Sarawak Report melaporkan pengakuan terbaru itu sekaligus menyerlahkan kedungungan Taib ketika melancarkan ’perang siber’ sempena pilihan raya negeri Sarawak yang dijadualkan bermula pada 6 April depan.
Kedungungan Taib yang tersembunyi dari lensa media-media baru sebelum ini, termasuk Sarawak Report bagaimanapun masih tidak mendorong dirinya mengaku bahawa beliau juga hakikinya merupakan ’pembohong’ nombor 1 Sarawak walaupun banyak pihak kian mempertikai pentadbirannya kini.
“Ianya bermula 20 hingga 30 tahun yang lalu. Saya memberikan wang kepada anak saya kerana saya bersara dari kabinet Kerajaan Persekutuan. Saya menerima gratuity dan memberinya sebahagian dari wang saya itu untuk membuolehkannya memulakan perniagaan yang baru … Ianya berjaya dan dari kejayaan mereka berniaga ke London”. ujar Taib. [http://realsarawak.blogspot.com | 22 Mac 2011]Sean yang juga suami kepada Jamilah Taib didakwa ’pembohong’ apabila beberapa orang ahli keluarganya diambil bekerja dalam perniagaan-perniagaannya seperti Sakto, Sakti dan Ridgeford, yang dimulakan oleh Taib di UK dan Amerika Utara.
Sepupu Sean, Christopher Murray, yang menguruskan Ridgeford Properties di London, telah memberitahu seorang pemberita pada tahun lepas bahawa Sakto (syarikat yang pertama dalam kumpulan itu, yang ditubuhkan oleh keluarga Taib di Canada) telah sebenarnya ditubuhkan oleh bapanya bersama bapa Sean, yang kebetulannya bersaudara kembar.
Namun, menantunya Murray telah menafikan penglibatan Taib dalam rangkaian-rangkaian perniagaan itu.
Tidak cukup dengan itu, Taib yang sedar kenyataannya seakan tidak bernilai sekarang dilaporkan mengupah seorang peguam terkenal untuk menyelamatkan servival politiknya di Sarawak.
“Sakto, Sakti dan Ridgeford bukan dan tidak pernah dibiayai oleh Encik Taib Mahmud … Jika dakwaan ini dibuat, maka pelanggan kami akan mengeluarkan saman terhadap anda tanpa sebarang notis.” [Kenyataan menerusi Mishcon de Reya].
Siapa benar, siapa salah?
Pelbagai skandal yang sedang menjerut leher Taib, tidak dapat disembunyikan lagi.
Perniagaan misteri Taib Sekeluarga telah membuka mata rakyat untuk menolak susuk tua berusia 75 tahun itu pada pilihan raya negeri Sarawak.
Sarawak Report, antara sesawang yang aktif meniupkan pri penting autonomi diserahkan kepada penduduk pribumi dilaporkan terus mendedahkan rekod pengkhianatan Taib serta seluruh kepemimpinan Barisan Nasional di negeri itu.
Siasatan dalaman Sarawak Report terbaru mendedahkan, pelaburan tahun pertama Sakto adalah dalam harta yang melibatkan 700 unit kediaman.
Berdasarkan Laporan Kewangan syarikat Sakto bagi tahun 1983, sumber itu menunjukkan ianya telah memperolehi aset-aset bernilai CAN$7 juta (RM22 juta), $4.5 juta (RM14 juta) daripada jumlah itu yang telah dilaburkan oleh pemegang sahamnya, i.e. Taib Mahmud sendiri.
Maka perlbagai persoalan – siapa benar dan siapa salah? - seakan sudah menemukan jawapannya.
Oleh kerana tidak mampu mengkambinghitamkan Sean, Sarawak Report seakan melaporkan Taib cuba menipu rakyat Sarawak dengan merekrut keluarga menantunya itu pula.
“Tidak. Encik Taib tiada kepentingan perniagaan dalam Sakto, Sakti dan Ridgeford. Encik Taib bukannya, dan tidak pernah bertindak sebagai pengarah dalam mana-mana korporat kami. Dia bukan pemegang saham dalam mana-mana syarikat kami, tidak juga berkuasa ke atas syarikat-syarikat kami, sama ada secara langsung atau tidak langsung, ” dipertik dari Sarawak Report.
Beberapa perkembangan terbaru ini – termasuk kedungungan Taib sendiri – dijangka bukan sahaja bakal mengajak majoriti rakyat pribumi Sarawak melakukan suatu kejutan pada pilihan raya negeri, malah tidak mustahil memberi kesan berantai ke atas seluruh rakyat Malaysia di pilihan raya umum ke-13 kelak. -END.
“SELAMATKAN SARAWAK, TAIB MAHMUD SiMBOL BN KHIANAT RAKYAT”
NotaMerah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan