Ahad, 27 Mac 2011
Peringatan Buat Pakatan Sebelum Pilihanraya Sarawak
Oleh : Jofri Jaraiee, Pas Miri
MIRI – Kita sudah hampir ke kemuncak untuk mencapai perubahan dan kemenangan tetapi masalah pembahagian kerusi pula jadi masalah. Sedarkah kita yang musuh utama kita sekarang adalah BN bukan sesama kita. Sekiranya masih lagi terdapat orang yang berdegil dan pentingkan diri sendiri yang akhirnya akan menghancurkan sebuah Pakatan harapan rakyat untuk melihat perubahan akan musnah sama sekali disebabkan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri dan tamak untuk berkuasa.
Ingatan untuk semua pemimpin termasuk ahli dan penyokong Pakatan, tujuan utama kita bergabung adalah untuk menghadapi BN bukan untuk bertempur sesama sendiri dan menegakan sebuah kerajaan yang berkebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Kalau perkara perebutan kerusi masih jadi issue maka hasrat rakyat untuk memilih kerajaan baru dalam pilihanraya nanti akan terganggu.
Kita minta semua pemimpinan Pakatan hentikan dan selesaikan segera masalah kerusi ini dan beri tumpuan dan perhatian kepada kebajikan rakyat dan apa rancangan yang terbaik untuk pakatan sekiranya dipilih jadi pemerintah nanti. Perkara inilah yang sepatutnya diberi keutamaan bukan perebutan kerusi.
Apa guna kita dalam satu pakatan sedangkan masalah pembahagian kerusi pun belum dapat diselesaikan dengan baik dan adil. Perkara ini seumpama memberi peluru kepada musuh untuk menembak kita. Kita jangan terlalu ghairah dengan kerusi yang kita jangka boleh menang sedangkan kita sesama sendiri pun hendak berebut yang sama untuk menang. Kalau sesiapa calon dari pakatan yang menang maknanya kita yang menang bukan BN.
Kita sepatutnya lawan satu lawan satu dengan BN dalam pilihanraya umum Sarawak nanti.
Kalau boleh elak dari lawan 3 penjuru atau lebih dengan BN sebab ini akan memberi peluang kepada BN untuk terus berkuasa.
Sedarlah wahai pemimpin Pakatan sebelum terlambat, ayuh kita bergerak dalam satu pakatan yang akan mengantikan kerajaan BN dalam PR ke 13 nanti, mulakan dengan Sarawak, Insy’Allah pasti ada perubahan yang lebih baik lagi.
English version
Fight for rakyat or for ourselves or lost everything
We are almost achieve a victory, but the problem of seats allocation and distribution still having a problem. Did we realize that our main enemy right now is the BN is not our alliance. If there are still those who persist and selfish that would eventually destroy a people’s alliance hopes to see changes and will be destroyed because they are selfish and greedy for power.
Reminder to all leaders, including members and supporters, our main goal to join Pakatan is to topple BN not to fight one another and to enforce a government welfare for all citizens regardless of race and religion.
If seat struggling is still an issue the wishes of the people to choose a new government in this coming election will be disrupted.
We ask all the Alliance leadership to settle the problem immediately and solve this seats allocation and focus and pay attention to the welfare of the people and what the best plan for the coalition government if elected.
This is things that should be the priority not the struggle for seats.
What is the point we in a coalition whiles the distribution of seats cannot be solved in good and fair.
Things like this give ammunition to the enemy to shoot at us. We should not get too excited with the seats we expect to win and yet we still fighting with one another just to get the same seat.
If one of our candidate from the coalition that wins the victory means we won and not BN.
We should fight to one on one with the Sarawak BN in this coming general election.
If we can avoid any 3 or more opponent corners fight with BN because this provide an opportunity for BN to stay in power.
Wake up, O leader of Alliance before it’s too late, let us move in one team that would replace the BN government in PR 13 later, start with Sarawak, Insy’Allah sure there is a change for the better.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan