Sabtu, 9 April 2011

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT SARAWAK


























KAMI MENJULANG kedaulatan rakyat, “KETUANAN RAKYAT”.

KAMI MENGAKUI bahawa Sarawak kaya dengan sumber asli, dan mempunyai kawasan tanah terbesar tetapi rakyatnya adalah di kalangan termiskin di Malaysia.


KAMI MENGIKTIRAF BAHAWA RAMAI SEDANG MENDERITA dengan gaji rendah, kekurangan peluang pekerjaan dan hidup dalam suasana perniagaan yang tidak adil dan yang dimonopoli oleh beberapa individu tertentu. Harga barangan keperluan seperti petrol, gula, tepung, beras dan pengangkutan semakin meningkat. Kehidupan menjadi lebih sukar. Rakyat menderita!

TETAPI, pemimpin-pemimpin Kerajaan Barisan Nasional dan kaum kerabat mereka semakin kaya melalui eksploitasi rakyat marhaen Sarawak. CUKUP-CUKUPLAH!

Masa sudah sampai untuk mengundikan sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat. Untuk tujuan ini, KAMI, PAKATAN RAKYAT SARAWAK, BERIKRAR AKAN MELAKSANAKAN dasar-dasar berikut untuk Sarawak.


1. KEBEBASAN KEPERCAYAAN

KAMI MENJAMINKAN KEBEBASAN BERAGAMA seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang bentuk halangan dan tidak akan mendiskriminasikan dalam proses bantuan dan peruntukan bagi sesuatu kepercayaan atau agama, sekaligus mengekalkan status Sarawak sebagai sebuah negeri bersifat sekular.


2. PENTADBIRAN YANG BAIK

KAMI JANJIKAN PENTADBIRAN YANG BAIK berdasarkan prinsip-prinsip antarabangsa Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT), yang akan mewujudkan dan menggalakkan sesatu pentadbiran bersih berdasarkan kebajikan rakyat, peluang perniagaan yang saksama, dan mengembalikan kebanggaan terhadap negara, patriotisme dan harga diri di sektor awam.

KAMI JANJIKAN KEADILAN DALAM PENGAGIHAN pendapatan dan kekayaan negeri Sarawak dan menamatkan amalan pilih kasih, rasuah, kronisme dan nepotisme.

KAMI BERJANJI UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH SURUHANJAYA PENYIASATAN BEBAS untuk menyiasat tuduhan-tuduhan kekayaan yang diperolehi secara haram ahli-ahli politik BN serta kroni-kroni mereka dan untuk mengembalikan kekayaan kepada rakyat Sarawak.

KAMI BERJANJI UNTUK MENUBUHKAN SEBUAH OMBUDSMAN untuk menerima aduan daripada orang awam untuk tujuan menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh menteri-menteri kerajaan dan ketua-ketua jabatan.

KAMI BERIKRAK UNTUK MEMULIH KEMBALI pilihanraya untuk semua pihak berkuasa tempatan termasuk adat ruai dan / atau adat memilih Ketua Kampung atau Ketua Masyarakat supaya mengembalikan kuasa kepada rakyat pada semua peringkat.


3. REFORMASI TANAH & SURUHANJAYA TANAH PUSAKA BUMIPUTRA

(a) semua pajakan yang telah luput akan diperbaharui untuk 99 tahun tanpa
sebarang syarat;
(b) semua notifikasi s.47 akan lelap secara automatik selepas 2 tahun pewartaan;
(c) all in perpetuity land titles and 999-year leases will remain when land is approved for development;
(d) pemberi milikan tanah akan dijalankan melalui tender terbuka; dan
(e) Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra akan dibentuk untuk menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat Bumiputra (NCR), dan selepas itu mengkaji selidik dan mengeluarkan geran atau pajakan bagi tanah yang dipersoalkan sejajar dengan adat kaum asli Sarawak.


4. PEMBASMIAN KEMISKINAN

KAMI BERJANJI untuk menubuhkan Dana Pembaskian Kemiskinan sebanyak RM1 Billion untuk memastikan bahawa tiada keluarga di Sarawak terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan rasmi.

KAMI BERIKRAK UNTUK MENJANA EKONOMI LUAR BANDAR dengan pembinaan jalan raya menghubungkan kesemua kawasan luar bandar Sarawak yang akan mempercepatkan peruntukan dan pembinaan kemudahan awam termasuk sekolah, tadika, perkhidmatan perubatan dan telekomunikasi.

KAMI AKAN MENGGALAKKAN keusahawanan pertanian seperti pekebunan kecil melalui pembiayaan mikro bagi semua petani.


5. HUBUNGAN PERSEKUTUAN-NEGERI

KAMI BERIKRAK untuk mengekalkan hubungan baik persekutuan-negeri sejajar dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963, dan memastikan bahawa mana-mana marginalisasi, pengabaian dan pengenepian kepada 18 Perkara akan diberi perhatian dengan segera.

Kami yakin bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat dan KAMI MENJAMIN akan meningkatkan royalti petroleum dari 5% kepada 20%.

KAMI PERCAYA bahawa peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam Sarawak harus mengutamakan rakyat Sarawak.


6. SARAWAK YANG LEBIH HIJAU

KAMI AKAN MEMASTIKAN pematuhan dan pelaksanaan undang-undang Negeri dan Antarabangsa dan/atau apa-apa konvensyen atau resam berkenaan dengan persekitaran untuk manfaat generasi masa depan.

KAMI AKAN MEMBERHENTIKAN pembinaan empangan yang berlebihan.

KAMI AKAN MELARANG sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.


7. LAYANAN ADIL KEPADA SEMUA RAKYAT SARAWAK

KAMI BERKOMITED untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang stabil, pembangunan lestari dan satu agihan pendapatan yang lebih adil berdasarkan kerja keras, daya saing dan inovasi teknologi.

KAMI AKAN BERUSAHA untuk mengekalkan kemesraan dengan pelabur, menitikberatkan pelaburan jangka panjang dalam modal insan dengan menawarkan insentif kewangan bagi semua industri untuk meningkatkan kemahiran teknikal pekerja-pekerja mereka serta proses-proses pengeluaran mereka.

KAMI BERJANJI untuk mendaftarkan dengan segera mana-mana orang Sarawak yang tiada kerakyatan dan juga untuk memberikan dokumen kewarganegaraan kepada semua rakyat Malaysia yang berasal dari Sarawak.

KAMI BERIKRAR untuk menyumbang RM200.00 kepada setiap kanak-kanak asal Sarawak yang akan memulakan Darjah Satu.

Sebagai penghargaan sumbangan mereka kepada Negeri Sarawak, KAMI BERJANJI untuk memberi bantuan kebajikan tahunan sebanyak RM600.00 kepada semua warga emas Sarawak berusia 60 tahun ke atas dan untuk menubuhkan sistem sokongan masyarakat dalam setiap pihak berkuasa tempatan.


8. KEBUDAYAAN DAN PENDIDIKAN

KAMI MENGHORMATI hak perlembagaan semua kumpulan etnik untuk mempelajari bahasa-bahasa- ibunda masing-masing dan berjanji akan berlaku adil dan saksama terhadap pendidikan bahasa ibunda.

KAMI BERIKRAR bahawa semua sekolah akan diberikan peruntukan sistematik menurut keperluan tanpa mengira latar belakang seperti yang diamalkan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, untuk menjamin masa depan anak anak kita.

Kami MENEKANKAN bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah menegah harus diajar menggunakan Bahasa Inggeris.


9. HAK WANITA DAN ORANG-ORANG BERKEPERLUAN KHAS

KAMI MENJAMIN kesaksamaan jantina dan akan mengkaji semula semua undang-undang yang mendiskriminasikan wanita.

KAMI BERIKRAR untuk mewujudkan pusat-pusat bantuan wanita demi melindungi mangsa-mangsa keganasan terhadap wanita dan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak untuk mengurangkan beban psikologi ibu-ibu bekerja.

KAMI BERJANJI akan menubuhkan lebih banyak sekolah khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

KAMI MENGAMBIL segala usaha untuk mengupah mereka yang kurang upaya dan berjanji akan membagi insentif kepada majikan yang menggaji mereka.


10. MELABUR DALAM MASA DEPAN

KAM BERJANJI untuk menyelesaikan masalah banjir di Sarawak dalam jangka masa 2 tahun.

KAMI MENEKANKAN pelaburan jangka panjang dalam modal insan dan infrastruktur untuk menjadikan Sarawak sebuah ekonomi yang mantap.

INTERNET WIFI akan disediakan percuma untuk menjadikan Sarawak sebuah negeri berasaskan pengetahuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan