Isnin, 4 April 2011

PRN Sarawak: 20 ‘muka baru’ nak selamat ‘muka lama’ Taib Mahmud?

Taib selaku Presiden parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempertaruh 10 muka baru dari partinya.
Manakala Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri George Chan Hong Nam mengemukakan tujuh muka baru.
Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Jemut Masing pula menampilkan dua muka baru.
Seorang lagi muka baru dikemukakan oleh Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan Ikom.
Berdasarkan pada pengumuman petang tadi, PBB bertanding 45 kerusi, manakala SUPP, PRS dan SPDP masing-masing 19, sembilan dan lapan kerusi.
Bagaimanapun, penampilan muka-muka baru tersebut dilihat masih tidak memadai untuk memadamkan amarah rakyat mengenai harta karun Keluarga Taib yang ‘misteri’ di dalam dan luar Sarawakl.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan