Rabu, 6 April 2011

PAS harap dapat kerusi pertama di S'wak

Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, parti itu berharap dapat memenangi kerusi pertamanya di DUN Sarawak kali ini selepas bertanding di negeri itu sejak tahun 2003.

NONEKatanya, berbeza dengan pengalamannya mereka sebelum ini, PAS mendapati "angin perubahan" sudah mula sampai ke negeri itu.

“Sebelum ini PAS masih baru. Sekarang kita lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan,” katanya yang mengiringi calon PAS Beting Maro Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus di pekan Pusa, dekat Batang Lupar.

Salahuddin berkata, dengan menyandarkan harapan kepada semua muka baru, PAS juga akan memfokuskan terhadap usaha menyelesaikan isu berhubung pemilikan tanah adat (NCR) yang berlarutan sejak Sarawak merdeka pada tahun 1967.

Anggota parlimen Kubang Kerian itu berkata, usaha mereka menangani isu itu akan digiatkan melalu biro tanah dan pembangunan wilayah - badan langsung bawah PAS pusat - yang ditubuhkan khas bagi tujuan itu.

Beliau mendedahkan, menurut perkiraannya, Beting Maro mampu menjadi tempat pertama yang dirampas mereka, diikuti Sadong Jaya dan Sebuyau.

Kelebihan di Beting Maro itu dilihat turut berpunca oleh pergolakan dalaman antara penyokong calon baru BN Razaili Gapor yang dipilih menggantikan penyandang sebelum ini Bolhassan @ Ahmad Di, seperti dilaporkan akhbar tempatan.

NONEPAS turut bertanding di Muara Tuang dan Tanjung Datu. Kelima-lima tempat itu mempunyai bilangan pengundi Melayu/Melanau yang agak tinggi.

Bagaimanapun, bagi lawannya BN, keyakinan PAS, terutamanya di Beting Maro hanyalah dibuat berdasarkan kekalahan tipis mereka dalam pilihan raya negeri pada 2006 lalu.

Menurut naib pengerusi Wanita BN Sarawak Rohani Abdul Karim, pada masa itu kekalahan BN disebabkan pembahagian baru kerusi parlimen yang turut melibatkan Beting Maro.

"Tetapi selepas itu kita tanya balik, kita analisis balik," katanya yang juga anggota parlimen Batang Lupar ketika ditemui Malaysiakini di Batang Lupar.

Selepas mengharungi tiga kali pilihan raya negeri hanya di Beting Maro, tahun ini PAS meletakkan calonnya di lima kawasan. Menariknya, kesemua calon yang diletakkannya bukanlah daripada golongan ustaz yang sinonim dengan parti Islam itu sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, tengah hari tadi, tersebar cakap-cakap bahawa mereka berjaya menang tanpa bertanding di Muara Tuang apabila calon BN didakwa gagal menyerahkan penyata perbelanjaan dalam pilihan raya negeri lalu.

Bagaimanapun, kira-kira 1.30 tengah hari, harapan itu musnah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa calon BN Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud layak bertanding, sekaligus berlakunya perlawanan satu lawan satu di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan