"Dalam 2006, saya tandatangan surat kuasa bagi pihak parti. Kami tanding 12 kerusi dan menang enam kerusi," kata pengerusi DAP negeri itu, Wong Ho Leng dalam satu sidang akhbar di Sibu hari ini.
"Kali ini, kami buat perubahan dan minta setiausaha agung parti (Lim Guan Eng) tandatangan. (Jadi) kami harap untuk menang 15 kerusi," tambahnya.
Lim berkata, pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan menentukan nasib Malaysia.
Oleh itu, beliau menggea rakyat supaya menolak Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, dengan sekurang-kurangnya menafikan BN majoriti dua pertiga.
"Perubahan kini sudah bermula di Sarawak. Jika perubahan (di Sarawak) dapat dilakukan, maka ia juga dapat dilakukan di Putrajaya," berkata Lim.
Selepas mengumum lima calonnya semalam, DAP mengumumkan nama 10 lagi calon yang akan mewakili parti itu bertanding di kawasan tengah dan utara Sarawak.
Sementara itu, senarai 10 lagi calon DAP yang diumum hari ini turut menampilkan empat muka baru termasuk seorang wanita.
Empat muka baru itu ialah ketua wanita DAP cawangan Sibu Alice Lau Kiong Yieng yang bertanding di DUN Bawang Assan, Yap Hoi Liong (DUN Dudong), Ling Sie Kiong (DUN Piasau) dan pengerusi DAP Limbang Leong Kwang Yew (DUN Bukit Kota).
Kiong Yieng, 29, seorang ahli farmasi adalah anak pemimpin Cina terkemuka dan presiden United Chinese Association Sibu Datuk Lau Cheng Kiong.
Beliau merupakan calon wanita kedua dipilih untuk mewakili DAP. Cristina Chiew dinamakan sebagai calon DUN Batu Kawah dan Violet Yong dikekalkan di DUN Pending.
Sementara Sie Kiong, 28, seorang peguam akan berdepan dengan calon BN, yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.
Manakala timbalan pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chiu Sing, yang juga seorang ahli perniagaan mempertahankan DUN Kidurong di Bintulu dan Ting Tze Fui, 29, kekal di DUN Meradong yang dimenanginya dalam pilihan raya negeri lalu.
Calon-calon lain ialah setiausaha publisiti DAP negeri David Wong Kee Woan (Pelawan), pengerusi DAP cawangan Sarikei Dr Wong Hua Seh (Repok) dan penolong setiausaha DAP negeri Fong Pau Teck (Pujut).
Lima calon DAP yang diumumkan semalam termasuk tiga muka baru - Wong King Wei (Padungan), Christina Chiew Wang See (Batu Kawah) dan Leon Jimat Donald (Simanggang) manakala Violet dikekalkan di DUN Pending dan naib pengerusi DAP dan setiausaha parti negeri Chong Chieng Jen (Kota Sentosa).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan