Selasa, 5 April 2011

Usaha Taib Mahmud gambarkan protes pribumi sebagai ‘anti Sarawak’?

Seorang double egent parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebentar tadi memberitahu, bahawa presidennya Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengarahkan jentera penerangan Barisan Nasional supaya menggambarkan golongan yang protes dengan pentadbiran  ’keluarga Taib’  sebagai  ”anti Sarawak”.
Strategi terbaru itu selain untuk mengelirukan rakyat pribumi Sarawak, turut bertujuan memadamkan fenomena anti Taib Mahmud yang kian memuncak dalam kalangan rakyat, khususnya daripada kaum Iban sendiri.
Beliau yang juga seorang  ”Ketua Pengarah”  dalam kerajaan negeri sebelum ini memberitahu, Taib Mahmud turut mengarahkan jenteranya supaya menggambarkan mereka yang menyertai kempen Bebaskan Rakyat, Selamatkan Sarawak sebagai kumpulan  ”anti Sarawak”.

“Sengaja dikelirukan, (iaitu) mereka yang anti Taib (Mahmud) dilabelkan sebagai anti kerajaan negeri kerana rakyat kian tolak Barisan Nasional dan ‘keluarga Taib’ sekarang ini.
“Baik Barisan Nasional mahupun pembangkan (Pakatan Rakyat) kedua-duanya adalah parti yang bertanding dalam pilihan raya negeri (Sarawak).
Taib cuba bodohkan pribumi tapi rakyat tahu bahawa yang ada hanya caretaker government selepas Speaker DUN (Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar) (pada) 21 April lalu umum bubar DUN Sarawak,” ujarnya ketika ditemui di Waterfront, Kuching.
Disebabkan itu, beliau yang enggan identitinya diketahui umum meminta kaum wartawan mendedahkan strategik licik tersebut yang baginya di luar perkiraan jentera Pakatan Rakyat Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan