Khamis, 14 April 2011

Dun Satok : Nazib kunjungi pesakit kanak-kanak, orang buta

Nazib menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanak-kanak berkerusi roda
Sebagai pemimpin yang prihatin terhadap segenap lapisan rakyat, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari sentiasa tidak melupakan golongan yang susah mahupun kurang bernasib baik.
Pada kempen pilihan raya negeri Sarawak kali ini, Nazib selaku calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok melupakan kesibukannya dengan melawat dan menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Perkata  – Persatuan Bagi kebajikan kanak-kanak terencat akal, Jalan Ong Tian Swee.

Orang buta turut menerima sumbangan daripada Nazib
KeadilanDaily difahamkan, Nazib adalah satu-satunya calon yang mengambil pendekatan membuat program kebajikan di Sarawak dengan menyampaikan bantuan pihak swasta kepada golongan memerlukan.
Selain itu, beliau juga mengunjungi dan menyampaikan sumbangan  kepada Sarawak Society For Blind (Pusat Latihan) di kawasan berhampiran.
Nazib mudah mesra dengan kanak-kanak mahupun bayi comel 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan