Adakalanya teknik ini berkesan dengan mengambil contoh 'separuh benar' sebelum ini yang secara tidak langsung mengiakan apa yang dihamburkan. Salah satu isu yang kini giat dikempenkan ialah isu pemerintahan 30 tahun Tan Sri Abdul Taib Mahmud menerajui Sarawak.
Dalam poster yang disebarkan di seluruh Sarawak, Pakatan mahu rakyat memilih mereka semata-mata untuk menunjukkan rakyat bersetuju Taib sudah terlalu lama. Malah bagi mereka usaha menurunkan Taib itu perlu dilaksanakan agar Sarawak terus maju.
Usaha menanam kebencian terhadap BN ditumpukan kepada ketua-ketua di peringkat negeri kerana mereka tahu tindakan menidakkan apa yang dibuat oleh BN selama ini tidak akan berkesan.
Dalam ceramah mereka, pembangkang sering mengaitkan tempoh lama Taib dan sesekali memasukkan elemen menyerang pemimpin Persekutuan.
Bagi rakyat Sarawak, mereka harus memahami bahawa proses peralihan yang disebut oleh Taib benar-benar akan berlaku. Yakinklah. Tidak seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang yang sepanjang masa mahu mengaitkan elemen 'tempoh' kepada 'kelemahan' sedangkan pemimpin mereka juga sudah lama di tampok seperti buah yang tidak mahu gugur.
Istilah 'bila'
Taib pada sidang media di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyatakan beliau akan berundur selepas pilihan raya negeri Sarawak. Ini juga dimainkan oleh pembangkang yang menimbulkan istilah 'bila' dan mengajak rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji itu.
Yang mereka tidak tahu bahawa rakyat tahu BN sentiasa memberi jaminan tetapi pembangkang memberi janji yang adanya janji kosong dan berkabus - hilang entah di mana.
Najib pada satu majlis Rakyat Bersama Pemimpin di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) malam tadi, menasihatkan rakyat Sarawak tidak terpengaruh desakan pembangkang yang mahu Taib segerakan peralihan kepemimpinan negeri.
Menurutnya, beliau telah berunding dengan Taib mengenai proses peralihan bagi memastikan ia berjalan lancar.
"Oleh itu, jangan terpedaya hasutan pembangkang. Banyak lagi pemimpin mereka juga berumur."
Jika ini kata-kata seorang pemimpin tertinggi persekutuan iaitu seorang perdana menteri, sudah tentu rakyat Sarawak seharusnya merasa lega dan yakin bahawa peralihan ini benar-benar akan berlaku.
Usah dipesongkan oleh pemimpin pembangkang yang mahu rakyat terus membenci kepemimpinan Taib yang sudah banyak berjasa kepada Sarawak.
Memanglah ada kelemahan tertentu tetapi mereka perlu mengimbangkan apa yang BN lakukan selama ini dengan tohmahan dan tuduhan pembangkang. Buka mata dan minda untuk melihat bagaimana Sarawak mengalami transformasi sehingga kini menuju menjadi antara negeri termaju di Malaysia.

Terus longlai dan lemah
Ia tidak dapat dilakukan tanpa urustadbir yang baik dan perancangan yang bijaksana. Tiada perbalahan, maka pembangunan dapat dilaksanakan untuk rakyat. Jika bergaduh di peringkat awal lagi, maka kemajuan negeri ini tidak dapat dilakukan. Yakinlah.
Pakatan Rakyat sentiasa menggunakan perkataan 'beri peluang' atau 'cuba mereka' sedangkan rakyat tahu apa yang mereka sudah lakukan di negeri yang 'diberi peluang' di mana bukan saja pelbagai masalah tetapi janji tidak ditunaikan sehingga ramai yang menyesal dan kecewa.
Oleh itu, sudah sampai masanya rakyat Sarawak membuka mata apa yang berlaku di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan di mana kerajaan negeri dipimpin oleh PAS, DAP dan PKR kini menghadapi masalah sehingga penduduk tidak segan silu membuat demonstrasi menyatakan perkara ini.
Pakatan Rakyat tidak akan memberi jaminan tetapi memberi 1001 janji kepada rakyat. Apabila mereka 'berkuasa', kelemahan urustadbir dan tindakan menyusahkan rakyat berlaku. Ini akan melenyapkan kejayaan yang dibawa di negeri-negeri berkenaan melainkan penduduk di situ memberi peluang semula kepada BN.
Di Sarawak mereka perlu memikirkan semasak-masaknya agar apabila terlepas segala yang dilakukan oleh BN tidak lenyap begitu saja. Jika ini berlaku, maka amat sukarlah untuk meneruskannya semula kerana ini sudah terbukti di negeri yang mereka terajui - terus longlai dan lemah.

Datuk Ibrahim Yahaya adalah penasihat media Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah, Penyiaran dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewartawanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan