Rabu, 6 April 2011

Calon Baleh Tidak Muflis


KUCHING 6 APRIL : Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan dakwaan yang dilemparkan Barisan Nasional bahawa parti itu akan menang tanpa bertanding di N.56 Baleh berikutan calon PKR Bendindang Anak Manjah didakwa muflis dan sekaligus hilang kelayakan sebagai calon di pilihan raya negeri Sarawak ke-10 adalah tidak benar sama sekali .
Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Jabatan Insolvensi Malaysia secara rasmi mengesahkan Bendindang tidak muflis.
"Kami (PKR) juga menegaskan bahawa Pegawai Pengurus Pilihan raya bagi DUN Baleh mengumumkan saudara Bendindang sebagai calon dalam satu pertandingan satu lawan satu dengan Dato' Seri James Masing (Barisan Nasional)," ujarnya.

Justeru Dr Wan Azizah tidak menolak kemungkinan bahawa khabar angin yang sengaja ditiupkan itu bertujuan untuk mengalih perhatian umum mengenai isu pokok yang ditagih rakyat Sarawak, iaitu keazaman masyarakatnya bagi menafikan kemenangan percuma kepada Barisan Nasional seperti dalam pilihan raya umum yang lalu.
Dr Wan Azizah berkata, PRN kali ini tidak akan sama dengan siri pilihanraya negeri yang lalu, kerana kesemua 71 kerusi DUN bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu serta empat penjuru sekali gus tidak akan memenangkan Barisan Nasional dengan mudah.
Jelasnya, daripada 49 kerusi yang dipertandingan PKR, 14 kerusi menyaksikan satu lawan satu antaranya Nangka, Tamin, Baleh, Senadin, Ba'Kelaan, Bukit Sari, Demak Laut, Tupong, Samariang, Satok, Asajaya, Tarat dan Batang Ai serta Saribas.
Manakala 26 kerusi lain menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PKR, SNAP dan Bebas.
Sebanyak 9 kerusi yang lain menyaksikan PKR bertanding tiga pencuru dengan calon Bebas.
Sebanyak 10 hari berkempen yang bermula pada hari ini dan hari buang undi pada 16 April depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan