Oleh H FANSURI
Di internet sudah bersepah dengan fakta-fakta kekayaan Taib Mahmud. Ada catatan menyebutkan beliau sebagai pemimpin yang memiliki keyakinan diri, suka menunjuk-nunjuk, dan bernafsu kepada benda mahal. Ada juga laporan bahawa beliau pernah membeli piano milik mendiang penghibur di Amerika, Liberace berharga 2 juta dollar Amerika.

"Beliau juga memakai cincin dengan permata merah yang berukuran sebiji walnut dan dikelilingi oleh berlian kecil," suatu laporan dipetik. "Kekayaan Taib ialah beliau memiliki sebuah rumah besar di Demak Jaya yang memandang ke Sungai Sarawak. Berlandaskan foto-foto dalam surat berita dari Julai hingga ke Disember 2006 oleh Naim Cendera Holdings Bhd, ruang tamu Taib dihiaskan dengan set sofa bergaya Eropah yang berkualiti tinggi."
Mutakhir ini, pecah rahsia kekayaan keluarga Taib ini. Keadaan kes ini mungkin seperti kekayaan keluarga Ben Ali di Tunisia. Bezanya, Taib tidak diguling seperti Ben Ali dan keluarganya. Antara hal yang terdedah mutakhir ini adalah hal yang berhubung tuntutan penceraian bekas menantu Taib, iaitu isteri kepada anaknya; Abu Bekir Abdul Taib. Tuntutan nafkah ini mencecah sebanyak RM400 juta. Hal ini benar-benar memeranjatkan ramai pihak.
"Jika RM400 juta yang dituntut oleh bekas isteri Abu Bekir itu, agak-agaknya berapakah jumlah keseluruhan harta anaknya itu," kata seorang teman.
RM400 juta adalah 666 kali ganda dibanding belanja Rosmah di Arab SaudiKini, Abu Bekir sedang berdepan dengan tuntutan cerai berjumlah RM400 juta. Perceraian itu sememangnya adalah suatu perkara biasa, tetapi yang kita ingin nilaikan ialah jumlah tuntutan perceraian sebanyak itu untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka bukanlah perkara biasa bagi kita.
Rosmah Mansur pernah dilaporkan berbelanja mewah sebanyak RM600,000 di Arab Saudi untuk sekali berbelanja. Kalau dihitung congak, nilai ini adalah 666 kali ganda lebih besar jumlahnya dibanding kegilaan tabiat berbelanja isteri Perdana Menteri.
Persoalan yang paling utama, mengapa menantu Taib Mahmud meminta RM400,000,000 itu?
Hal ini kerana bekas isterinya mempunyai bukti bahawa sepanjang menempuh kehidupan bersama, mereka punya harta yang berlebihan. Tuntutan isteri itu (RM400 juta) adalah hanya 50 peratus daripada apa yang beliau fikirkan bahawa mereka berdua milik bersama sebelum ini. Maka, bertolak daripada kisah tuntutan di sini, kesimpulan yang boleh ditarik adalah - Abu Bekir Abdul Taib mungkin memiliki harta kekayaan bernilai kira-kira RM1 bilion!
Dan itu bermaksud, kekayaan Abu Bekir itu adalah 1,333 kali ganda lebih mewah dibanding belanja mewah Rosmah RM600,000 di Arab Saudi! Jadi, tidak menghairankan jika isteri Perdana Menteri itu meraih gelar dan pingat daripada Taib Mahmud sebelum ini. Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Agak menarik juga jika kita boleh fikirkan bersama jika benar Abu Bekir ini boleh memiliki jumlah harta kekayaan sebanyak RM1 bilion atau lebih daripada itu. Ini kerana, Taib ada 4 orang anak. Lalu, jika setiap seorang anak beliau memiliki sekurang-kurangnya harta persendirian sejumlah RM1 bilion, maka hasil gabungan harta persendirian keseluruhan 4 anak-anaknya itu adalah berjumlah RM4 bilion sekurang-kurangnya!
Tahukah anda. Kekayaan sebanyak itu bersamaan anggaran peruntukan bajet Sarawak selama setahun! Sekali gus, nilai itu bersamaan 5,332 kali ganda mewah berbanding perbelanjaan mewah isteri Perdana Menteri di Arab Saudi!
Senarai ringkas kemewahan keluarga Taib
Dengan ini, tidak hairan kalau dikatakan bahawa keluarga Taib adalah jelmaan Raja Brooke (James Brooke) di Sarawak yang memiliki harta dengan jalan-jalan yang mencurigakan. Apa tidaknya? Taib misalnya dilihat memakai jas berkancing dua baris dan memandu di Kuching dengan kereta Rolls-Royce.
Almarhumah Laila Taib dan anaknya pula adalah pemegang saham terbesar Sitehost Pte. Ltd. di Australia, yang memiliki Hotel Hilton Adelaide, demikian menurut Aliran Monthly.
Sementara itu, Sarawak Report pula melaporkan bahawa, Taib juga dipercayai telah membangunkan empayar hartanah di Kanada, iaitu Sakto Corporation yang nilaiannya menjangkau ratusan juta dollar di bawah nama menantu lelakinya; Sean Murray. Syarikat ini diasas oleh kerabat Taib juga-Onn Mahmud, anak perempuan Taib iaitu Jamilah termasuklah Sean Murray sendiri.
Selain itu, ada laporan menyebut bahawa Sean Murray dan anak perempuan Taib telah berjaya menjalin hubungan dengan jabatan kerajaan Kanada bagi perniagaan hartanah mereka di Kanada. Dalam sidang ORC, wujud laporan bahawa ORC menyelia pencarian terbuka dan wujud persaingan.
Kemudiannya, Sakto Corporation dipilih sebagai pemenang berdasarkan kemudahan termoden yang dibina dengan spesifikasi penggunaan tenaga dan persekitaran yang tinggi dan bangunan itu mesra alam dalam beberapa cara.
Sarawak Report turut mendakwa Sakti International Corporation di Amerika Syarikat juga dikendalikan pasangan yang sama (Sean Murray dan Jamilah). Malah, Sakti turut memiliki bangunan Abraham Lincoln, yang menempatkan kemudahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan