Sabtu, 9 April 2011

Najib Tidak Mampu Selamatkan Imej Buruk Taib


MIRI 8 APRIL : Barisan Nasional Sarawak terpaksa bergelut dengan krisis imej Ketua Menterinya yang dianggap sebagai liabiliti terbesar untuk menjamin kemenangan BN pada pilihanraya negeri 16 April ini.

Tambah parah apabila Perdana Menteri dan BN Pusat juga dilihat tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan imej buruk Tan Sri Taib Mahmud di mata rakyat.

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam temubual bersama TV Selangor berkata, imej buruk Ketua Menteri telah menjadi satu beban yang terpaksa digalas oleh pimpinan BN Sarawak sekali gus menyukarkan laluan BN untuk mengekalkan tampuk kekuasaannya pada 16 April depan.

Ini dibuktikan dengan ketiadaan langsung pemimpin BN Pusat ketika majlis pelancaran manifesto BN Sarawak oleh Taib Mahmud di Sibu petang semalam.

Jumaat, 8 April 2011

Salleh dakwa KM S'wak dikelilingi bomoh

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.

NONE“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.

“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.

“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.

Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.

NONE“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,” dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.

Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.

“Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya,” katanya.

Manifesto PR Sarawak realistik, selesai masalah rakyat

SARAWAK: Pimpinan Pakatan Rakyat Sarawak menyifatkan manifesto yang ditawar kepada rakyat,  realistik, segar dan mampu dilaksanakan berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) yang lapuk dan sarat khayalan.
Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chiu Sing berkata, komitmen PR untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera bagi menyelesaikan masalah tanah di Sarawak, tepat pada masanya.
“Saya berkeyakinan penuh manifesto itu cukup relevan dan lama ditunggu-tunggu majoriti rakyat Sarawak khasnya di luar bandar yang berdepan rampasan tanah dari kerajaan negeri.
“Berbanding BN, tiada penegasan asas dalam manifesto mereka dan menjelaskan lagi bahawa tanah rakyat akan terancam selagi rejim Taib Mahmud berkuasa,” katanya kepada  Keadilan Daily, hari ini.

Manifesto Pakatan janji RM600 untuk warga emas

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya Sarawak dengan menjanjikan beberapa habuan.

Ia termasuk memberi wang tunai secara terus kepada rakyat dan menuntut pemberian royalti minyak Sarawak ditingkatkan jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru pada 16 April ini.

NONEBerbanding dengan manifesto BN yang diumumkan semalam yang didakwa hambar dan tidak mempunyai perincian masa depan, Pakatan berjanji untuk terus mengutamakan rakyat.

“Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun,” kata manifesto itu.

Selain itu, manifesto lapan halaman itu juga berjanji menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak tawar 10 perubahan


Wan Azizah bersama pimpinan Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto PR Sarawak

KUCHING: Pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto ‘Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.’.
KEADILAN dan DAP masing-masing diwakili Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Video :Anwar Gesa Taib Henti Memiskinkan Rakyat Sarawak

Video : Kak Wan in Satok

Video : Faekah berceramah di Satok

PR mahu kembalikan kekayaan pada rakyat Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 8 April: Mohamad Sabu berkata, kesungguhan PAS menyertai pilihan raya Sarawak adalah kerana mahu membela hak rakyat negeri ini yang lebih 20 tahun ditindas BN.
Sambil mengulangi bahawa rakyat sepatutnya menikmati hasil kekayaan negeri, beliau juga mahu rakyat bangkit menghentikan segera kerakusan pemimpin negeri yang mengaut kekayaan negeri.
Rakyat, katanya harus keluar dari belengu kemiskinan dengan menukar kepimpinan negeri ini yang ternyata mengabaikan kebajikan mereka.
"Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) datang untuk kembalikan kekayaan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Sangat sedih apabila rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia sedangkan Sarawak ada petroleum.
"Inilah dia Sarawak tanah airku," kata Mohamad (gambar) yang juga AJK PAS Pusat sinis dalam satu ceramah di Kampung Sidang Baru di sini.

Rakyat Sarawak perlu buat perubahan total

KUALA LUMPUR, 8 April: Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) menyeru seluruh rakyat Sarawak melakukan perubahan total dalam pilihan raya negeri ke-10 pada 16 April ini demi masa depan generasi akan datang.
Presidennya, Mustaffa Kamil Ayub (gambar) turut menyeru seluruh rakyat Sarawak menggunakan hak serta tanggungjawab mereka untuk mengundi pada pilihanraya negeri kali  ini dengan penuh bijaksana.
Katanya, kebijaksanaan para pengundi di Sarawak bakal memastikan negeri yang kaya itu akan mencapai kemakmuran serta kesejahteraan yang menyeluruh.
“MAP dengan tegasnya memohon agar para pengundi menolak serta tidak memangkah calon-calon Adun yang terlibat dan terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dalam sebarang bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan penipuan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, wajib bagi setiap rakyat Sarawak memastikan tanah air mereka ditadbirkan oleh pemimpin yang berintegriti tinggi serta meletakkan hak rakyat di tempat yang sepatutnya.

Penduduk Sebuyau kecewa 2 tahun tiada masjid

BATANG LUPAR, 8 April: Penduduk Kampung Hulu Sebuyau bagai putus harapan setelah dua tahun menantikan masjid baru menggantikan masjid lama di Pekan Sebuyau yang telah runtuh bulan Ramadhan 2009 lalu.
Seorang penduduk kampung, yang hanya mahu dikenali sebagai Muiz berkata, beliau bersama penduduk kampung telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun sama namun sehingga kini tiada sebarang tindakan.
"Kita kumpul lebih 500 tandatangan, kita serah bersama surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu dia datang untuk satu majlis ke Sarawak," katanya.
Surat tersebut, ujarnya dibuat selepas dicadangkan Mufti Sarawak sendiri selepas satu perbincangan diadakan di sini.
Apa yang menyedihkan, masyarakat Islam di sini terpaksa bersesak untuk solat Jumaat yang dipindahkan ke sebuah surau kecil, Surau Darul Kurnia- di Jalan Sawmill, di sini.
Surau tersebut yang hanya mampu memuatkan 150 orang itu terpaksa menampung lebih 700 orang jemaah di sini.
Kemudahan di surau ini juga sangat terhad dengan hanya satu pili air sahaja dan dua buah kolah kecil untuk mengambil wuduk.

Manifesto Pakatan Rakyat praktikal

KUCHING, 8 April: Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak yang dilancarkan hari ini sangat praktikal untuk dilaksanakan dan merangkumi keperluan semua kaum di negeri ini, kata AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata, manifesto yang dirangka oleh Pakatan Rakyat Sarawak dengan persetujuan Pakatan Rakyat Pusat itu dihasilkan setelah mengambil kira semua masalah dan isu-isu rakyat di Sarawak dan negeri-negeri Pakatan yang lain.
"Saya yakin manifesto Pakatan Rakyat untuk rakyat Sarawak merupakan manifesto yang paling praktikal dan boleh dilaksanakan dan menangani isu-isu di negeri Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Jadi sudah tentu sepuluh perkara yang dinyatakan dalam manifesto ini amat bertepatan sekali dengan  masalah rakyat negeri Sarawak," kata beliau ketika ditemui selepas pelancaran manifesto berkenaan di pusat media PKR, dekat sini hari ini.

Kenali calon PAS di Sarawak

Calon-calon PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011
N22 SEBUYAU

Haji Adam bin Ahid, 62, seorang anak watan DUN Sebuyau merupakan Pesuruhjaya PAS Sarawak dan aktivis sepenuh masa untuk party. Adam sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.

Di sini, Adam merupakan pemimpin yang dikenali ramai dan bergaul mesra dengan penduduk Cina and Iban. Dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini, Adam berdepan dengan perlawanan tiga penjuru berdepand dengan penyandang DUN Sebuyau, Julaihi Narawi (BN-PBB) and Ali bin Semsu, seorang calon bebas.

Pada tahun 2006, Sebuyau yang terletak di dalam kawasan parlimen Batang Lupar menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Julaihi dan calon PKR, Mohamed Akek.

Julaihi yang memperolehi 3,748 undi menewaskan Akek, 1,300 undi dengan majoriti 2,448 undi.

Statistik Pengundi Sebuyau:
Jumlah Pengundi: 8,042
Malay/Melanau: 64.26%
Chinese: 3.85%
Iban: 31.77%
Bidayuh: 0.11%

Pakatan Rakyat Lancar Manifesto Sarawak

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya negeri ke-10, 16 April ini.

NONEPersetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang 'Ketuanan Rakyat'.

Hadir ketika pengumuman itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta calon-calon Pakatan yang bertanding pada pilihan raya ini.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perlantikan Baru itu diputuskan pada mesyuarat majlis Pakatan Sarawak.

“Pendirian kita adalah jelas. Kita mahu Baru jadi KM (jika beliau menang),” kata Chong.

Baru Bian pilihan Pakatan jadi Ketua Menteri Sarawak jika atasi BN


Pemimpin Pakatan Rakyat pada majlis pelancaran manifesto pilihan raya negeri Sarawak di Kuching hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
KUCHING, 8 April — Dalam usaha memperlihatkan barisan yang bersepadu dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP Sarawak hari ini mengumumkan pihaknya akan memilih ketua PKR negeri Baru Bian bagi jawatan ketua menteri jika perikatan itu menang pilihan raya 16 April ini.
Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen melahirkan keyakinan bahawa pemimpin-pemimpin negeri parti itu juga akan memilih Bian bagi jawatan tersebut jika pun PKR gagal memperoleh kerusi terbanyak.
“Kami dalam DAP sudah pun menyatakan pendirian yang jelas sebelum ini, apabila Majlis PR Sarawak ditubuhan dulu, bahawa Baru (Bian) akan menjadi Ketua Menteri,” kata beliau pada sidang media selepas PR melancarkan manifesto hari ini.

Lensa : Pentas Amk Di Dun Satok




Rakyat Limbang mahu doktor pakar, bukannya van jenazah!

Pengerusi DAP Limbang dan calon Bukit Kota Leong Kwang Yew telah mengadakan lawatan ke Hospital Limbang pagi tadi. Dia mengutuk Kerajaan Barisan Nasional yang tidak menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Limbang. Hospital Limbang tidak pernah dinaiktaraf untuk rakyat Limbang. Yang ada cuma van jenazah untuk menghantar mayat dari Hospital Miri ke Limbang!

Taib Mahmud enggan berundur

    

KUCHING: Tan Sri Taib Mahmud membayangkan beliau tetap enggan berundur walaupun telah menjadi Ketua Menteri Sarawak selama tiga puluh tahun. Selepas diumumkan kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Balingan 4 April lepas, Taib terus menabur janji jutaan ringgit untuk merasuah rakyat.
Dalam lawatannya ke Kampung Tellian Tengah dekat Mukah, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk pembiayaan projek.

Lensa : Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak






Go home and vote, Sarawakians urged

State party chief Jimmy Wong made the call while campaigning in Limbang to assist DAP candidate for Bukit Kota Leong Kwang Yew.

KOTA KINABALU: Sabah DAP has urged Sarawakians living and working in Sabah to make an effort to return to their respective constituencies and vote for DAP candidates during this coming Sarawak state election.
Sabah DAP chairman Jimmy Wong made the call today while campaigning in Limbang, to assist DAP candidate for Bukit Kota, Leong Kwang Yew.
Sabah DAP has dispatched an eight-member team led by Wong to assist Leong in the state election on April 16.
Among the team members are Sabah DAP vice-chairman Peter Liew, secretary Dr Edwin Bosi, treasurer Henry Mogindol, committee member and Merotai chief Robert Penggal.