Bercakap kepada kira-kira 1,000 penganut Kristian yang berketurunan Melanau di Mukah, Taib berkata sebaliknya pembangkang tidak melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.
"Saya yang bercakap kepada Perdana Menteri. Saya bagi tahu dia, adalah idea yang bodoh bagi mengecap nombor siri.
"Saya bagi tahunya supaya hentikannya dan dia kata 'baik, saya setuju dan akan menghentikannya'. Jadi dia hentikan cap nombor siri itu.
"Jadi sekarang, tidak ada lagi benda-benda mengarut ini,” kata Taib.
Taib juga menafikan pengecapan nombor siri itu adalah arahan kerajaan pusat tetapi sebaliknya menyalahkan pegawai bawahan kerajaan negeri yang menyalah-tafsirkan arahan berkenaan.
"Pegawai bawahan saya yang salah tafsir. Apabila (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) menyedarinya, beliau juga sependapat, adalah lucu bagi mentafsirnya (seumpama itu),” katanya kepada wartawan.
Tegasnya, kitab Injil bahasa Melayu dan toleransi agama telah lama menjadi 'tradisi Sarawak”.
"Ini tradisi Sarawak. Kita sudah amalkan lama dulu. Mengapa buat sesuatu yang buat rakyat marah?” soalnya.
Kontroversi itu tercetus apabila dua penghantaran kitab Injil berbahasa Melayu dirampas oleh kementerian dalam negeri - 5,100 di Pelabuhan Klang dan 30,000 lagi di Kuching.
Sebelum ini, kerajaan berkata 'Al-Kitab' tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana mempunyai beberapa perkataan yang hanya 'eksklusif' untuk orang Islam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan