Khamis, 14 April 2011

Ubah Sarawak jika mahu dapat 4 bintang macam Selangor

SARAWAK: Salah urus tadbir dan penyelewengan kuasa adalah antara sebab Sarawak tidak mendapat pengiktirafan empat bintang sepertimana Selangor dalam Laporan Ketua Audit Negara, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Laporan Ketua Audit Negara sendiri yang memberi pengiktirafan empat bintang kepada pentadbiran Selangor, iaitu merupakan yang terbaik di Malaysia. Sarawak nombor berapa?
Anak muda Sarawak kepingin memiliki ketua menteri sepintar Khalid Ibrahim
“Sebab itu, kita menyeru rakyat Sarawak untuk berubah. Soal salah urus tadbir di negeri ini, tak perlulah saya ceritakan. Tuan-tuan sendiri lebih tahu,” katanya pada  ceramah kelompok di bilik gerakan N8 Satok, malam tadi.

Khalid berkata, kuasa yang diamanahkan rakyat perlu diterjemah melalui program pengagihan ekonomi yang adil dan terbukti ia berjaya dilakukan di Selangor.
“Selangor tidak ada balak, minyak atau gas seperti Sarawak. Kita cuma ada pasir dan air. Kerajaan negeri ambil semula sebahagian  sumber ini yang pernah diberi kepada kroni Barisan Nasional dan kita pulangkan kembali kepada rakyat.
“Caranya melalui skim pemberian air percuma, Skim Mikro Kredit, Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah Anak Masuk Universiti, Takaful Kifalaah dan lain-lain. Di Sarawak tidak buat perkara ini, walaupun dah perintah 30 tahun.
Anak muda Sarawak mengkagumi keupayaan Khalid menerajui Selangordan berharamenerajui Selangor diimp
“Kalau BN tak tahu kira jumlah kekayaan negeri, ini tak mengapa. Sebab Pakatan Rakyat tahu kira jumlahnya dan kita akan berikan semula kepada rakyat,” katanya disambut tepukan gemuruh.
Beliau berkata, rakyat Sarawak harus memilih pimpinan yang bijak mengurus khazanah negeri dengan setiap ringgit perbelanjaan mempunyai nilai dan pulangan kepada rakyat.
Katanya, pentadbiran ekonomi negeri yang telus dan berhemah membolehkan rakyat menikmati hasil negeri, sekaligus kebajikan rakyat tidak diabai, selain membawa pelaburan tinggi untuk kemakmuran negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan