Rabu, 6 April 2011

Mood rakyat Sarawak cenderung pada KEADILAN, Pakatan

MIRI: Persiapan jentera yang mantap di setiap kawasan yang ditandingi dan disiplin ahli sepanjang tempoh berkempen merupakan asas kemenangan KEADILAN pada pilihan raya negeri 16 April ini, kata Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, jentera KEADILAN dan setiap ahli perlu bekerja lebih keras  bagi merealisasi kemenangan tersebut, memandangkan rakyat Sarawak  kini cenderung menyokong KEADILAN dan Pakatan Rakyat.
“Mood rakyat Sarawak kini cenderung kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat. Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh setiap ahli dan aktivis parti adalah meneruskan gerak kerja kempen berterusan di seluruh pelusuk kawasan.

“Koordinasi di antara parti-parti Pakatan Rakyat, iaitu Pas dan DAP akan membantu kempen Keadilan,” katanya semasa pertemuan bersama jentera parti di Hotel Talang Usang, dekat Miri, hari ini.
Turut hadir ialah tiga calon Keadilan yang bertanding bagi kawasan tersebut, iaitu Zulhaidah Suboh yang bertanding bagi kawasan Lambir, Dr Michael Teo Yu Keng (Senadin) dan Ishak Mahwi (Bekenu).
Anwar dalam rangka lawatan padat ke negeri bumi kenyalang itu bagi membantu kempen KEADILAN dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya negeri 16 April ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan