BINTULU – Pakatan Rakyat kemungkinan akan mengetengahkan Naib Ketua III Parti Keadalian Rakyat(PKR) Bintulu, Abdul Jalil Bujang sebagai bakal calon untuk menentang calon Barisan Nasional di kawasan DUN Jepak pada pilihan raya negeri 16 April depan.
Nama beliau diumumkan pada jamuan teh yang turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, petang semalam bertempat di The Regency Plaza Hotel.Anak jati Bintulu ini komited untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan PR kepadanya untuk menafikan kemenangan BN di kawasan DUN Jepak yang disandang oleh Menteri Muda Pelancongan Datuk Haji Talib Zulpilip.
Malah, menurut Jalil, beliau akan menggunakan isu infrastruktur seperti keadaan jalan raya yang tidak sempurna dan agihan ekonomi tidak adil sebagai strategi untuk memancing undi masyarakat di kawasan DUN berkenaan.
Justeru, beliau memohon sokongan dan kerjasama rakyat bagi membolehkan Pakatan Rakyat merealisasikan hasrat untuk menguasai kawasan DUN Jepak pada pilihan raya negeri ke-sepuluh kelak.
Jalil, bagaimanapun, menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengumumkan calon sebenar yang bakal bertanding di DUN Jepak dalam tempoh sedikit masa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan