Petang tadi, Ketua Penerangan BN Sarawak Datuk Adenan Satem baru mengumumkan senarai calon Adun dalam pilihan raya negeri (PRN).
Ada kita dengar nama mana-mana gerombolan United Malay National Organization (Umno) jadi calon Barisan Nasional?
Jawapannya, “tidak ada!!!” ”Ada sesiapa nak bising??!!”
Rupa-rupanya, tanpa gerombolan Umno pun, tidak ada masalah untuk orang Melayu ‘hidup’!
Bahkan, boneka Umno lah sah khianat Bumiputera dan Melayu.
Sampai hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat menafikan dakwaan kita semua – Mengapa pemimpin Umno rompak RM52 bilion ekuiti Bumiputera Melayu?
Dan mungkin sebab itu jugalah, Najib ketika ini pergi ke Sarawak atas kapasiti sebagai ”Pengerusi Barisan Nasional”.
Najib tidak berani tampil sebagai Presiden Umno walaupun Umno paling dominan dalam Barisan Nasional.
Seorang pemimpin Iban yang ditemui tengah malam tadi memberitahu saya, “Kalau ada pemimpin Umno bertanding di tanah kita (Sarawak), sebelum namanya diumumkan, kita akan bawa ‘kepala’ mereka kepada rakyat…“
Kalau tanpa Umno pun, rakyat termasuk orang Melayu di Sarawak boleh terus hidup menentang Tan Sri Abdul Taib Mahmud aka Gadaffi Sarawak.
Ertinya, di Malaysia pun tidak ada masalah sebenarnya jika Melayu menolak Umno di PRU13. Setuju?
Sempena PRN sekarang, terbelakah Melayu Serawak tanpa gerombolan Umno jadi calon BN?
“Ada sesiapa nak jawab?”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan