MIKE ALBAN
SRI AMAN: Dua buah gerai berkayu yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk minum dan makan di Wharf Sri Aman telah musnah dijilat api dipercayai berlaku sekitar jam 6.15 pagi hari ini.
Sumber dari lokasi kejadian memberitahu seorang peniaga telah mengesan asap muncul dari kawasan bawah gerai berkayu tersebut pada jam 6 pagi.
Semasa mengesan kemunculan asap itu, peniaga tersebut terus menemui beberapa orang pelanggan di sebuah kedai kopi dan meminta bantuan mereka untuk memeriksa gerai tersebut.
Namun begitu para pelanggan yang gagal mengesan punca asap itu setelah memeriksa gerai tersebut terus bertindak pulang kembali ke kedai kopi sebelum peniaga terbabit melihat api mula marak dari gerai itu.
Peniaga tersebut kata sumber terus bertindak menghubungi bomba yang datang kira-kira 10 minit kemudiannya bagi memadamkan api yang nyata sudah memusnahkan gerai berkenaan.
Sumber juga memberitahu punca penyebab utama kepada kejadian kebakaran yang memusnahkan unit gerai berkayu itu masih belum diketahui hingga sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan