Sabtu, 2 April 2011

Burung Kenyalang turun berkempen p'raya S'wak

Ia boleh dianggap sebagai yang tercomel - dan mungkin satu-satunya sahaja - maskot yang diguna oleh parti politik dalam menghadapi pilihan raya di negara ini. Dan itulah yang dilakukan oleh DAP dalam menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Parti itu menjadi burung kenyalang bernama 'Ubah' sebagai maskotnya.

Sejak itu, maskot tersebut - dalam bentuk barangan permainan hingga
kepada butang - menjadi tumpuan dan rebutan. Manakala pemimpin
parti itu pula sering geli hati apabila diminta bergambar dengan Ubah sewaktu mengadakan sidang akhbar.

Di perbatasan siber pula, Ubah mempunyai laman Facebook dan akaun Twitter sendiri, di samping sentiasa muncul untuk bergambar di majlis-majlis anjuran DAP di Sarawak.

Malah, Malaysiakini pun tidak mahu melepaskan peluang untuk mewawancara Ubah.

Berikutan itu adalah petikan wawancara dengan Ubah melalui emel.
NONE
Malaysiakini: Boleh ceritakan kepada kami tentang diri anda dan bagaimana anda terlibat dalam politik.
Ubah: Sudah tentunya saya dilahirkan di Sarawak, dan saya mempunyai sebuah keluarga yang besar di seluruh negeri! Ada sebabnya mengapa ia dipanggil Bumi Kenyalang. :-) Dan bagi mereka yang mungkin tidak tahu, saya adalah kenyalang Rhinoceros (Rhinoceros Hornbill) dan boleh
membesar sehingga empat kaki panjang!

Saya dilahirkan sejurus selepas pilihan raya umum 308 (Mac 2008). Ibu bapa saya memberi saya nama "Ubah" kerana mereka merasakan, dan mendapat inspirasi, daripada angin perubahan yang bertiup ke seluruh negara dan meletakkan harapan mereka terhadap saya untuk menjadi ejen perubahan di negeri yang tersayang ini.

Ketika saya sedang membesar dan terbangnya melewati ruang udara Sarawak, saya melihat sendiri bagaimana pihak berkuasa merobek kawasan hutan dan memusnahkan sumber kehidupan serta merompak kekayaan generasi masa depan kami.

Saya melihat bagaimana wanita Penan yang tidak berdaya telah dicabul maruah mereka. Saya melihat bagaimana komuniti orang asal di Belaga
dipaksa ditempatkan semula dengan diberi sedikit pampasan, yang sebahagiannya tidak pernah dibayar langsung.

Apabila saya sudah dapat memahaminya dengan lebih baik, saya melihat bagaimana negeri Sarawak, walaupun cantik dan kaya, telah diabai dan didiskriminasikan oleh kerajaan BN, mengakibatkan rakyat Sarawak menjadi antara yang termiskin di Malaysia.

Dan sekarang, saya melihat kebebasan rakyat - kebebasan bersuara, kebebasan untuk berhimpun serta kebebasan beragama - dikekang oleh kerajaan autoritarian.
NONEBerikutan itu, saya berjanji kepada ibubapa saya bahawa saya akan membuat mereka bangga, dan akan melakukan yang terbaik untuk
memenuhi impian mereka untuk membawa perubahan di tanah ibu pertiwi kami ini. Saya menyertai DAP pertengahan tahun lalu kerana
saya percaya saya hanya boleh merealisasikan nasib masa depan saya, melalui sebuah parti yang berkongsi ideal saya untuk berjuang memerangi ketidakadilan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Sebagai "Ubah", saya telah ditugaskan dengan tanggungjawab berat untuk melebarkan sayap DAP ke seluruh negeri Sarawak, supaya kehadirannya dapat dirasai sepenuhnya dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Malah, saya telah merantau dan hidup di seluruh negara sejak beberapa bulan yang lalu, dalam membantu DAP memperkembangkan perjuangannya.

Saya juga pernah ke semenanjung untuk membantu mengutip dana bagi kempen pilihan raya yang akan datang , dan saya sekarang sibuk ke hulu ke hilir ke seluruh negeri - dari Kuching ke Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Miri, malah ke Limbang juga - bagi memastikan pasukan kempen kami digerakkan sepenuhnya serta bersemangat tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan