Isnin, 28 Mac 2011

Kerana RM21 juta tunai, ‘Gadaffi’ Sarawak sanggup rampas tanah rakyat untuk saudaranya?

Ibrahim Mahmud

Wang tunai RM21 juta yang diberikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud kepada saudaranya Ibrahim Mahmud yang didakwa hasil rampasan 5,000 hektar tanah rakyat di Baram, Sarawak kian menyerlahkan peribadi Ketua Menteri Sarawak itu sebagai simbol Barisan Nasional khianat rakyat.
Pendedahan terbaru Sarawak Report itu berdasarkan laporan Bursa Saham Malaysia pada 18 Februari lalu.
Pemilikan kepentingan lebih 80 peratus dalam Syarikat Mesretus, iaitu dari tanah negeri yang diserahkan kepada Taib dan kini berpindah tangan pula kepada Ibrahim sekaligus mengukuhkan kekuasaan Keluarga Taib di negeri kaya hasil bumi tersebut.

Kini Taib sekelurga yang berkuasa di Sarawak selama lebih 30 tahun mulai disinonimkan dengan Sang Diktator Libya yang zalim, iaitu Muammar Gadaffi menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang dijadualkan bermula awal April depan.


Rumah Ibrahim tidaklah kecil
Ibrahim yang sebelum ini hanya seorang anggota Polis yang miskin dilaporkan hidup mewah hasil rampasan tanah adat pribumi Sarawak.
Lapor Sarawak Report lagi, 5,000 hektar tanah yang diserahkan kepada Amgreen Plantations di Baram itu kini terancam oleh pembalakan haram, aktiviti perladangan kelapa sawit dan terbaru pembinaan beberapa empangan hidro-elektrik gara-gara dasar Taib.
Amgreen yang dahulunya adalah Yayasan Sarawak Plantations hakikinya ada sebahagian dari Yayasan Sarawak yang bertanggungjawab yang bertanggungjawab membiayai biasiswa anak-anak Sarawak, ujar Adenan Satem selaku ipar Taib.
Perhatikan bahawa alamat yang sama dan nombor telefon yang sama berlaku untuk Amgreen dan ke Victoria Square Development, yang dimiliki oleh Ibrahim Mahmud!
Bahkan lapor Sarawak Report lagi, Amgreen adalah sebahagian dari Yayasan Kebudayaan Sarawak sendiri.
Bagaimanapun, pemegang saham utama di kedua-dua yayasan pendidikan itu bukannya oleh kedua-dua yayasan itu sendiri, sebaliknya Victoria Square yang dipunyai sendiri oleh Ibrahim.
Victoria memenang 65 peratus kepentingan di kedua-dua yayasan pendidikan tersebut.
Usaha jual beli tanah kini yang sepatutnya dilaksanakan sendiri oleh kedua-dua yayasan pendidikan tersebut akhirnya dilaksanakan sendiri oleh Ibrahim.
Selepas beberapa tahun, telah mendorong Ibrahim sendiri mahu mendapatkan wang tunai sebagaimana yang terdedah di Bursa Saham Malaysia 18 februari lalu.
Rangkaian Jaya, yang beroperasi di pejabat Ibrahim lagi! Hal ini mempunyai 100% dari Victoria Square Kemajuan sampai menjual 80% dari saham untuk RM21 juta bulan lepas.
80 peratus saham Victoria yang telahpun terjual membuktikan bahawa Ibrahim merupakan peribadi yang paling banyak mendapat manfaat.
Dokumen-dokumen awam itu menunjukkan bahawa pada 18hb Februari, sebuah syarikat awam, Firma Berhad telah membeli 126,000 saham Victoria Square Plantations dari sebuah syarikat yang bernama Network Jaya Sdn Bhd. Syarikat Network Jaya adalah pemilik mutlak Victoria Square Plantation.
Ibrahim Mahmud juga adalah pemegang utama saham-saham dalam Network Jaya.
Ibrahim mungkin mempunyai lebih kepentingan hasil percaturan pemegang saham sendiri dan rakan-rakanmnya.
Walaupun jual beli 80 peratus kepentingan bernilai RM21 juta diperoleh sebulan yang lalu, Ibrahim dan rakan-rakan masih mendapat manfaat dari 20 peratus dalam Network Jaya yang diandaikan sekitar RM11 juta lagi.
Bursa Saham Malaysia pengumuman semuanya secara terperinci.
Kiraan keuntungan sebenar yang diperoleh oleh Ibrahim mengejutkan jika caj RM3.7 juta dikenakan atas pembelian tanah seluar 5,000 hektar tersebut.
Memegang 65 peratus saham dalam Victoria, dianggarkan sekurang-kurangnya Ibrahim Mahmud mendapat keuntungan sekecil RM2.5 juta sahaja.
Ini bermakna keuntungan RM18 juta telah terjana untuk Ibrahim dan rakan-rakannya dari urusan jual-beli itu – dan mereka masih mengekalkan 20% saham di dalam syarikat tersebut.
Jika apa-apa berlaku pada Taib selepas pilihan raya negeri Sarawak selepas ini pun, sebenarnya Taib tidak perlu lagi risau kerana beliau mampu menjana pelaburan hasil rompakan kekayaan bumi Sarawak sebelum ini.
Ketika ini pun, kemampuannya terbukti apabila Ibrahim Mahmud dicaturkan membeli 34 peratus dari 125,125,000 unit saham Frontken Corporation Sdn Bhd sebelum dibuka pada awam.
Laporan Tahunan syarikat itu bagi tahun 2007 menyatakan, mereka telah mengeluarkan 118,750,000 saham baru yang mendatangkan keuntungan RM31.4 juta kepada kumpulan itu.
Suatu lagi habuan yang amat lumayan buat saudara Taib Mahmud.
Pada kemuncak pasaran saham FCB, saham-saham mereka bernilai sekitar setengah ringgit tiap-tiap satunya, menjadikan saham-saham Ibrahim melebihi RM60 juta.
Kekuasaan Ibrahim Mahmud dan Keluarga Taib kian membuka mata rakyat betapa ‘simbol BN khianat rakyat’ perlu dihentikan segera di pilihan raya negeri Sarawak lalu melanjutkan peruabahan yang lebih besar di pilihan raya umum ke-13 kelak.

“SELAMATKAN SARAWAK, TAIB MAHMUD SiMBOL BN KHIANAT RAKYAT”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan