Rabu, 6 April 2011

Pilihan raya S'wak indikasi kehendak rakyat

Pilihan raya negeri Sarawak yang akan berlangsung daripada 6 hingga 16 April ini sudah pasti menarik perhatian ramai pihak termasuk kumpulan dari luar negara yang sebelum ini berusaha memburuk-burukkan Ketua Menteri, Sarawak Tan Sri Taib Mahmud.

NONEKeputusannya sudah pasti memberi indikasi mengenai kehendak rakyat negeri itu yang selama ini menikmati pelbagai pembangunan.

Pengalaman penulis sejak menjadi wartawan pada 1980an, yang melawat Sarawak dari semasa ke semasa memaparkan pembangunan pesat yang dijalankan di negeri ini amat menakjubkan.

Malah ada tempat tertentu lebih maju ke hadapan berbanding di negeri-negeri lain di Semenanjung terutama daripada kemudahan infrastruktur termasuk jalan raya.

Perjalanan penulis dari Kuching ke Lundu semalam, menyaksikan bagaimana jalan raya yang baik dan teratur menghubungi kedua-dua tempat itu yang memudahkan orang ramai berulang-alik.

Pekan satelit

Selain itu, kerajaan negeri juga telah membina kawasan baru yang menyediakan pelbagai kemudahan di samping pekan-pekan satelit yang membangun begitu pesat. Tidak hairanlah ini akan menggalakkan rakyat negeri itu terus tinggal di tempat mereka kerana penyediaan kemudahan berkenaan.


NONEJika sesuatu tempat itu tidak banyak kemudahan atau peluang pekerjaan seperti di Negeri Cik Siti Wan Kembang, penduduknya akan segera berhijrah ke bandar-bandar besar untuk mencari sesuap nasi.

Pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri pimpinan Taib sudah tentu menggembirakan rakyat negeri itu. Yang penting, mereka akan membalas budi jasa yang diberikan oleh pejuang bangsa ini dengan terus memberi mandat kepada parti pimpinannya.

Isu bahawa beliau sudah begitu lama memerintah sentiasa didodoikan oleh pembangkang semata-mata untuk menidakkan jasa beliau yang berjaya menyatupadukan rakyat di negeri itu.

NONEMalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut memuji usaha yang dibuat oleh kerajaan negeri dan menjadikannya contoh sebagai negeri yang sudah lama mengamalkan Gagasan 1Malaysia di mana penduduk bukan saja pelbagai kaum tetapi pelbagai etnik dapat hidup bersatu padu dan menjalankan kehidupan sebagai satu bangsa. Ini bukan mudah untuk dicapai tanpa usaha keras dan bersungguh-sungguh.

Pengalaman Taib sebagai pemimpin di peringkat Persekutuan sudah tentu memberi rahmat kepada beliau untuk memimpin negeri itu ke tahap yang amat membanggakan ketika ini.

NONEKeikhlasan dan kesungguhan beliau selama ini berjaya menutup mulut mereka yang sentiasa mencari kesalahan dan membuat pelbagai tohmahan terhadap beliau dan keluarganya. Mereka bukan saja melakukannya di negara ini tetapi turut bersekongkol dengan pihak luar menerusi RSF semata-mata untuk menghasut rakyat negeri itu mengetepikan pemimpin dari kaum Melanau yang banyak menabur jasa
Datuk Ibrahim Yahaya adalah penasihat media Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah, Jabatan Penyiaran dan berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan. Beliau juga pernah berkhidmat di Berita Harian dan TV3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan