
dijual pada 28 Mac 2011. Para pengundi boleh membuat semakan
Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan
saluran mengundi mereka melalui laman web SPR
(www.spr.gov.my) atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
dengan menaip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO. KAD
PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 28 Mac 2011.
Para pengundi juga boleh menelefon Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
(03-8885 6500) dan Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak 082-
254 867.
3
7. Dengan ini diumumkan bahawa tarikh-tarikh penting bagi
menjalankan pilihan raya umum ke-10 DUN Sarawak, SPR telah
menetapkan tarikh-tarikh seperti yang berikut:
Tarikh Keluar Writ : 23 Mac 2011 (RABU)
Tarikh Notis Pilihan Raya : 25 Mac 2011 (JUMAAT)
Tarikh Penamaan Calon : 06 April 2011 (RABU)
Tarikh Pengundian
(Jika ada pertandingan)
: 16 April 2011 (SABTU)
8. Bagi memastikan proses pelaksanaan pilihan raya umum ke-10
DUN Sarawak ini berjalan lancar, SPR memohon agar semua pihak
mematuhi segala arahan pihak polis yang bertanggungjawab untuk
memastikan ketenteraman awam semasa pilihan raya itu. Parti-parti
politik, calon-calon, petugas-petugas dan para penyokong parti
serta mana-mana individu lain yang akan terlibat semasa
berkempen hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturanperaturan
pilihan raya serta tatasusila berkempen sebagaimana
yang ditetapkan oleh SPR.
9. SPR juga ingin mengingatkan kepada calon-calon dan partiparti
yang bertanding mengenai kesalahan di bawah Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954 (Akta 5). Bahagian III Akta 5 menyenaraikan
segala perbuatan rasuah yang jika seseorang itu disabitkan dengan
kesalahan itu dia boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.
Kesalahan di bawah Bahagian III Akta 5 ini merupakan “kesalahan
yang ditetapkan” di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
4
Malaysia (SPRM) yang mempunyai kuasa untuk menyiasat, mengikut
peruntukan undang-undang, mana-mana orang yang melanggar
mana-mana seksyen di bawah Bahagian III Akta 5. Sepanjang
tempoh pilihan raya umum ke-10 DUN Sarawak ini, SPRM akan
memantau apa-apa aktiviti bagi memastikan mana-mana orang yang
melanggar Akta 5 akan disiasat dan didakwa.
10. SPR juga ingin mengingatkan bahawa pada hari pengundian,
tiap-tiap majikan dikehendaki memperuntukkan tempoh yang
munasabah kepada pekerja-pekerjanya kebenaran untuk keluar
mengundi. Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
memperuntukkan seperti yang berikut:
“25. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi
membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiaptiap
pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada
majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji
atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau
mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apaapa
penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam
tempoh itu.” .
11. Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung
enggan membenarkan pekerjanya keluar mengundi boleh, apabila
disabitkan, didenda sebanyak lima ribu ringgit atau satu tahun
5
penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3)
Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
12. Maklumat-maklumat lain berhubung dengan pilihan raya umum
ke-10 DUN Sarawak ini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa
oleh Ibu Pejabat SPR atau Pengarah Pilihan Raya Negeri Sarawak
atau Pegawai-pegawai Pengurus Pilihan Raya berkenaan.
Sekian dan terima kasih.
(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
23 Mac 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan