Jumaat, 8 April 2011

Generasi Muda Harus Bangkit Tentang Politik Zalim, Lucah


KUCHING 7 APRIL : Hanya rakyat Sarawak yang mampu membuat perubahan sekaligus menamatkan era pemerintahan 30 tahun Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang gagal membawa pembangunan secara menyeluruh di negeri ini.

Oleh itu, Ketua Srikandi Keadilan, Siti Aisyah Shaik Ismail menggesa seluruh generasi muda bangkit untuk menentukan nasib rakyat Sarawak pada masa hadapan dengan turun mengundi pada pilihanraya negeri 16 April ini.

"Orang-orang muda harus jadi penggerak, kita harus hantar mesej jelas kepada Taib Mahmud, cukup sudah, kamu tidak perlu tunggu waktu bersara tetapi kami yang akan pastikan kamu bersara pada pilihanraya DUN Sarawak kali ini, katanya pada ceramah kelompok di DUN N06 Tupong, malam tadi. 

DUN Tupong menyaksikan pertemuan calon BN Datuk Daud Abdul Rahman dari PBB dan calon Pakatan Rakyat Baharuddin atau Din Shah Mokhsen dari PKR.

Menurut Aisyah, dapat dilihat dengan jelas seluruh jentera kerajaan termasuk jemaah menteri digunakan untuk berkempen di Sarawak bagi memastikan BN mengekalkan kekuasaannya di Sarawak.

Namun, tidak ada apa yang mampu mengubah kuasa rakyat, katanya.

Tambah beliau, seberapa banyak limpahan peruntukan yang digunakan untuk memastikan rakyat Sarawak merasai akan keprihatinan kerajaan Pusat, ditambah dengan kempen yang dibantu oleh media arus perdana, ia sama sekali tidak akan menggoyahkan usaha Pakatan Rakyat untuk terus memperjuangkan hak rakyat di Bumi Kenyalang.

Lantaran itu, Aisyah sekali lagi mengingatkan rakyat Sarawak supaya bijak memilih tampuk pemerintahan supaya rakyat disajikan dengan politik pembangunan dan bukannya politik dangkal berbaur lucah.  

" Rakyat Sarawak harus terima politik matang, harus buka minda untuk terima politik yang lebih baik, Umno ajar apa...ajar politik seks, politik lucah, politik kotor, jadi Rakyat Saraawak harus nyatakan pada 16 April ini bukan sekadar tolak Taib Mahmud tetapi juga kita tolak politik lucah, kotor, rasuah pemimpin-pemimpin Umno,"katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan