Isnin, 11 April 2011

Video untuk kuburkan Taib



KUALA LUMPUR: Kehangatan kempen pilihanraya Sarawak semakin panas dengan BN dikatakan sangat tertekan sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Najib Tun Razak terpaksa membatalkan semua acara untuk berkampung di Sarawak mulai semalam hingga ke hari pengundian.
BN menjadi semakin parah dengan hubungan yang runcing antara Ketua Menteri Taib Mahmud dengan Najib yang membuat ucapan menyinggung semalam dengan menyatakan Taib akan berundur selepas pilihanraya.
Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan luar biasa di negeri itu. Tanpa sokongan media yang dikawal BN, kempen Pakatan Rakyat lebih memfokus dengan ceramah, kempen rumah ke rumah, pengedaran risalah dan lain-lain.
Terbaru sebuah video dikeluarkan yang menggambar betapa pemimpin-pemimpin BN kaya raya dan rakyat Sarawak terus dihimpit derita kemiskinan. Ayuh bersama buat perubahan. Majukan video ini kepada pengundi-pengundi di Sarawak dan kepada semua rakyat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan