Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gelombang biru kini dirasai di seluruh Sarawak termasuk di kawasan yang dikuasai pembangkang yang menunjukkan petanda positif BN mendapat
sokongan mantap daripada rakyat.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bersyukur kerana sejak awal BN berkempen hingga sekarang, dari sehari ke sehari ada petanda yang positif terutama di kawasan pedalaman, pinggiran bandar dan juga bandar yang menjadi kubu parti lawan.
"Ini termasuklah di kawasan majoritinya kaum Cina, saya sendiri turun ke beberapa tempat di Sibu, Miri dan Kuching, trendnya lebih memberangsangkan.
"Atas dasar itu kita mempunyai keyakinan bahawa kita mendapat sokongan cukup mantap dan nampaknya gelombang biru sudah meningkat serta sudah dirasa di mana-mana kawasan di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Timbalan Perdana Menteri di Sekolah Kebangsaan Sungai Apong dekat Kuching hari ini.
Muhyiddin berkata kempen di sebahagian besar kawasan yang dikenal pasti sebagai kelabu sebelum ini telah diperhebatkan dengan pendekatan pemimpin turun padang.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agak luar biasa mengambil peranan utama (turun padang) ke kawasan yang penting dan saya juga memilih kawasan yang perlu diberi tumpuan".
Muhyiddin berkata dalam tempoh sebelum kempen tamat esok, BN memberi tumpuan di kawasan kelabu yang cenderung berubah menjadi putih.
"Semua jentera (BN) di peringkat kawasan seperti di Pending ini menjadi kawasan tumpuan yang dianggap belum mendapat sokongan kukuh dan penjelasan kepada rakyat dibuat secara lebih agresif," katanya.
Ditanya mengenai tindakan DAP melabel Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai Orang Utan dalam ceramah kempen parti itu, Muhyiddin berkata sepatutnya ada tata etika yang harus digunakan ketika berkempen.
Katanya negara ini mengamalkan sistem demokrasi dan tidak seharusnya ada menghina satu sama lain.
"Mungkin mereka melihat SUPP sudah mula bangkit dan sokongan rakyat sudah mula meningkat, jadi mereka menggunakan ayat Orang Utan," katanya.
Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan berlangsung Sabtu ini.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan