Khamis, 14 April 2011

Calon Pas Di Sadong Jaya Cucu Ahmad Urai

MUNGKIN ramai yang tidak sedar calon Pas di kerusi Sadong Jaya, Abang Eddy Abang Fauzi adalah cucu kepada bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen. Tidak ada mana-mana laporan dan maklumat mengenai latar belakang Eddy yang merupakan cucu tokoh politik Sarawak tahun 70-an itu.

Saya sendiri baru terperasan apabila beliau menjelaskan serba ringkas mengenai kedudukan dan peluangnya di Sadong Jaya semasa berjumpa Tok Guru Nik Aziz. Menurutnya peluang untuk Pas menang 50 : 50. Harapan itu disandarkan kepada beberapa faktor. Antara lain katanya dia mempunyai kenalan dan saudara ramai di sana.

Menurut Eddy datuknya, (Ahmad Urai) pernah mewakili kawasan berkenaan di tahun-tahuan 70-an dulu.


"Datuk saya pernah menjadi wakil rakyat dua penggal di Sadong Jaya. Saya harap kenalan datuk dan kawan-kawannya akan memihak kepada saya," kata Abang Eddy.

Semasa saya mengunjungi kampung Ja'ai terletak dalam Sadong Jaya beberapa orang penduduk mengesahkan bahawa calon Pas itu adalah cucu kepada Abang Urai dan mereka gembira kerana cucu pemimpin mereka itu bertanding.

"Kami rasa bertuah kerana anak kepada bekas wakil rakyat dan tokoh politik Sarawak bertanding di sini, saya merasakan seolah-olah Abang Ahmad Urai sendiri yang bertanding semula," kata seorang penduduk.

Kata-kata penduduk berkenaan mengesahkan bahawa Abang Eddy adalah cucu kepada Abang Ahmad Urai. Jadi kehadirannya merebut kerusi Sadong Jaya 16 April ini sebagai menyambung perjuangan datuknya.
Sadong Jaya adalah di antara kerusi yang dikatakan akan dimenangi Pas selain Sebuyau dan Beting Maro. Dua lagi kerusi ditanding Pas, Muara Tuang dan satu lagi lupa nama. (Baru ingat Tanjung Datu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan