Sabtu, 2 April 2011

Pemimpin utama PAS iringi calon 6 April

KUALA LUMPUR, 2 April: Semua pemimpin utama PAS akan turun ke Sarawak bagi mengetuai perarakan calon pada hari penamaan calon 6 April ini.
Pengarah Pilihan raya Negeri Sarawak, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan akan mengiringi calon PAS di Beting Maro.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS akan mengiringi calon PAS di Sebuyau, Naib-naib Presiden pula iaitu Salahuddin Ayub di Sadong Jaya, Datuk Mahfuz Omar di Muara Tuang sementara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh di Tanjong Datu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya negeri pada 16 April ini.
Sarawak mempunyai 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di mana BN memenangi 62 kerusi pada pilihan raya negeri kesembilan pada 2006 lalu, SNAP (11), DAP (6), PKR (1) dan Bebas (1).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan