Kuek Ser Kuang Keng
Menurut sumber parti itu, pada rundingan yang diadakan semalam itu, DAP akur untuk menyerahkan tiga daripada lima kerusi yang juga dituntut oleh PKR.
Pengumuman muktamad berhubung agihan kerusi Pakatan Rakyat dijangka dibuat selepas tengahari ini oleh pemimpin kanan Pakatan di parlimen.
Antara kerusi yang akan dilepaskan oleh DAP adalah Padungan, yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching yang kini dipegang oleh ADUN PKR, Dominique Ng.
Kerusi Padungan dianggap agak simbolik kepada DAP kerana sejak dua dekad lalu ia adalah kubu kuat parti itu.
Akar umbi kecewa
Bagaimanapun Padungan juga adalah kerusi tunggal PKR di Malaysia Timur dan Pakatan mempunyai persetujuan bahawa parti yang telah memenangi sesuatu kerusi berhak mempertahankannya semula.
DAP juga dijangka akan melepaskan kerusi Senadin, yang masyarakat Cina merupakan hampir separuh daripada pengundinya dan kerusi majoriti pengundi Iban di Balai Ringin.
Pada pilihanraya negeri 2006, Senadin ditandingi oleh PKR manakala Balai Ringin diberikan kepada Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).
Sementara itu, difahamkan PKR juga telah menggugurkan tuntutannya ke atas Dudong, satu lagi kerusi majoriti pengundi Cina dan Iban.
Pada pilihan raya negeri 2006, DAP tewas di Dudong dengan hanya 408 undi.
Bagaimanapun, parti itu dijangka akan dibenarkan bertanding di Batu Kawah, kerusi majoriti pengundi Cina di selatan Kuching. Pada 2006, kerusi ini ditandingi PKR tetapi mereka kalah teruk.
Namun, beberapa ahli pada peringkat akar umbi DAP dikatakan kecewa dengan rundingan agihan kerusi itu kerana mereka berpendapat mereka adalah parti pembangkang utama dan harus diberikan keutamaan.
Di kalangan pembangkang, DAP memperolehi kerusi terbanyak pada pilihan raya negeri 2006.
Mereka berjaya menguasi enam daripada 12 kerusi yang ditandingi. PKR, Snap dan calon Bebas masing-masing memenagi satu kerusi. Calon Snap bagaimanapun telah berpaling tadah ke SUPP manakala calon Bebas telah menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan