KUALA LUMPUR, 1 April — Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai “ukuran” untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.
Desas-desus menyebut pilihan raya umum akan diadakan tahun ini, tetapi mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.
Hari penamaan calon pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung Rabu depan manakala pengundian pula 16 April.
Kata Perdana Menteri (gambar), kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak.
Ada juga spekulasi mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan segera jika Barisan Nasional (BN) menunjukkan prestasi memuaskan di Sarawak.
Kata Najib, parti pimpinannya telah memperlihatkan prestasi memuaskan dalam siri pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini.
“Kami yakin akan memperoleh balik beberapa negeri,” kata Najib yang juga Presiden Umno dalam temu bual dengan Bloomberg sempena genap dua tahun menjadi perdana menteri.
Najib menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
“Dalam demokrasi yang matang, sukar untuk mendapatkan majoriti besar,” akui Najib.
“Secara tradisi di Malaysia, dua pertiga majoriti selalu menjadi petanda aras. Sesetengah akan melihat majoriti selesa yang baik sebagai keputusan pilihan raya yang cukup bagus,” katanya lagi.
Dalam temu bual itu, Najib juga berkata, pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan Utara Afrika, yang bermula awal tahun ini, tidak akan membawa kesan ke atas Malaysia.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga sedar akan impak krisis loji tenaga nuklear Jepun ekoran gempa bumi dan tsunami baru-baru ini dan oleh itu, tidak tergesa-gesa merealisasikan program tenaga nuklear Malaysia memandangkan daya majunya masih dinilai.
“Saya rasa banyak negara di dunia membuat penilaian semula dan kita akan memanfaatkannya,” kata Najib sambil menambah, kerajaan akan membuat keputusan muktamad kelak.
“Keselamatan orang ramai diutamakan, dan jika projek itu dilaksanakan, ia mesti memberi manfaat kepada negara,” kata beliau sambil menambah, apa yang penting ialah mendapatkan sokongan rakyat.
Akhir tahun lalu, kerajaan mengumumkan pelan untuk membina dua loji tenaga nuklear yang masing-masing mampu menjana 1,000 megawatt.
Mengulas tentang projek pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corporation di Gebeng dekat Kuantan, Najib berkata, kerajaan akan memantau rapat projek kilang jika diteruskan.
“Kerajaan akan pastikan ia melalui pemeriksaan yang ketat dan memenuhi semua piawaian keselamatan yang ditetapkan,” katanya, kelahiran Pahang, ketika ditanya tentang bantahan dan protes ke atas usaha mengadakan loji itu.
Kilang berkenaan sedang dibina dan dijangka mula operasi akhir tahun ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan