Beliau tidak menyatakan kerusi yang akan ditandinginya tetapi membayangkan mungkin di Padungan atau Batu Lintang.
Sambil menyifatkan keputusan itu sebagai “pertembungan prinsip”, Ng
(kanan) berkata beliau dipaksa berbuat demikian oleh para pengkhianat dalam PKR.
Katanya, beliau juga telah bosan kerana sentiasa perlu berjaga-jaga sama ada ada orang yang akan menikamnya dari belakang.
“Kerana itulah saya terpaksa meninggalkan PKR,” katanya dalam satu sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Kuching.
Jika Ng memilih bertanding di kerusi lamanya di Padungan, beliau akan berentap dengan calon DAP, Wong King Wei.
Tetapi jika bertanding di Batu Lintang, Ng akan bersemuka dengan bekas rakan dalam PKR, See Chee How.

Apa pun, sebarang pertandingan tiga penjuru akan menambah peluang BN untuk menang, kerana perpecahan undi untuk pembangkang.
Sebelum ini, PKR dan DAP bersetuju bertukar kerusi dengan DAP bertanding di Padungan dan PKR diberi kerusi Batu Lintang.
Dominique bagaimanapun digugurkan dalam senarai calon PKR yang diumumkan semalam.
Parti itu menamakan See sebagai calon PKR di Batu Lintang.
Ditanya mana yang lebih penting - "pertembungan prinsip" atau pembangkang yang bersatu - Ng menjawab tidak ada perpaduan dalam pembangkang sekarang.
"Apa harga perpaduan? Harga perpaduan ialah mengorbankan dua penyandang untuk dua calon yang sama sekali tidak ada peluang untuk menang,” katanya.
Menurutnya, pilihan raya negeri kali ini menawarkan peluang terbaik kepada pembangkang untuk menumbangkan BN, tetapi pembangkang telah membazirkannya dengan apa yang berlaku sekarang.
"Malangnya, apa yang mula dengan begitu baik, kini menjadi satu impian yang sia-sia.

"Saya dihimpit ke satu sudut dan dipaksa berhenti," katanya sambil menambah bahawa keputusannya telah dimaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 10.48 pagi ini melalui pesanan teks.
PKR akan bertanding di 48 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan