Bercakap pada suatu kenyataan media di sini, Azmin yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) PKR berkata calon yang dipilih adalah terdiri daripada anak sarawak.
“Ingin saya menegaskan bahawa (PKR) pusat tidak buat sebarang keputusan, kita hanya buat akuan apa yang dicadangkan oleh PKR Sarawak.
“(Ini) kerana, mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk masa depan Sarawak,” ujar Azmin di Hotel Grand Continantal, Kuching Sarawak di sini.
Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa percaya barisan calon PKR yang berwibawa ini mampu melengkapkan aspirasi rakyat pribumi Sarawak membebaskan negeri Bumi Kenyalang itu dari 30 tahun kekuasaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
“Kira (Pakatan Rakyat) percaya mood ini akan membawa kejutan di (pilihan raya negeri) Sarawak,” tegas Azmin.Ditanya mengenai status Dominic Ng yang digugurkan dari senarai calon Adun, Azmin berkata bekas wakil rakyat itu diperlukan untuk pilihan raya umum ke-13 kelak.
“Dominic Ng akan dibawa berperanan yang lebih besar dalam pilihan raya (umum) akan datang bagi mewakili (peringkat) parlimen Sarawak,” ujarnya.Mengulas mengenai ura-ura PKR memberi laluan kepada SNP bertanding ‘satu lawan satu’ di Dun Marudi dan Pakan, Azmin tidak menolak kemungkinan tersebut demi menghormati dua pemimpin Iban yang bertanding atas kerusi SNAP semata-mata.
Bahkan, Azmin menegaskan, PKR kosistan mencalonkan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian di Ba’Kelalan sama ada BN melatakkan calon atau tidak di DUN tersebut.
Berikut adalah senarai nama calon PKR di pilihan raya negeri Sarawak:
1. Bonifacewilly Anak Tumek (N.01 Opar)
2. Joh Tenewi Nuek @ John Tenewi (N.01 Tasik Biru)
3. Wan Zainal Abidin b Wan Senusi (N.04 Pantai Damai)
4. Ali Hosse b Abang (N.05 Demak Laut)
5. Baharuddin @ Din Shah b Mokhsen (N.06 Tupong)
6. Zulrusdi b Mohamad Hol (N.07 Semariang)
7. Ahmad Nazib b Johari (N.08 Satok)
8. See Chee How (N.11 Batu Lintang)
9. Arip b Ameran (N.14 Asajaya)
10. Willie Anak Mongin (N.16 Bengoh)
11. Peter Ato Anak Mayau (N.17 Tarat)
12. Christopher Ana Kiyui (N.18 Tebedu)
13. Lainus Anak Andrew Luwak (N.19 Kedup)
14. Mashor b Hossen (N.21 Semunjan)
15. Abg Ahmad Arabi b Abg Bolhassan (N.23 Lingga)
16. Ibi Anak Uding (N.25 Balai Ringin)
17. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (N.26 Bukit Bagunan)
18. Marudi @ Barudi Anak Mawong (N.28 Engkilili)
19. Nicholas Bawin Anak Anggat (N.29 Batang Air)
20. Abang Zulkifli b Abang Engkeh (N.30 Saribas)
21. Stanny Empat Pharoh Anak Laja (N.31 Layar)
22. Jerah anak Engkiong @ Edward Jerah (N.32 Bukit Saban)
23. Mohd Yahya b Abdullah (N.33 Kalaka)
24. Ali Anak Biju (N.34 Krian)
25. Abdul Wahab b Abdullah (N.35 Belawai)
26. Jamaludin b Ibrahim (N.37 Daro)
27. John Brian Anthony Anak Jeremy Guang (N.42 Meluan)
28. Aris Anak Alap (N.43 Ngemah)
29. Chen Nguk Fa (N.44 Machan)
30. Norisham Mohamed Ali (N.49 Nangka)
31. Sylvester Ajah Subah @ Ajah b Subah (N.50 Dalat)
32. Suriati bt Abdullah (N.51 Balingian)
33. Mengga Anak Kikui (N.52 Tamin)
34. Paulanyie Raja (N.53 Kakus)
35. Edward Sumbang Anak Asun (N.51 Pelagus)
36. Munan Anak Laja (N.55 Katibas)
37. Bendindang Anak Manjah (N.56 Baleh)
38. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (N.57 Belaga)
39. Abdul Jalil b Bujang (N.58 Jepak)
40. Bernard Binar Bayang Anak Rading (N.60 Kemena)
41. Ishak b Mahwi (N.61 Bekenu)
42. Zolhaidah bt Suboh (N.62 Lambir)
43. (Dr.) Michael Teo Yu Keng (N.65 Senadin)
44. Ngau Laing (N.67 Telang Usan)
45. (Dr.) Lau Liak Koi (N.69 Batu Danau)
46. Baru Bian (N.70 Ba’Kelalan); dan
47. Japar b Suyut (N.71 Bukit Sari)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan