Rabu, 6 April 2011

Calon muda PAS dipanggil 'handsome boy'

Politik Sarawak mungkin sedikit berbeza; tindakan PAS meletakkan calon muda di sebuah DUN yang ditandinginya menyebabkan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus - peguam berusia 32 tahun - disambut seperti artis.

Ditambah lagi dengan kempen agresif jentera parti itu daripada Kelantan dan Terengganu, Abang Ahmad malah dijulang beberapa kali oleh kira-kira 300 penyokongnya selepas tamat penamaan calon di Beting Maro, dalam parlimen Batang Lupar tengah hari tadi.

NONEBagaimanapun, sebagai calon termuda PAS yang diketengahkan kali ini, Abang Ahmad menjadi perhatian kamera banyak pihak, terutamanya pengundi yang ditemuinya di sekitar pasar Pusa dan kedai makan sekitar pekan kecil itu.

Beliau juga dipanggil "handsome boy" (jejaka kacak) oleh golongan wanita di situ yang dilihat cuba mengusiknya.

"Hansome-nya, muda lagi," kedengaran bisik wanita Melayu sekitar umur 40-an sesama mereka.

Bagaimanapun, diajukan perkara itu oleh pemberita, Abang Mat nampaknya tidak rasa terganggu dan secara bergurau berkata:


"Saya pergi rumah panjang, ada yang beritahu, habis poster saya dicabut, letak (tampal) di almari rumah."

NONEBeliau malah menjawab, menjadi lumrah manusia sukakan kecantikan.

"Apabila muka cantik orang pun terpikat," katanya berseloroh sambil disambut gelak ketawa pengunjung di sebuah kedai makan.

Abang Mat yang hadir ke pusat penamaan dengan berbaju putih dan songkok hitam bagaimanapun mengakui beliau sudah berkahwin dan sudah mempunyai dua orang anak.

Dalam pilihan raya umum lalu PAS mengetahkan calon daripada kalangan ustaz Alem Din yang akhirnya tewas di tangan calon BN Bolhassan @ Ahmad Di dengan majoriti 895 undi. Kawasan Melayu/Melanau itu mempunyai keseluruhan 4,742 pengundi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan